SUNGUT SERANGGA (Insects Antennae) merupakan satu organ penting bagi kebanyakan serangga yang mempunyai Sesungut atau Sungut. Serangga merupakan satu komuniti yang terdapat disekeliling kehidupan kita daripada yang bersaiz sederhana besar sehingga yang amat halus. Ilmu mengenai serangga telah saya belajar semasa di universiti dahulu dimana ianya merupakan diantara subjek yang agak susah terutama untuk mengingati banyak nama-nama dan taksonomi serangga yang memang banyak dalam bahasa latin. Saya perlu hafal apa dia Volangga nigricornis (Belalang kunyit), Apis cerana (Lebah keran), Oceophylla smaradgina (Kerengga) dan banyak lagi, Serangga ditakrifkan sebagai benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata iaitu dalam Kelas Insecta yang mempunyai bilangan spesis terbanyak didunia. Apa yang kita pasti adalah dimana pada habitat daratan, serangga merupakan haiwan yang paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran yang telah dibuat oleh saintis ialah dimana terdapat sebanyak lebih dari 20 - 30 juta spesis serangga sehingga ini dan masih banyak lagi yang belum ditemui setiap masa. Aktiviti merekod serangga masih berterusan dengan membuat kajjian dan penyelidikan mengenai serangga-serangga baru. Walau telah pasti ada hampir 1 juta spesis serangga yang lazim kita jumpa, banyak juga spesis serangga yang pupus tanpa sempat untuk direkodkan kerana aktiviti pembangunan dan penebangan hutan dan pemusnahan habitat asal serangga oleh manusia dan faktur semulajadi. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai organ hadapan serangga iaitu 'Sesungut Serangga' berdasarkan kepada pembacaan beberapa buku dan membuat rujukkan dalam lamanweb.
Sungut Serangga adalah sepasang organ yang terletak pada bahagian paling hadapan pada kepala serangga (Lihat foto sebelah). Apa yang saya dapat perhatikan, serangga memiliki bermacam-macam jenis bentuk dan jenis sungut dimana sungut itu sama sekali bukan untuk hiasan sahaja tetapi mempunyai pelbagai fungsi. Sungut serangga itu seperti antena iaitu sejenis 'Alat Sensori' yang dapat menerima informasi dari luar. Kalau dikaji dengan teliti, sungut serangga memiliki banyak alat perasa selain untuk mencium bau ia juga boleh membantu untuk mencari makanan, pasangan serta dapat mengamati keadaan pada persekitaran. Terdapat beberapa jenis serangga seperti nyamuk jantan bahkan boleh menggunakan sungut untuk mendengar dan pelbagai lagi. Dibahagian sungut juga mempunyai sensor untuk mengesan bau dengan cekap, mengesan kelembapan, kandungan wap dalam udara dan suhu yang penting dalam membantu didalam penerbangan dan pergerakan serangga.
Marfologi sungut serangga terdiri daripada tempat melekat di kepala (Antennal soccket dan Anternal Sclerite), Pangkal Sungut (Scape), Tengah Sungut (Pedicel) dan Bahagian Hujung sungut (Flagellum). Rujuk kepada rajah sebelah menunjukkan bagaimana marfologi tersebut mengukut susunan dan kedudukan. Bahagian paling hujung yang dipanggil sebagai flagellum mempunyai banyak variasi iaitu terdiri daripada lapisan membran yang memounyai banyak 'flagelomeres' dan pada kebanyakan serangga ia boleh bergerak mengikut pergerakan bebas. Terdapat pelbagai bentuk flagelumeres bergantung kepada jenis serangga. Kumpulan kumbang dan beetle contohnya mempunyai bentuk seperti 'club' dibahagian hujung sungut.
Terdapat banyak bentuk sungut serangga yang telah dikaji oleh para saintis (Entomologist). Rajah diatas menunjukkan 11 jenis bentuk sungut serangga mengikut jenis serangga. Bentuk ARISTATE adalah bentuk dimana ia bulat dan pendek dan bentuk LAMELATE bentuknya seperti huruf 'L'. Seterusnya adalah bentuk SERRATE yang mempunyai banyak tingkat bersegi dan bentuk FLABELLATE yang sukar saya hendak terangkan. Bentuk sungut MONILIFORM pula seperti susunan bentuk bulat memanjang dan bentuk GENICULATE mudah kita jumpa pada banyak spesis belalang. Bentuk PLUMROSE agak unik seperti daun kelapa sawit dan bentuk PECTINATE seperti rajah nombor '8' dan rujuk rajah yang diatas. Bentuk SETACEOUS adalah bentuk yang biasa kita bayangkan mengenai sungut serangga yang memanjang dan tajam dihujungnya. Bentuk sungut STYLATE dan CLAVATE seperti dalam rajah diatas dipunyai oleh serangga yang berbagai jenis. Sekian nukilan subuh ini mengenai sungut serangga untuk kita jadikan rujukan. Wasallam!
SUNGUT SERANGGA... BANYAK FUNGSI...
ADA YANG PANJANG...PENDEK SEKALI....
BERBANGAI BENTUK... UNIK BERDIRI...
BOLEH BERGERAK... ALAT SENSORI...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Persekutuan
Malaysia
(30 Rejab 1434H)

No comments:
Post a Comment