KEASIDAN TANAH (Soil acidity) merupakan satu perkara yang diajar ketika di universiti dahulu dan sehingga kini masih penting untuk saya bincangkan. Keasidan tanah dan pengapuran tanah adalah satu perkara penting dalam aspek kesuburan tanah terutamanya untuk pertumbuhan tanaman makanan. Keasidan tanah yang terlalu tinggi atau terlalu rendah menjejaskan pertumbuhan tanaman kerana akar-akar tanaman tidak dapat tumbuh dengan baik bagi meyerap zat-zat makanan dalam tanah. Ini disebabkan nutrien tersebut terikat pada tanah dan ianya tidak dapat diambil oleh akar atau pun nutrien tersebut tidak ujud didalam keasidan yang tinggi atau keasidan yang sangat rendah. Pengetahuan ramai petani serta agen-agen pengembangan terhadap kaedah mengenalpasti keasidan tanah menggunakan peralatan yang betul dan pengiraan yang tepat pengapuran sangat kritikal. Lazimnya apa yang sering disyorkan untuk meningkatkan kesuburan tanah perlu dibuat PENGAPORAN. Tanah yang sangat masam perlu dijalankan Pengapuran (Liming) untuk mengurangkan kemasaman tersebut mengikut kadar yang disyorkan. Artikel petang Ahad ini sempena Hari Mengundi PRU13, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanah dan keasidan serta aktiviti pengaporan.
Tanah boleh dikategorikan sebagai Tanah Masam (Berasid), Tanah Neuteral dan juga Tanah Beralkali (Rujuk Rajah diatas). Nilai keasidan tanah ini boleh kita di ukur dengan menggunakan alat konvensional atau elektronik dengan skala 'pH' iaitu satu skala yang digunakan untuk mengukur dalam lingkungan julat 1 - 14. Perlu difahami dimana pada bacaan skala 7 adalah di panggil Neuteral. Air bersih atau air tulin mempunyai bacaan 7 jika ianya neuteral, kurang daripada nilai 7 adalah berasid dan lebih tinggi dari nilai 7 adalah beralkali. Tanah yang berada di Malaysia ada yang mempunyai tahap keasidan pada skala 3 pada tanah berasid (Seperti tanah asid sulfat) dan berada pada skala
8 - 9 iaitu tanah beralkali iaitu tanah yang berada dikawasan batu kapor. Kebanyakan tanah pertanian yang berada di atas muka bumi mempunyai pH antara 4.5 hingga 7.5 dimana pada skala ini banyak jenis tumbuhan yang sesuai hidup dengan penambah-baikan tahap keasidan tanah. Jadi dengan pengapuran adalah satu kaedah untuk memperbaiki pH tanah dengan meningkatkan skala pH tanah daripada rendah kepada lingkungan pH 6.5 (atau skala pH5.8 untuk tanah gambut).
8 - 9 iaitu tanah beralkali iaitu tanah yang berada dikawasan batu kapor. Kebanyakan tanah pertanian yang berada di atas muka bumi mempunyai pH antara 4.5 hingga 7.5 dimana pada skala ini banyak jenis tumbuhan yang sesuai hidup dengan penambah-baikan tahap keasidan tanah. Jadi dengan pengapuran adalah satu kaedah untuk memperbaiki pH tanah dengan meningkatkan skala pH tanah daripada rendah kepada lingkungan pH 6.5 (atau skala pH5.8 untuk tanah gambut).
Cara untuk menguji kemasaman dan keasidan tanah mudah dijalankan dengan menggunakan alat khas elektronik seperti kon (Lihat foto sebelah) yang mudah dibawa, cepat mendapat keputusan dan praktikal. Bagaimana pun kaedah konvensional seperti menggunakan kertas litmus yang akan berubah warna apabila di kenakan dengan larutan atau pada sampel tanah. Bacaan keasidan akan diperolehi dengan mempadankan warna kertas litmus tersebut dengan carta indek bacaan (Standard colour chart - Munsell Color Chart) sama ada ianya tanah berasid, tanah neuteral atau tanah beralkali. Kini kaedah untuk mengetahui pH tanah sangat mudah dibuat dengan Alat Eletronik pH Meter yanh murah dan mudah. Kita hanya perlu cucukan alat pH meter tersebut (Berbentuk Kon atau lain2 bentuk) kedalam sampel tanah dan bacaan akan didapati serta merta dengan ketepatan yang jitu. Bagaimana pun perlu dibuat beberapa kali untuk menghasilkan ketepatan bacaan terutama untuk tanah agak kering.
Ramai kurang faham dengan masaalah kenapa tanah berasid?. Ini memerlukan perbincangan secara teknikal kerana jika kita kurang faham akan keliru. Apa yang saya belajar mendapati iaitu tanah berasid kerana ion Al+++ dan H+ dalam tanah. Keujudan ion ini berlaku apabila air mengalir celah kumin tanah domana ion Na+, Mg++, Ca++, K+ akan mengganti dengan ion H+pH pada partikel tanah. Secara teknikal keasidan diukur oleh kepekatan ion dengan formula iaitu H+PH = Log 1 / [ H+] atau [ H+ = Mol/ l]. Lazimnya dalam subjek Sains Tanah, kita boleh kelaskan atau kategorikan Keasidan Tanah kepada dua iaitu Keasidan Aktif (Kepekatan H+ dalam larutan tanah) dan juga Keasidan Simpanan (Jumlah H+ dan Al+++ yang dipegang oleh koloid tanah). Anda faham ke dengan penjelasan tersebur?. Mungkin kurang faham kalau tidak belajar mengenai subjek tersebut.
Kesan keasidan tanah atau Kesan pH Tanah sangat kritikal terhadap tahap kesuburan tanah. Sering dikatakan, jika ada perubahan pada nilai pH akan mempengaruhi kuantiti atau kedapatan (Kesediaadaan) zat pemakanan didalam tanah. Contohnya jika nilai pH tinggi ini akan menyebabkan berlaku pengurangan unsur Fe, Mn, Zn, Cu, Co. Jika nilai keasidan atau pH 6 - 8.5 maka unsur Ca dan Mg adalah tinggi manakala jika nilai keasidan atau pH 6 - 6.5 pula unsur K dan Mo akan tinggi. Perkara lain berkait dengan keasidan tanah adalah pengikatan kandungan unsur Fosfat (Phosphate) dalam tanah.
Unsur Fosfat adalah sensitif kepada pH tanah dimana unsur ini sangat penting untuk pertumbuhan pokok (Lihat struktur Fosfat disebelah). Lazimnya unsur ini (H PO4) adalah tersedia dalam pH tinggi (Alkali), begitu juga ia akan tersedia dalam keadaan berasid (iaitu dalam bentuk H PO4 dan H2 PO4 tersedia). Sementara itu dalam pH sangat berasid hanya bentuk H2 PO4 sahaja yang akan tersedia). Fosfat (P) boleh terikat dengan berbagai cara iaitu ia bersatu dengan ion Ca++, Mg++, Al+++ dan Fe+++ (Sebatian tidak larut), terikat dengan hidupan seni, bersatu dengan sebatian organik (Komplek) atau pun ia diserap dipermukaan tanah. Antara faktor yang mempengaruhi pengikatan fosfat dalam tanah yang saya belajar adalah kerana Nilai pH, Unsur P Terikat dalam pH terlampau tinggi atau rendah, Tempoh P dalam tanah dimana lebih lama P dalam tanah lebih tinggi pengikatan. Ia juga disebabkan oleh kandungan liat dalam tanah dimana selalunya lebih tinggi kandungan liat lebih tinggi pengikatan P. Seterusnya adalah kerana jumlah P dalam tanah dimana lebih banyak kandungan P tersedia lebih kurang pengikatan P. Faham ke dengan penjelasan diatas?. Seterusnya faktur kandungan bahan organik dimana bahan organik mencepatkan kelarutan fosfat dan menguraikan fosfat terikat. Akhir sekali adalaj kena maksimakan penggunaan baha fosfat dengan kita menabur baja P secara berperingkat dan perlu di tabur dengan kadar yang rendah bagi setiap penaburan. Begitulah tulisan saya pada kali ini. Bersambung Part 2.
Wasallam!
KEASIDAN TANAH...PERLU DIBACA...
TANAH BERASID...DISEBABKAN APA...
TANAH BERALKALI...NILAI pH BERAPA...
KANGUNGAN FOSFAT...BAGAIMANA PULA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Putrajaya
Malaysia
(5 Mei 2013 - Hari mengundi PRU 13!)
No comments:
Post a Comment