JEREBU (Haze) adalah satu istilah dalam Bahasa Malaysia yang dimaksudkan dengan keadaan pencemaran udara yang juga merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan diudara keliling kita dan dilangit. Fenomena ini biasanya terjadi apabila zarah, debu dan asap berkumpul terutama pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini akan berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah seperti pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai 'asbut' walau pun ia jarang-jarang disebut. Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap daripada perindustrian dan kenderaan. Setiap musim kering dari bulan Jun hingga Ogos, sering berlaku jerebu merentasi sempadan terutama daripada Indonesia ke Malaysia dan Singapura. Pengalaman saya pada 1996 iaitu jerebu yang amat teruk dalam sejarah di Sarawak, saya melihat semasa saya dalam kapal terbang untuk turun ke Airport Kuching, jerebu berlaku kelihatan sangat gelap dan warna keperangan dimana IPU dicatitkan lebih 800 dimana pada esoknya diistiharkan darurat. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai jerebu dan juga kesannya dalam sektor pertanian.
Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, JEREBU bermaksud kabut yang disertai debu yang terapung-apung di atmosfera dan menyebabkan keadaan sekeliling kelihatan kabur. Jarak penglihatan pada keadaan yang mendatar tidak boleh ditetapkan tetapi udara kelihatan samar kerana partikel kecil yang terampai dan kering. Kelembapan air pada ketika ini lazimnya adalah kurang daripada 95%. Sementara itu KABUS pula mempunyai maksud wap air seperti asap yang berada dekat muka bumi seperti yang kita lihat pada waktu pagi. Pada waktu ini biasanya jarak penglihatan mendatar jatuh kurang dari 1 km. Kelembapan air melebihi 95% dan adalah agak lembap. EMBUN pula bermaksud titik-titik air yang turun dari udara pada malam hari sehingga subuh dan ini disebabkan oleh kerana suhu yang sejuk. Jarak penglihatan mendatar lebih dari 1 km. Kelembapan air untuk kejadian penghasilan embun adalah melebihi 97% iaitu keadaan yang paling lembap. Embun yang turun dikatakan sangat baik diwaktu subuh untuk tumbuh-tumbuhan mendapatkan air melalui daun. Kejadian jerebu sebenarnya berlaku kerana terdapatnya partikel yang berasal daripada punca semulajadi seperti habuk tanah dan pelepasan gunung berapi.Ia juga boleh berpunca daripada perbuatan manusia sendiri seperti asap dan hasil lain kerana pembkarn bahan api atau oleh proses perindustrian.
ASAP (Smokes) adalah bahan yang dihasilkan berupa gas yang ringan dan naik keudara. Daripada beberapa kamus yang saya baca, asap dirujuk sebagai wap yang lazimnya dihasilkan daripada proses pembakaran (Lihat foto disebelah). Asap juga merupakan satu indikator yang paling penting oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai satu cara untuk mengesan jika berlaku kebakaran terutama kebakaran yang melibatkan kawasan pertanian, perumahan, perkilangan dan sebagainya. Pada masa ini dengan teknologi canggih , keujudan asap dapat dilihat oleh imej satelite dan dipantau sentiasa oleh pihak berwajib. Siapa boleh ingat bagaimana insiden Jerebu yang berlaku semenjak kebelakangan ini akibat kebakaran yang sangat dahsyat sehingga asap dari Indonesia merentasi sempadan di kawasan kita setiap tahun. Kejadian jerebu ini telah pun menyebabkan berlaku banyak masaalah seperti masaalah mengganggu kesihatan manusia, industri penerbangan awam, gangguan penglihatan ketika memandu kereta dan yang agak kurang dibincangkan adalah kesan terhadap proses fotosintesis pada tumbuh-tumbuhan. Kesan jerebu juga sering menjejaskan industri pelancongan negara-negara yang terkena asap akibat jerebu ini yang merugikan berjuta ringgit kerana berlaku pembatalan pelancong yang ingin berkunjung. Asap walau pun merupakan satu tajuk ringan yang jarang-jarang dibincangkan, ia memainkan peranan penting didalam kehidupan manusia.
Asap merupakan wap atau gas yang terhasil daripada proses pembakaran. Dari segi teori apa yang saya baca, asap ini dapat dibezakan mengikut huraian istilah yang sesuai untuk kita faham dan digunakan. ASAP AIR adalah gas yang dihasilkan daripada air yang mendidih atau ia lebih mudah dipanggil sebagai 'Wap Air'. Asap Air telah banyak digunakan didalam industri untuk memasak bahan mentah. Ia juga telah mengerakkan keretapi zaman dulu. ASAP API pula merupakan asap yang terhasil daripada proses pembakaran bahan asas yang terbakar. Asap api ini mempunyai warna berbeza mengikut jenis bahan bakar. Kalau bahan dibakar terdiri daripada bahan organik seperti tanah gambut, kayu, rumput, daun pokok, batang pokok dan sebagainya, ia lazimnya akan berwarna kebiruan hingga kehitaman. Bahan bakar daripada bahan getah, plastik, polimer pula menghasilkan asap yang berwarna hitam pekat dengan bau yang kuat. Asap daripada pembakaran minyak petrol kenderaan juga dapat kita bezakan antara minyak petrol premium dengan minyak disel. Asap Belerang atau asap daripada gunung berapi juga merupakan asap yang terhasil daripada kepanasan magma dari dalam perut bumi yang keluar melalui kerak bumi pada puncak gungung berapi. Saya dapat melihat asap belerang ini ketika melawat gunung berapi Indonesia beberapa kali. Saya juga berada di Filipina selepas seminggu berlaku kejadian letupan Gunung Pinatubo iaitu semasa berkursus di SEARCA, Los Banos. Asap Beracun adalah asap yang mengandungi bahan racun sama ada terhasil daripada proses semulajadi atau diformulasi untuk tujuan industri.
Dalam bidang pertanian pula, aktiviti pembakaran hutan untuk perladangan dan pembakaran ladang untuk program penanaman semula dijalankan setiap tahun. Hutan yang baru ditebang perlu di bersihkan dari bahan kayu yang tidak bernilai akan dibakar. Proses berterusan sehingga tanah tersebut sesuai untuk dibajak dan dijalankan penanaman. Aktiviti pembakaran selalu bermula dengan mengumpul (stacking), membakar (burning), mengumpul semula (Restacking) dan membakar lagi sehingga selesai. Pemulihan semula ladang getah dan ladang kelapa sawit yang sudah tua dan tidak ekonomik juga dijalankan dengan keluasan mencapai ribuan hektar setiap tahun di Malaysia. Ladang-ladang ini dahulunya menebang pokok -pokok tua dan seterusnya menjalankan pembakaran terbuka yang menghasilkan banyak asap. Proses ini memerlukan permit khas daripada Jabatan Alam Sekitar, dimana pada masa ini permit adalah bertujuan bagi proses pembakaran terkawal. Bagaimana pun teknologi penebangan pokok tua di ladang kelapa sawit di Malaysia telah berubah dimana pokok kelapa sawit tua akan dicincang dan dijadikan bahan kompos. Mesin khas seperti 'Kiap' akan digunakan bagi menghancurkan batang dan pelepah sawit untuk disusun dan dijadikan bajan baja apabila ia mereput. Teknologi Hijau ini telah menerima award peringkat dunia kerana mampu mengurangkan insiden pencemaran udara.
Asap dari pembakaran sisa organik seperti kayu dan daun-daun tumbuhan yang dibuat dikawasan tanaman buah-buahan atau pun disekeliling rumah amat lazim dijalankan. Pembakaran ini sering dijalankan oleh tuan rumah pada waktu pagi atau petang dengan tujuan asalnya adalah untuk membersihkan sampah sarap dikawasan rumah dikampong tradisional (Lihat foto sebelah). Selain daripada kawasan rumah jadi bersih, ramai dikalangan kita kurang menyedari akan kesan aktiviti pembakaran tersebut dalam bidang pertanian. Pemerhatian saya mendapati, asap yang dihasilkan akibat dari pembakaran bahan organik membantu didalam mengawal musuh dan serangga perosak pada pokok buah-buahan. Ini kerana lazimnya asap ini mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai 'Nafthalene gas' yang menghalau banyak jenis serangga perosak tanaman. Semakin kerap kita membakar dan menghasilkan asap, semakin kurang kemungkinan berlaku serangan serangga perosak pada pokok buah-buahan kita. Pembakaran ini juga memberikan kersan positif terhadap aruhan pada pokok buah-buahan untuk mengeluarkan bunga pada waktunya. Paling utama hasil daripada pembakaran ini adalah dimana ia akan menghasilkan sisa bahan bakar yang kaya dengan baja dan nutrien seperti Potassium yang merupakan baja untuk tumbuhan. Amalan membakar sisa organik yang dijalankan oleh datuk moyang kita memang merupakan satu budaya, tetapi sehingga kini belum ada lagi laporan saintifik dijalankan mengenai kesan asap dari pembakaran. Hipotesis yang saya bincangkan diatas boleh dijadikan satu projek atau thesis akhir tahun mahasiswa yang berminat . Saya harap nanti ada pelajar universiti yang menjalankan kajian ini secara saintifik akan kekerapan, isipadu asap, ketepatan masa, jenis asap, waktu sesuai membakar sampah, kadar kepekatan asap dan banyak lagi untuk menafaat bersama. Wasallam!
CUACA GELAP...UDARA BERJEREBU...
AKIBAT ASAP... BUKA TANAH BARU...
BANYAK MASAALAH... DIJADIKAN ISU...
NEGARA JIRAN .... SEMAKIN KELIRU...
JEJASKAN KESIHATAN...BERIBU-RIBU...
SAMPAI DARURAT... DIRUMAH SELALU...
By,
M Anem
Jalan Istana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia
(16 Syaaban 1434H)

No comments:
Post a Comment