BRAZIL NUTS (Bertholletia excelsa) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Lecythidaceae yang natif dari kawasan hutan Amazon dan banyak di Brazil. Saya kenal akan pokok dan buah Brazil Nut ini ketika belajar di UPM berpuluh tahun dulu kerana berpeluang melihat pokoknya yang tinggi ditanam di kawasan Kompleks Pertanian Serdang, Selangor. Walau pun pokok ini dahulu tumbuh dikawasan hutan Amazon yang berbuah dan menghasilkan buah, kini pokok Brazil nut telah ada yang telah ditanam secara komersil untuk menghasilkan buah dan diproses untuk pelbagai produk berasaskan Kacang Brazil Nuts. Maklumat mengenai keluasan tanaman Brazil nut tidak dilaporkan oleh mana-mana negara tetapi pengeluaran seluruh dunia sekitar 20,000 metrik tan pada tahun 2000. Tiga negara yang banyak menghasilkan Brazil nut segar dan produk berasaskan brazil nut dunia adalah seperti Bolivia (50%), Brazil (40%) dan bakinya Peru (10%). Laporan dari 'FAO Statistic' pula ada menyatakan, 50 tahun dahulu Brazil mengeluarkan lebih dari 105,000 metrik tan Brazil nut segar terutama dari kawasan hutan. Ini menunjukkan pokok Brazil nut semakin pupus setiap tahun dan digantikan dengan pokok lain atau aktiviti penebangan hutan. Artikel malam Selasa ini sambil menonton TV 1 dan TV3 mengenai serangan oleh pengganas di Lahat Datu, saya dapat idea untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" untuk bacaan dan juga runjukkan anda semua.
Pokok Brazil nut merupakan pokok saka hutan malar hijau yang besar dan tumbuh menegak dan mempunyai jangkahayat yang sangat lama. Ketinggian pokok sehingga mencapai lebih dari 60 meter (Lebih 150 kaki) dengan umur pokok mencecah 500 tahun (Lihat foto sebelah). Jabatan Hutan Brazil juga ada melaporkan bahawa mereka menjumpai pokok Brazil nut yang berumur sehingga 1,000 tahun. Penjajah Sepanyol dan Portugis telah membawa baka pokok ini semenjak tahun 1500 kebeberapa negara lain termasuk pokok yang berada di Malaysia. Habitat hutan tebal dengan kelembapan yang tinggi diperlukan untuk pertumbuhan pokok ini dalam hutan. Penanaman pokok ini juga agak kurang diminati kerana pokok ini hanya akan mula mengeluarkan hasil selepas 30 tahun di tanam... Siapa pula yang sanggup tunggu masa begitu lama?. Lebih baik kutip buahnya yang jatuh sendiri dari dalam hutan.
Batang pokok sangat besar dan berkayu keras dengan kulit berwarna kelabu dan agak licin. Daun pokok ini adalah jenis simpel, deciduous dan mempunyai bentuk 'oblong' serta susunan daun yang bersilang (alternate). Saiz daun adalah sekitar 20 -25 cm panjang dan 10 - 15 cm lebar. Walau pun pokoknya besar dan tinggi, bunga brazil nut bersaiz kecil dengan warna putih ditengah dan kelopak kekuningan (Lihat foto sebelah). Ukuran bunga adalah 5 - 10 cm ukurlilit dan berkelompok kedudukannya. Buah Brazil nut paling pelik bentuknya dan penciriannya. Buah besar yang berbentuk bulat dengan saiz 10 - 15 cm garipusat dan kulit berkayu tebal sehingga 2 cm mengandungi biji-biji. Jumlah biji dalam setiap buah apabila dibuka diantara 18 - 24 biji dengan bentuk seakan tiga segi bujur (Lihat foto biji buah dibawah). Bahagian biji ini yang mengandungi banyak khasiat untuk pelbagai kegunaan apabila diproses.
Biji Brazil nut apabila di pecahkan akan kita lihat isinya yang putih krim dan kaya dengan pelbagai nutrien (Lihat foto sebelah). Antara kandungan zat dalam buah Brazil nut seperti vitamin, minreals dan sebagainya tetapi paling utama ada kandungan Asid Phytic serta Aflatoxins yang amat tinggi. Walau pun ia mengandung asid lemak yang tinggi, tetapi asid lemat tersebut merupakan jenis lemak tepu mono (monosaturated) seperti kandungan Asid Omega Lemak yang sangat baik untuk kesihatan manusia. Kandungan bahan Salenium pada biji buahnya adalah 250 kali ganda daripada tumbuhan lain yang ada didunia dimana bahan ini sangat baik untuk mengawal serangan kanser prostat dan kanser ovari manusia. Bahan mineral lain seperti Protin, Kalsium dan Magnesium juga amat tinggi (sesuai dengan umur pokok yang beratus-ratus tahun).
Buah Brazil nut ini gugur dan jatuh ketanah apabila cukup masak dengan sendiri. Walau pun ia jatuh dari ketinggian beratus kaki, lazimnya buah tidak pecah kerana kulit berkayu yang tebal dan keras (Lihat foto sebelah). Buah ini dikumpulkan apabila telah banyak terkumpul dibawah pokok. Kulit buah akan dipecahkan menggunakan parang atau gergaji untuk mengeluarkan bijinya. Buah ini boleh didimpan lama tanpa sebarang kerosakkan kerana ianya tahan. Apabila kulit dipecahkan, isinya akan dikumpul dan di buang kulit luarnya nagi menghasilkan biji kacang Brazil Nut yang berwarna putih krim. Biji ini akan dikumpulkan dan digredkan untuk dijual dalam bentuk segar, digoreng (roasted), dipecah-pecahkan (cuts) dan juga dijual dalam bentuk pes (paste). Antara produk akhir brazil nut seperti bahan perasa untuk kek, icecreams, wafers, kek, biskut dan juga produk berasaskan kesihatan yang banyak dipasarkan.
Biji Brazil Nut segar yang lazat. |
BRAZIL NUT...TINGGI POKOKNYA...
BUAHNYA BESAR...KERAS KULITNYA...
LAMA HIDUP.... 800 TAHUN LAMANYA...
LEPAS 30 TAHUN...BUAH PERTAMANYA...
By,
M Anem
Room 111, BELLA VISTA RESORT and SPA,
Kuah, Pulau Langkawi,
Kedah, Malaysia.
Kuah, Pulau Langkawi,
Kedah, Malaysia.
(4 April 2013)
No comments:
Post a Comment