SEMUT (Ants) merupakan sejenis serangga yang hidup berkoloni atau bersosial dari keluarga Formicidae iaitu satu kumpulan serangga Hymenoptera. Rasanya semua orang pernah lihat dan kenal akan semut kerana haiwan ini mudah dijumpai di merata tempat sama ada didalam rumah, dikebun, dibangunan tinggi, dikawasan gurun,di kawasan lembah dan sebagainya. Laporan saintis di Wikipedia menyatakan yang mana dakwanya terdapat 22,000 spesis semut yang terdapat diseluruh dunia tetapi hanya sebanyak 12,500 spesis sahaja yang telah di klasifikasikan didalam data mengenai hidupan semut. Semut juga merupakan sejenis serangga paling tua ujud didunia semenjak pra-sejarah dahulu iaitu melebihi 130 juta tahun berbanding dengan hidupan lain. Kita di Malaysia sering menjumpai semut dengan beberapa jenis yang popular seperti Jenis Kerengga, Semut Api, Semut Gatal, Lebah Madu, Tabuan, Semut Gula, Semut Hitam dan banyak lagi. Ada jenis semut yang berbisa gigitannya dan ada yang tidak mengigit langsung. Semut lazimnya mempunyai sepasang sesungut dan 3 bahagian badan iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen. Artikel tengahari ini saya menulis mengenai beberapa Jenis Semut dalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan dan rujukkan pembaca blog ini.
(3) SEMUT PHAROAH (FIRAUN)
(4) SEMUT KEPALA BESAR
(5) SEMUT GILA (Crazy ants)
(1) SEMUT API
Semut Api memiliki ciri fizikal seperti warna badan coklat kemerah-merahan dan disemua bahagian abdomen berwarna lebih gelap (Lihat foto diatas). Saya cukup takut akan gigitan semut api kerana ianya amat bisa dan gatal. Semut api ini mampu dan boleh mengigit mangsa jika diganggu dan kita akan dapat rasa gigitan sangat menyakitkan. Semut ini mempunyai saiz dengan julat panjang dari 1/16 inci hingga 1/4 inci. Saya dapati diantara sifat semut api adalah dari tahap kebisaan gigitan ini dimana ia boleh dijadikan senjata dalam mempertahankan kawasannya. Semut ini adalah natid dan banyak berada dikawasan tropika. Sarang semut api lazimnya didapati dalam tanah, dalam kayu reput atau longgokan sampah yang terdapat dikawasan rumah atau kawasan kebun. Semut api ini akan memakan apa sahaja makanan yang ada mengandungi bahan protein tinggi seperti yang terdapat pada semua jenis tanaman atau sisa haiwan ternakan. Koloni semut api umumnya akan menjaga dan miliki tanah jajahan mereka sendiri dan akan mencari makanan di kawasan-kawasan berhampiran yang ditetapkan. Kasta pekerja merupakan kasta yang sering kelihatan merayap dan menjaga sarangnya.
(2) SEMUT MAYAT
Semut Mayat adalah satu gelaran kepada spesis semut yang memiliki bahagian kepala berwarna gelap dan juga pada bahagian dada (Lihat foto diatas). Bagaimana pun bahagian kaki serta bahagian perut adalah berwarna pucat. Saiznya agak kecil iaitu kurang daripada 1/16 inchi. Semut Mayat mempunyai tabiat berlari cepat dengan hala tidak menentu arah apabila terganggu. Ia akan bergerak dalam satu barisan dimana ia juga sering membawa anaknya kesarang baru jika diganggu. Saiznya yang cukup kecil menyebabkan ia mampu masuk ke dalam rumah kita melalui lubang-lubang terlalu kecil dan halus. Sebaik sahaja semut masuk dalam rumah, ia boleh berada didapur atau dalam bilik mandi terutama dekat dengan sinki (ia suka mencari air untuk kelembapan). Semut Mayat suka memakan bahan yang manis seperti buah-buahan manis dan ada yang kata ia dikenali sebagai "Semut Gula". Habitat bagi semut mayat boleh didapati dimana-mana dalam rumah, kawasan taman keliling rumah mahu pun dalam kawasan kebun serta dusun buah-buahan. Ia juga boleh bersarang dalam celah-celah dinding atau tempat-tempat antara kabinet dan almari. Semut Mayat mendapat nama sebagai "mayat" kerana apabila ia berlari ke sana ke mari sekitar diatas lantai akan kelihatan bercahaya daripada bahagian abdomen dan kaki tetapi saya pun tidak dapat kaitkan perkara tersebut.
(3) SEMUT PHAROAH (FIRAUN)
Semut Pharoah atau Semut Firaun adalah sejenis semut yang berwarna kuning pucat pada kemerahan dibanyak bahagian tubuhnya. Bagaimana pun terdapat juga warna kehitaman pada bahagian atas dan bahagian belakang perutnya yang agak jelas (Lihat foto diatas). Semut ini juga adalah semut yang mempunyai gigi tajam untuk mengigit. Saiz badan semut ini sekitar panjangnya dari 1/16 inchi hingga 1/12 inchi. Sifat semulajadi semut ini adalah kegemarannya memakan gula-gula dan juga memakan serangga mati. Ia bijak dan cekap mencari dan mengesan makanan dan saya dapat tahu dalam koloninya ia mempunyai beberapa ekor ratu dalam sarang. Semut ini sesuai tinggal dikawasan sub-tropika dan tropika. Semut ini lazimnya suka membuat sarang berhampiran pada dinding bangunan. Ia juga boleh bersarang di dalam rumah dan boleh bersarang dalam dinding, almari-almari, kotak-kotak makanan dan mana-mana ruang di celah-celah rumah yang boleh dicapai. Koloni semut ini mempunyai beberapa ekor ratu dan boleh berpecah menjadi kelompok-kelompok yang lebih kecil. Kadar pembiakan semut ini juga cepat .
(4) SEMUT KEPALA BESAR
Semut Berkepala Besar adalah sejenis semut yang memang ketara mempunyai bahagian kepala yang sangat besar berbanding bahagian badan yang lain (Lihat foto diatas). Semut ini lazimnya berwarna coklat muda sehingga coklat tua yang agak kemerahan tetapi kehitaman dibahagian abdomen (belakang). Semut dari kasta pekerja merupakan jenis yang sangat ketara mempunyai bahagian sangat besar yang ketara. Saiz semut ini sekitar dari 1/16 inchi hingga 1/8 inch panjang. Kita mudah dapat kenal akan semut ini apabila dijumpai dikawasan rumah atau dikebun kerana ia mudah dikesan kerana selalu berkeliaran tidak jauh dari sarangnya. Jalan mencari makannya kadang-kadang ditutup dengan tanah iaitu cara berjalan menyerupai anai-anai. Ia juga mencari makan di kawasan bawah daun kayu dan didalam tanah. Koloni Semut Berkepala Besar mrmpunyai saiz agak besar (sekitar 1,000 - 10,000 ekor satu koloni). Ia juga lebih suka makan biji benih tanaman yang disimpan atau disemai dan ia juga makan serangga lain. Semut berkepala besar mendapat namanya disebabkan oleh kepalanya berzaiz besar yang tidak seimbang berbanding dengan anggota bahagian lain.
(5) SEMUT GILA (Crazy ants)
Semut Gila mempunyai kulit berwarna dari merah-coklat hitam kepada warna kemerahan dan bahkan ada yang dilihat seakan warna hitam (Lihat foto diatas). Semut ini mempunyai ukuran sekitar dari 1/12 inchi hingga 1/8 inchi panjang. Semut gila ini say agak mendapat nama kerana apabila bergerak seperti 'gila' kerana tidak menentu arahnya dan kelajuannya. Semut Gila suka makan makanan manis seperti gula-gula dan buah-buahan manis seperti tembikai susu serta makan serangga-serangga lain. Ia juga memakan biji benih tanaman untuk protein. Semut Gila mudah menyesuaikan diri serta boleh hidup di dalam habitat yang sangat kering dan juga keadaan lembap. Apabila semut ini merayap diluar sarang, ia boleh dijumpai dikeliling kawasan rumah. Seperti saya kata, semut ini adalah semut bersaiz kecil tetapi boleh bergerak dengan pantas dalam cara pergerakan yang tidak menentu ketika mencari makanan dan memang macam semut gila.
Begitulah coretan mengenai 5 jenis semut yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Anda boleh membaca beberapa jenis serangga lagi dengan membuat pautan dalam blog saya dibawah. Wasallam!
Begitulah coretan mengenai 5 jenis semut yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Anda boleh membaca beberapa jenis serangga lagi dengan membuat pautan dalam blog saya dibawah. Wasallam!
ADA 5 JENIS SEMUT... AGAK UNIKNYA...
SEMUT MAYAT... DENGAR TAKUTNYA...
SEMUT API ... AMAT BISA GIGITANNYA...
PALING SUSPEN ....ITU SEMUT GILA...
Pautan Artikel berkaitan:
1. Kerengga (Klik disini)
2. Serangga - Kaki Serangga (Klik disini)
3. Serangga - sesungut (Klik disini)
4. Serangga - Kitaran hidup (Klik disini)
5. Serangga - Jenis Kepak (Klik disini)
Pautan Artikel berkaitan:
1. Kerengga (Klik disini)
2. Serangga - Kaki Serangga (Klik disini)
3. Serangga - sesungut (Klik disini)
4. Serangga - Kitaran hidup (Klik disini)
5. Serangga - Jenis Kepak (Klik disini)
By,
M Anem
Melaka Tropical Fruit Farm
Sungai Udang
Melaka, Malaysia.
(27 Syaaban 1434H)
No comments:
Post a Comment