BUAH JENTIK (Baccaurea polyneura) adalah sejenis buah nadir yang natif di Malaysia daripada famili Euphobiaceae (ada yang kata ia famili Phyllanthaceae). Kali pertama saya jumpa buah ini ialah semasa lawatan ke Kampong Jeram Ulu, Mukim Bakri, Muar bersama-sama dengan rombongan Pegawai Daerah Muar masa itu iaitu Tn Hj Mislan. Ketika dihulur buah kecil yang isinya merah menyala (lihat foto diatas), saya memang teruja hendak makan kerana buah yang telah masak pada tangkai ini akan pecah apabila 'dijentik' iaitu pada tahun 2009. Ada dua spesis jentik-jentik yang saya rujuk iaitu jenis Baccaurea Polyneura yang sering juga dipanggil jentik-jentik merah dan Baccaurea hookeri dipanggil jentik-jentik hutan. Seingat saya setangkai buah jentik ini mengandungi beratus biji dimakan oleh 3 orang ketua jabatan sehingga habis semua tapi tidak rasa kenyang. Didalam saya merujuk kepada laporan rasmi Jabatan Pertanian, tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan, lokasi dan pengeluaran hasil buah jentik ini memang tidak direkodkan. Kalau mengikut anggaran saya, mungkin keluasan pokok ini sekitar bawah 20 hektar CHE sahaja kerana kebanyakannya ditanam oleh 'orang lama' dan sebahagian lagi didalam hutan. Tanaman ini yang saya jumpa di Kampong Jeram, ada 2 pokok yang berumur lebih dari 15 tahun dan berbuah lebat. Artikel petang Ahad ini selepas letih mengecat pagar rumah, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" sejenis buah nadir dinamakan buah jentik atau buah jentik-jentik untuk bacaan dan rujukkan anda.
Pokok buah jentik-jentik adalah natif dari Malaysia, Sumatera hingga ke Borneo dan tumbuh dikawasan tanah yang bercampur dengan tanaman lain. Pada saya, mengenali keunikannya buah ini adalah apabila sudah masak dan apabila dijentik terus terbuka (asal usul namanya) dan bijinya yang berjus biasanya saya akan dimakan terus. Daripada tinjauan saya di Pameran MAHA International 2012, Jabatan Pertanian ada mempamerkan buah ini dimana sebilangan besar pengunjung terutama gulungan muda sekarang ini mungkin tidak pernah melihat buah jentik-jentik dan bertanya kepada kami. Ramai mereka memang tidak pernah jumpa apa lagi memakannya. Apabila tiba musim pengeluaran hasil (ia buah bermusim), lazimnya kanak-kanak gemar memakan buahnya dan terus menelan bijinya. Pokok ini mungkin tidak mempunyai nilai ekonomi dimana banyak pokok ini telah banyak ditebang tanpa memikirkan akan kepunahan habitat pokok ini untuk genarasi akan datang.
Pokok jentik-jentik merah tumbuh menegak dengan batang berkayu ukuran sederhana (Lihat foto sebelah). Pokok ini mempunyai banyak dahan dan merimbun serta mampu tumbuh sehingga mencapai ketinggian antara 20 - 25 meter. Pokok ini hampir sama dengan pokok rambai dari segi taksonominya. Daunnya berbentuk oblong berwarna hijau yang berukuran sekitar 12 - 15 cm panjang, 4 - 6 cm lebar dengan susunan bertentangan. Bunganya adalah sangat kecil dengan rumpun kecil yang banyak,padat pada tangkai jambak yang berjuntai sepanjang 20 - 30 cm dari dahan tua. Buah jentik-jentik yang muda berwarna hijau seakan-akan buah rambai yang bergantung-gantung pada tangkai. Ia akan bertukar kepada warna kekuningan dan akhir sekali akan bertukar kemerahan apabila masak. Terdapat tiga biji dalam satu buah dimana isinya adalah saya dapati berjus. Warna isi adalah merah dengan rasanya masam-masam manis. Spesis Baccaurea Hookeri yang juga dikenali sebagai jentik-jentik mempunyai buahnya yang seakan-akan buah rambai tetapi lebih besar sedikit daripada buah jentik-jentik merah walau pun saya belum jumpa lagi spesis ini.
Saya perhatikan, bila buah ini cukup masak ia berwarna kuning keperangan. Buah yang cukup masak apabila dijentik terus terbuka. Lazimnya didapati ada sebanyak 3 ulas biji didalamnya dengan warna kemerahan (Lihat foto sebelah). Isinya memang amat berjus dan rasanya masam-masam manis walau pun saiznya sekita 1.0 - 1.4 cm garispusat sahaja. Walau pun makan sebanyak 4 - 5 tangkai, saya tidak rasa kenyang pun. Cara pembiakannya adalah dengan cara menyemai biji benih dalam nurseri atau dalam polibeg. Tanah yang subur dengan saliran baik sesuai untuk menanam buah jentik ini walau pun ramai petani tidak berminat. Mungkin disebabkan saiz buah sangat kecil, lamat berhasil, penghasilan buah bermusim, ramai tidak kenal, pasaran yang tidak pasti dan tidak ada varieti disyorkan menyebabkan pokok jentik-jentik ini kurang mendapat minat petani menanamnya. Saya agak buah nadir ini akan pupus jika tidak dijaga dengan baik. Wasallam!
POKOK BUAH NADIR...JENTIK-JENTIK...
BUKAN LARVA NYAMOK...IA PELIK ...
SAIZ KECIL... WARNA ISI MENARIK...
MAKAN BANYAK... ELAKKAN SEMBELIT...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Jalan Istana, Persimpangan Air Keroh,
Bandar Melaka,
Malaysia
(16 Rejab 1434H)

No comments:
Post a Comment