Monday, August 5, 2013

ITEK TELUR (Part 1)

ITIK (Ducks) merupakan sejenis haiwan daripada keluarga Anatidae yang dijadikan ternakan daripada jenis burung (Avian) yang mempunyai dua kaki dan suka pada habitat air sama ada air tawar atau air masin. Itek adalah haiwan bersaiz kecil daripada kumpulan angsa. Saya dapati itek ini diternak bertujuan untuk mendapatkan hasil daging dan juga telurnya. Ia sesuai dipelihara didalam satu kawasan kandang yang lazimnya mempunyai air sebagai keperluan semulajadinya. Itek amat suka berenang dan berjalan didalam kawasan peliharaan dan sering mengeluarkan bau kuat serta bunyi bising dan kuat apabia bergerak berkumpulan. Itik mempunyai paruh yang digunakan untuk menyudu yang bentuknya rata dan lebar. Antara makanan itek yang biasa adalah seperti rumput, tumbuhan akuatik, amfibia, serangga kecil, ikan, cacing, moluska dan yang terkini adalah makanan formulasi khas dihasilkan dikilang. Penternakan itek di Malaysia banyak terdapat dibeberapa negeri di Malaysia dimana ada banyak sumber air (Sawah padi) dan ramai populasi kaum Cina seperti di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis. Itik mempunyai daya tahan hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan menternak ayam. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi ternakan itik yang mungkin boleh dijadikan bahan bacaan dalam 3 siri penulisan hasil daripada pemerhatian, pengalaman saya melawat keladang itik dan membuat rujukkan dari beberapa sumber.


Laporan Jabatan Perkhidmatan Verteninar (JPV) menunjukkan negeri-negeri utama pengeluar telur itik di Malaysia adalah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sama ada untuk itek daging atau itek telur. Laporan JPV juga menyatakan terdapat 7.92 juta ekor itek diternak di Malaysia pada tahun 2012. Bagi negeri-negeri Kedah dan Perlis lazimnya perusahaan itik telur banyak didapati di kawasan yang letaknya berhampiran dengan pantai dan sawah padi. Ujudnya laut yang berdekatan memang akan membekalkan ikan baja untuk sumber protin kepada itik telur dan beras hancur pula merupakan sumber tenaga yang mudah didapati bagi penternak yang berdekatan dengan sawah padi. Penternak yang tidak duduk berdekatan dengan pantai dan sawah padi boleh juga menternak itik telur ini. Pada masa sekarang makanan komersial yang lebih baik adalah mudah diperolehi. Malah penternak boleh mencampuri makanan itik telur mereka sendiri. Itik telur memerlukan air yang secukupnya untuk minum. Kolam air adalah tidak diperlukan.


Terdapat beberapa baka itik telur yang sesuai dipelihara oleh penternak-penternak. Ada 5 jenis Baka bagi pengeluaran telur itik iaitu Khaki Cambell Kacukan Thailand, Kortlang Khaki Campbell (UK), Indian Runner, Cherry Valey C2000 dan Itik Jawa. Itik jenis Khaki Cambell Kacukan Thailand dimana pada ternakan selama umur 52 minggu menghasilkan telur sebanyak 260 - 273 biji dengan purata berat telur sekitar 70 gram sebiji. Jenis itik Kortlang Khaki Cambell (UK) pula mampu menghasilkan sebanyak antara 300-230 biji telur dengan purata berat telur 90 gram sebiji.  Jenis itik Indian Runner pula mampu menghasilkan sebanyak 250-275 biji dengan purata berat telur 70 gram sebiji. Saya juga dimaklumkan itik jenis Cherry Valley C2000 menghasilkan sebanyak antara 275 - 280 telur dan purata berat 75 gram sebiji. Akhirnya baka Itik Jawa mempunyai purata berat telur 65 gram sebiji dengan kamampuan pengeluaran telur sebanyak 180 - 200 biji seekor. Kalau sesiapa berminat untuk mendapatkan baka untuk ternakan itik maka kita perlu kenalpasti pembekal baka itik. Pada masa sekarang terdapat dua (2) sumber utama yang dapat membekalkan anak itik telur pada penternak. Saya dapati tidak banyak syarikat atau para pembekal yang mengimport anak itik telur dari luar negara seperti dari negara Thailand yang di proses dipusat penetasan anak itik telur tempatan. Jabatan Perkhidmatan Haiwan, melalui Pusat Latihan Ternakan di Sungai Siput (Utara) memang ada memelihara indukbaka itik telur dan mempunyai unit penetasan yang mampu mengeluarkan anak itik telur dari baka Khaki Campbell.


Kos pembelian anak itik merupakan faktur penting didalam menentukan modal asas didalam penternakan itik telur selain daripada ia merupakan satu dari komponen kos. Kos paling tinggi adalah untuk pembelian bahan makanan itik. Kajian menunjukkan jualan anak itik harganya berbeza-beza. Biasanya harga anak itik di dalam lingkungan RM 0.80 - RM2.00 seekor bergantung kepada bekalan, jenis baka, jarak perjalanan dan jumlah kuantiti yang dibeli . Sebagai perbandingan harga anak itik telur daripada Pusat Latihan Ternakan, Sungai Siput hanya RM 1.50 seekor dan hanya anak itik betina saja akan dibekalkan kepada penternak. Pastikan anak itik yang terdiri daripada baka yang baik sahaja digunakan walaupun anda terpaksa membayar dengan harga yang mahal sedikit. Anak itik yang murah adalah anak itik yang berkualiti rendah dan tidak akan mampu untuk mengeluarkan telur seperti yang dijangkakan. Pengurusan anak itik yang baru sampai adalah hampir sama seperti memelihara anak ayam berumur sehari. Api atau lampu hendaklah dihidupkan disebelah malam sehingga 10 hari untuk memanaskan badan anak itik tersebut.


Perkara asas didalam memelihara itik telur adakan bagaimana kita memberikan makanan. Pada peringkat anak sehingga minggu ke 20, makanan komersial yang seimbang adalah digalakkan. Makanan yang seimbang ini akan menggalakkan pertumbuhan badan itik dan itik-itik akan bertelur pada masa yang dijangkakan. Ada penternak yang hanya memberi sisa nasi dan dedak padi pada masa ini. Cara pemberian makanan cara ini adalah didapati tidak sesuai. Bagi itik yang sedang bertelur, makanan yang sering diberikan terbahagi kepada tiga (3) iaitu Makanan Tradisional seperti dedak padi, beras hancur ikan baja. Kedua adalah Makanan Campuran sendiri dimana lazimnya penternak mencampurkan bahan-bahan mentah mengikut sukatansukatan tertentu seperti Hampas Kacang Soya, Beras Hancur, Serbuk Ikan dan lain-lain sebelum diberikan kepada itik yang sedang bertelur. Jenis ketiga adalah Makanan komersial iaitu jenis makanan ini yang dibeli di kedai pembekal makanan ayamitik dan boleh digunakan terus kepada itik telur.


Pemberian makanan seimbang pada ternakan itik adalah dikira sebagai sangat penting. Selain daripada memberi makanan yang bersukat, bekas makanan mestilah mencukupi. Cara mudah untuk mengetahui luas bekas makanan yang mencukupi atau tidak ialah dengan cara melihat itik-itik tersebut semasa diberi makan. Jika semua itik boleh makan screntak apabila diberi makanan, luas bekas makanan tersebut adalah baik dan mencukupi. Sentiasa kita perlu tambah panjang bekas makanan itik anda kerana itik yang telah besar memerlukan keluasan bekas makanan yang lebih besar. Berat badan itik sering tidak scimbang terutama diperingkat anak dan ini berlaku apabila keluasan bekas makanan dan makanan yang tidak mencukupi. Tangkap anak-anak itik yang kecil dan asingkan dari yang telah besar. Tambah makanan 10-20 gm sehari untuk 1 - 2 minggu bagi anak itik yang kecil sehingga ia sama besar dengan kumpulan asalnya. Apabila beratnya telah seimbang dengan kumpulan itik yang tidak bermasalah, berilah kuantiti makanan yang sama seperti yang telah dijadualkan. Jadual makanan itik telur yang teratur boleh didapati daripada Jabatan. Perkhidmatan Haiwan yang terdekat dengan anda. Bersambung pada Part 2 (Sila klik disini) dan Part 3 (Sila klik disini). Sayonara!

TERNAK ITIK ...PILIH BAKA...

BAKA MANA... SEMAK HARGA....
MAKANAN PULA... JENIS APA...
KENA CUKUP...BERTELUR JUGA...

By,
M Anem
Senior Agrologist,
Pusat Latihan Pertannian
Serdang, Selangor,
Malaysia
(11 Ramadan 1434H)

No comments: