KEPAK SERANGGA (Insect wings) merupakan satu organ penting untuk membantu serangga terbang dengan cekap dan pantas (Foto diatas). Serangga merupakan satu komuniti yang terdapat disekeliling kita daripada yang bersaiz besar sehingga yang amat halus. Ilmu mengenai serangga telah saya belajar semasa di Universiti dahulu dimana ianya merupakan diantara subjek yang agak susah terutama untuk mengingati banyak nama-nama dan taksonomi serangga yang memang banyak. Serangga ditakrifkan sebagai benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata iaitu dalam Kelas Insecta yang mempunyai bilangan spesis banyak didunia. Apa yang kita pasti adalah dimana pada habitat daratan, serangga merupakan haiwan yang paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran yang telah dibuat oleh saintis ialah dimana terdapat sebanyak lebih dari 20 - 30 juta spesis serangga sehingga ini dan masih banyak lagi yang belum ditemui setiap masa. Aktiviti merekod spesis serangga masih berterusan dengan membuat kajian dan penyelidikan mengenai serangga-serangga baru. Walau pun telah pasti ada hampir 1 juta spesis serangga yang lazim kita jumpa, banyak juga spesis serangga yang pupus tanpa sempat untuk direkodkan kerana aktiviti pembangunan tanah, penebangan hutan dan pemusnahan habitat asal serangga oleh manusia dan faktur bencana semulajadi. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai marfologi dan fungsi kepak serangga berdasarkan kepada pembacaan beberapa buku dan membuat rujukkan dalam lamanweb.
Kepak merupakan satu organ penting dari jenis serangga terbang dimana ia terletak pada ruas kedua dan ketiga bahagian Thorax serangga. Lazimnya serangga jenis terbang mempunyai sepasang Kepak Hadapan (Forewings) yang terletak pada MESOTHORAX dan Kepak Belakang (Hindwings) yang terletak pada METATHORAX (Lihat foto sebelah). Kedudukan kepak, saiz, bentuk, ketebalan, jumlah, fungsi, kedudukan, warna dan susunan kepak serangga banyak variasi dan berbeza-beza mengikut order, spesis dan jenis serangga. Hampir kebanyakan fungsi kepak serangga adalah untuk terbang dimana sebahagian lagi berfungsi sebagai pertahanan, kecantikan, keunikan dan sebagainya. Cara serangga terbang menggunakan kepak juga ada yang secara terus kehadapan (direct flying) dan secara tidak terus (indirect flying) mengikut tabiat semulajadi bagi serangga tersebut. Pemerhatian saya mendapati yang kebanyakan serangga mampu terbang dengan pantas, dalam pelbagai arah dan juga gaya terbangan yang berbeza-beza.
Tidak semua peringkat serangga mempunyai KEPAK dimana lazimnya hanya serangga dewasa sahaja yang sering berkepak. Pada peringkat telur, larva dan nymph selalunya serangga tidak berkepak. Peringkat Anak atau Instar juga menunjukkan kepak belum keluar atau masih kecil dimana ia tidak boleh digunakan untuk terbang seperti anak belalang (Lihat foto sebelah). Kajian juga menunjukkan bahawa walau pun serangga telah dewasa, tidak semua akan berkepak dan ia berlaku mengikut KASTA serangga. Sebagai contoh dalam koloni Anai-anai, didapati hanya kasta dewasa untuk mengawan (Jantan dan Bakal Ratu) sahaja berkepak yang boleh terbang (ia dipanggil sebagai KELKATU). Dalam populasi Lebah Madu (Apis cerana) contohnya, Ratu Lebah yang matang mempunyai kepak tetapi jarang terbang begitu juga dengan Lebah Jantan. Lebah Pekerja merupakan kasta yang aktif terbang mencari makanan dan menguruskan koloni lebah dalam haif yang mempunyai sepasang kepak.
Dalam meninjau bagaimana pergerakan kepak serangga ini berfungsi, saya dapati ada dua jenis struktur kepak. Kepak yang berada dalam badan serangga kumpulan "Paleoptera' lazimnya asas kepak berada dalam badan serangga dengan mempunyai 4 otot (Lihat foto sebelah). Pergerakan serangga ini kuat dan pantas seperti serangga Pepatung (Dragonfly) mampu menggerakan seranga dalam pelbagai arah seperti kedepan, keatas, kebawah, kekiri, kekanan malahan juga kebelakang. Serangga jenis ini mampu terbang 'STATIK' walau pun ada tuipan angin dipersekitarannya. Sungguh ajaib akan tabiat serangga jenis ini kalau kita membuat pemerhatian terhadap pergerakkan pepatung. Mekanisma pergerakan kepak bagi Rama-rama (Butterfly) pula berbeza dengan pepatung kerana kupu-kupu menggunakan 2 otot yang bergabung pada kepak dan meilbatkan pergerakan seluruh bahagian Thoraxs yang berbeza (Kupu-kupu tidak boleh terbang statik).
Warna kepak serangga berbagai-bagai daripada yang jernih (Tanpa apa-apa warna) sehingga kepada yang berwarna terang dan bercorak-corak. Rama-rama adalah diantara serangga yang paling mempunyai corak warna yang menarik dimana ia telah dikutip oleh manusia dan diawetkan dan dijual kepada peminat sebagai barangan kraftangan yang bernilai (Lihat foto diatas). Kumbang Ladybird juga merupakan serangga yang mempunyai kepak luar yang amat menarik dalam pelbagai warna (Lihat foto dibawah) sehingga ia digunakan dalam menjenamakan banyak produk seperti produk pakaian, kenderaan dan sebagainya. Sebenarnya kepak sebenar yang digunakan oleh kumbang Ladybird berada dibawahnya yang juga berwarna agak lutsinar. Banyak lagi maklumat mengenai kepak serangga dan kelajuan serangga terbang pada artikel akan datang (Sila - Klik disini). Wasallam!
KEPAK SERANGGA...UNIK BENTUKNYA...
FUNGSI TERBANG... MEMANG ASASNYA...
PELBAGAI SAZ... WARNA WARNI ADANYA...
PELBAGAI ARAH... KEMANA TUJUANNYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Precint 11, Putrajaya,
WP Persekutuan
Malaysia
(30 Rejab 1434H)

No comments:
Post a Comment