HARGA RACUN KULAT (Fungicide) yang dijual secara runcit di Malaysia adalah turun naik semenjak krisis minyak petrol daripada tahhun 2008 hingga 2012. Satu kajian mengenai harga racun kulat telah saya jalankan untuk melihat bagaimana trend harga bahan input kimia tersebut yang merupakan satu komponen penting didalam kos pengeluaran tanaman terutama tanaman makanan seperti sayur-sayuran, padi dan buah-buahan. Adakah harga input ini terjejas akibat kenaikan harga petrolium pada tahun 2008?. Adakah ianya telah stabil sekarang apabila harga minyak dunia pada paras yang stabil semenjak 4 tahun kebelakangan?. Kajian melibatkan 5 jenis racun kulat yang paling popular di gunakan di Malaysia selama 5 tahun untuk melihat isu-siu yang disebutkan diatas. Harga Runcit racun kulat ini dikutip dari semua bandar utama di Semenanjung Malaysia dan dianalisa. Lima jenis racun tersebut adalah jemana Amistar, Ridomil 25WP, Thiram, Mancozeb dan juga Dithame M45. Artikel subuh ini saya akan menulis dalam "Anim Agro Technology" kajian yang saya jalankan untuk pengetahuan kita semua.
Racun kulat dijual dalam kedai pertanian dan hanya petani atau pengurus estet yang membelinya. Daripada jadual diatas menunjukkan trend harga runcit racun kulat adalah pada paras yang agak stabil sekitar harga terendah RM 107.47 sekilogram (2010) dan paling tinggi sebanyak RM 130.64 sekilogram (2011). Diantara kelima-lima jenis racun kulat yang dibuat kajian. Jenama Amistar (Bahan aktif - azoxystrobin 22.94%) merupakan jenis racun kulat paling mahal (1 liter sebotol) dengan harga runcit RM 424.60 (2012) dan diikuti dengan racun kulat jenis Ridomil (Bahan aktif - Metalaxyl 25%) dengan harg atertinggi pada RM 142.00 sekilogram (2011). Racun Thiram (Bahan aktif - thiram 80%) yang sering digunakan untuk mengawal biji benih ketika hendak ditanam dijual dengan harga RM 23.00 hingga RM 25.00 sekilogram. Racun Mancozeb (Bahan Aktif: mancozeb 80%) pula dijual dengan purata harga runcit RM 19.00 hingga RM 36.00 sekilogram iaitu trend perbezaan harga amat ketara dalam 5 tahun kajian dijalankan. Racun Dithane M45 (Bahan aktif - mancozeb 80%) juga dijual dengan harga RM 22.13 (2008) hingga RM 52.50 (2012) iaitu perbezaan trend harga sangat jauh.
Geraf diatas menunjukkan trend purata harga runcit racun kulat di semenanjung Malaysia dari 2008 - 2012 yang saya jalankan kajian. Geraf menunjukkan harga runcit purata racun kulat sekutar RM 120.00 sekilogram atau satu liter kemudian menurun pada tahun 2010 dan meningkat semula pada tahun 2011 dan 2012. Beberapa faktur yang mungkin menyebabkan berlakunya keadaan adalah seperti kadar permintaaan dan bekalan, harga pasaran minyak dunia, kuantiti penjualan (sales), paras keuntungan oleh pengedar dan penjual dan beberapa aspek lagi. Geraf dibawah pula menunjukkan trend 5 jenis racun kulat mengikut tahun untuk dirujuk.
Penggunaan racun kimia termasuk racun kulat perlu mengikut peratauran yang dinyatakan pada label. Ramai petani di Malaysia yang menggunakan racun kulat mengikut peraturan walau pun ada segelintir yang tidak mengikutinya. Sampel-sampel sayur-sayuran dan buah-buahan akan diambil oleh pihak berkuasa (Jabatan Kesihatan) diperingkat runcit sebelum sampai kepada pengguna untuk dikaji kesan sisa baki racun (MRL) yang ujud. Beberapa kes mahkamah telah dibuat mengikut Akta Keselamatan Makanan untuk menjamin bahawa bahan makanan tersebut adalah selamat dan bebas daripada sisi racun. Pilihlah produk sayur-sayuran yang berstatus organik untuk jaminan kualiti!....
RACUN KULAT... SELALU DIGUNAKAN...
5 JENIS RACUN .. TREND HARGA KAJIAN...
TREND TIDAK MENENTU... TELAH DIRAKAM...
BOLEH DIGUNA.. SEBAGAI RUJUKKAN...
By,
M Anem
Travel Lodge Brinchang,
Cameroon Highland,
Pahang,
Malaysia.
(8 Safar 1434H)

No comments:
Post a Comment