Thursday, June 13, 2013

RAMA-RAMA (Part 1)

RAMA-RAMA (Butterfly) adalah sejenis serangga yang terbang daripada order Lepidoptera merupakan kumpulan yang sama seperti Kupu-kupu (Moths). Semasa saya memberikan ceramah kepada umum, ramai dikalangan peserta masih tidak pasti apakah dia Rama-rama dan Kupu-kupu secara betul. Mereka kata ianya adalah sama sahaja. Kebanyakan rama-rama mempunyai kepak dengan warna yang terang, bercorak dan menarik dan terbang pada waktu siang dibawah sinaran matahari. Kupu-kupu pula adalah jenis yang mempunyai kepak berbentuk seakan 3 segi dengan aktif atau  keluar lazimnya pada waktu malam (Lihat foto diatas). Seperti serangga 'holometabolisma' yang lain saya dapati kitaran hidup rama-rama dan kupu-kupu terdiri daripada empat bahagian. Ia adalah peringkat Telur, Larva, Pupa dan Dewasa. Kebanyakan spesis rama-rama adalah merupakan 'Diurnal' atau maknanya jenis 'berjaga siang'. Rama-rama terdiri daripada Rama-rama Sejati (superfamili Papilionoidea), Skipper (superfamili Hesperioidea) dan Rama-rama Rerama (superfamili Hedyloidea). Semua famili yang lain dalam Lepidoptera dipanggil kupu-kupu.Sejarah keujudan haiwan ini ujud semenjak 40–50 juta tahun dahulu dengan penemuan fosil dari kajian saintis. Artikel malam Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai serangga Rama-rama atau Kupu-kupu untuk dijadikan bahan bacaan.

Dalam penyataan umum, ramai percaya bahawa rama-rama mempunyai jangka hayat yang amat singkat. Bagaimana pun kajian saintis saya dapati yang rama-rama dewasa mampu hidup selama seminggu sehingga hampir setahun bergantung pada spesisnya. Kebanyakan spesis melalui peringkat larva yang agak lama dimana ada juga yang dikatakan mampu menjadi dorman ketika dalam peringkat pupa atau telur agar dapat mengharungi musim sejuk dinegara-negara beriklim sejuk. Kita di Malaysia mempunyai iklim tropika yang panas sepanjang tahun dimana kitaran hidup rama-rama berlaku sepanjang tahun.haiwan ini boleh bertelur sekali atau banyak kali setiap tahun. Bilangan keturunan setahun berbeza-beza atas pengaruh iklim, yang mana kupu-kupu yang tinggal di kawasan tropika mampu bertelur lebih sekali dalam setahun.

Lazimnya rama-rama dan kupu-kupu bertelur yang akan dilekatkan pada daun dengan bahan perekat khas yang cepat mengeras (Lihat foto sebelah). Setelah bertelur maka perekat akan mengeras dimana bahan akan mengecut membentuk telur. Perekat yang mudah dilihat membentuk bahan meniskus yang mengelilingi tapak setiap telur. Perekat ini jugalah yang dihasilkan oleh pupa untuk mengikat. Bahan ini memang cukup keras sehingga kita dapati seta-seta tidak boleh dipisahkan.Telur  rama-rama ini akan dilindungi oleh kulit berabung keras yang dipanggil 'korion' yang ditutup dengan salutan lilin yang melindungi telur daripada terjemur sebelum larva sempat berkembang sepenuhnya. Lazimnya setiap telur mengandungi liang-liang berbentuk corong yang halus di satu hujungnya. Ini bertujuan untuk membolehkan kemasukan sperma untuk mensenyawakan telur. Telur kupu-kupu sentiasa diletakkan di atas tumbuhan. Setiap spesis kupu-kupu mempunyai julat tumbuhan perumah yang sendiri sama ada yang hanya satu spesis mahupun pelbagai spesis. Peringkat telur lazimnya berada selama beberapa minggu sahaja, tetapi telur yang keluar tidak lama sebelum musim sejuk iaitu di kawasan beriklim sederhana  perlu melalui peringkat diapaus (rehat) dan hanya menetas pada musim bunga. 

Apa yang kita sering lihat adalah rama-rama suka mengunjungi bunga. Nektar atau madu bunga merupakan sumber makanan utama serangga ini. Ia juga mendapat makanan daripada bahan seperti debunga, air sap pokok, buah reput, tahi haiwan, daging reput dan bahan mineral yang terlarut dalam pasir lembap atau tanah. Serangga ini juga merupakan haiwan yang membantu proses pendebungaan tanaman. Bagaimana pun kajian saintis mendapati kemampuan ia menjankan pendebungaan kurang jika dibandingkan dengan lebah madu (Apis spp).  Walau pun rama-rama pada umumnya ia tidak membawa debunga yang sama banyak dengan lebah tetapi ia mampu mengangkut debunga ke jarak yang lebih jauh. Ini kerana kupu-kupu bergerak lebih jauh dari lebah yang perlu pulang kesarangnya apabila ia telah mencapai tahap kenyang dengan nektar dan debunga pada kakinya. Rama-rama juga merupakan serangga buruan peminat koleksi serangga ini yang diawetkan seperti spesis Papilionidae yang besar dengan warna warni yang amat menarik. 
Bersambung Rama-rama Part-2. Wasallam!

ADA KUPU-KUPU... DAN RAMA-RAMA...
BENTUK BERBEZA... TATAPI TAK SAMA...
TERBANG RIANG.... BERBAGAI WARNA...
KUNJUNGI BUNGA... HISAP MAKANANNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Taman Rama-rama,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(1 Syaaban 1434H)

No comments: