KAPAS atau COTTON (Gossypium spp) merupakan sejenis tanaman dari keluarga Malvaceae yang menghasilkan kapas untuk dijadikan bahan kain (textiles) semenjak dulukala. Tanaman kapas dijalankan secara komersil oleh beberapa negara utama pengeluar kapas iaitu USA, China dan India. Negara lain yang menanam dan mengeluarkan kapas dengan banyak adalah Brazil, Turki dan juga Pakistan. Pengeluaran kapas dunia daripada laporan FAO Statistic pada tahun 2010 sebanyak 80,034 juta bales padu atau dalam unit berat dikira sebanyak 807.7 juta metrik tan. Negara paling banyak yang menghasilkan kapas didunia adalah China (33 juta bales), USA (27 juta bales) dan India (18 juta bales). 'Bales' atau ikatan adalah unit digunakan untuk hasil kapas dengan anggaran berat 480 pound setiap satu bales. Terdapat lebih daripada 50 spesis kapas dari kumpulan Gossypium yang ujud dan ditanam diseluruh dunia. Kapas yang ditanam secara komersial sebenarnya terdiri daripada 4 spesis iaitu Gossypium hirsutum , Gossypium barbadense, Gossypium aboreum dan Gossypium herbaceum. Jenis G. hirsutum adalah jenis kapas tanah darat yang ditanam di USA, Carribean serta Mexico yang menghasilkan 80% daripada jenis kapas didunia. Jenis G. barbadense pula merupakan jenis kapas natif dikawasan tropika agak panjang tangkainya ditanam sekitar kawasan Amerika Selatan dengan penghasilan sebanyak 8% dari kapas dunia. Artikel subuh sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman kapas atau cotton untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan pembaca blog saya.
Pokok kapas merupakan pokok renek yang mempunyai ketinggian sekitar 1-2 meter. Tanah subur dan rata perlu dipilih untuk penanaman kapas kerana penanaman yang luas perlu menggunakan mekanisasi ladang. Penyediaan tanah, penanaman, kawalan rumpai, pembajaan sehingga penuaian hasil diladang kapas berskala besar mestilah dijalankan dengan jentera ladang. Petani-petani kecil seperti di India, Pakistan dan beberapa negara lain bagaimana pun masih menjalankan penanaman kapas secara konvensional dikawasan tanah yang bersaiz kecil. Tanah sesuai untuk kapas dari jenis lom berpasir dengan sistem saliran sempurna. Kadar penggunaan biji benih kapas banyak bergantung kepada jenis tanah dan varieti kapas ditanam. Lazimnya kadar sebanyak 15 - 25 kg sehektar digunakan untuk jarak penanaman sekitar 75 -90 cm diantara barisan diladang yang mempunyai sistem pengairan baik. Jika kawasan agak kering tanpa sistem pengairan kadar benih disyorkan sekitar 12-16 kg sehektar dengan jarak tanaman lebih rapat iaitu 45-60 cm antara barisan.
Tanah perlu dibajak , disikat dan diratakan sebelum kerja-kerja menanam kapas dijalankan. Sediakan alur-alur sesuai untuk saliran diantara barisan tanaman. Menanam kapas sering dijalankan sebelum musim hujan tiba. Bagi kawasan agak kering, Baja NPK dengan kadar sebanyak 28 kg N, 18 kg P dan 78 kg K digunakan. Baja N diberikan pada dua peringkat penanaman iaitu selepas menanam (menyemai diladang) dan sekali lagi selepas penjarangan atau sebelum pokok berbunga. Pengairan diberikan sebaik saja meletak biji benih diladang mengikut keperluan dan hanya 2-3 kali sebelum pokok berbunga. Peringkat berbunga dan pembentukkan kudup adalah masa paling kritikal air diperlukan. Hasil boleh kurang jika air tidak diberikan pada peringkat ini. Kawalan rumpai sering dijalankan 30 - 40 hari selepas menanam dengan kaedah manual atau semburan kimia terpilih.
Beberapa masaalah serangan perosak dalam penanaman kapas adalah seperti serangan oleh Serangga Aphids, Ulat Penggulung Daun, Ulat Bintik Kapas, Ulat Pink Kapas dan Kumbang Makan Kapas. Kawalan dengan racun kimia seperti Malathion dan Carbaryl serta serbuk BHC boleh digunakan dengan jenis serangga yang khusus diatas. Sementara itu masaalah penyakit yang menyerang tanaman kapas adalah seperti yang disebabkan oleh kulat iaitu Aktraknos, Kulapok Aerolate, Karah Achochyta, Reput Akar Hitam, Reput Kapas (Boll rot), Reput Arang dan beberapa lagi penyakit. Penyakit Layu Fusarium, Bintik daun, Kulapok Berdebu (Downy mildew), kanker batang dan Kapas Karat (Cotton rust) juga menyerang tanaman ini. Penyekit disebabkan oleh bakteria pula adalah seperti Penyakit 'Bacterial Blight of Cotton', 'Crown Gall' dan juga 'Lint degradation'. Kawalan dari peringkat awal penanaman mampu mengurangkan risiko serangan penyakit terutama dikawasan penanaman kapas yang luas.
Kapas yang ditelah ditanam dengan umur 160 - 180 hari selepas ditanam sesuai untuk dituai bergantung kepada varieti, sistem pengurusan dan juga cuaca. Kapas yang matang akan jelas nampak dengan ianya terkeluar daripada kudupnya dan dituai dengan menggunakan jentuai khas untuk menuai kapas (Lihat foto sebelah). Penuaian kapas boleh dijalankan beberapa kali dengan jentuai. Kapas ini akan dipotong dan dimasukkan kedalam jantuai yang akan membentuk kapas dalam ikatan (Baler). Baler Kapas ini akan dikumpulkan sebelum dihantar kesetor simpanan seterusnya dihantar kekilang untuk diproses. Didalam kilang, kapas akan diproses sehingga menjadi benang sebelum ianya dianyam untuk menjadi kain dan seterusnya pelbagai produk berasaskan kapas. Pada masa ini banyak persaingan produk kapas dipasaran dengan produk lain seperti Rayon iaitu diperbuat daripada sellulos asli yang harga bersaing dengan kapas semenjak tahun 1980'an. Produk polyesters yang dicipta pada tahun 1950'an juga telah mengugat kapas kerana ia mampu dihasilkan dikilang tanpa perlu menanam terlebih dahulu. Kesan dari persaingan ini menyebabkan penanaman kapas dibeberapa negar merudum kerana tidak dapat bersaing. Banyak produk-produk kapas yang kita gunakan dalam rumah daripada kainbaju, tuala mandi, alam tilam dan sebagainya yang digunakan setiap hari. Terimakaseh kepada penanam kapas seluruh dunia!. Wasallam.
WARNANYA PUTIH ...NAMANYA KAPAS....
DINEGARA CHINA... DITANAM AMAT LUAS...
KAPAS DIPROSES... KAIN LEMBUT ALAS....
MEMBACA ARTIKEL... HATI PUN PUAS...
By,
M Anem
Brinchang,
Cameroon Highland,
Pahang,
Malaysia
(3 Mac 2013)

No comments:
Post a Comment