Wednesday, March 27, 2013

BUAH - RESPIRASI DAN ETYLENE 1

BUAH-BUAHAN TROPIKA (Tropical fruits) seperti juga jenis buah jenis temperate dan sub-tropika yang baru dipetik, selalunya akan meneruskan aktiviti respirasi (respiration) dan menghasilkan bahan etilin (Ethylene). Kadar pengeluaran bahan etilin ini bergantung kepada beberapa faktur seperti tahap indeks kematangan semasa memetik hasil (ripening), varieti tanaman (Crop variety) , keadaan cuaca disekeliling (Climate) dan penjagaan semasa menuai hasil(culture). Kadar ini juga bergantung kepada peringkat kematangan buah tersebut (maturity stage) dan juga keujudan bahan penggalak tumbuhan seperti etilin didalamnya. Semua ini perlu kita tahu untuk mempastikan pengurusan buah-buahan tropika yang hendak dituai dapat di sesuaikan dengan teknologi lepas tuai yang hendak dibuat. Terdapat jelas perbezaan untuk menguruskan jenis Buah  Klimaterik dengan Buah Bukan Klimaterik didalam aktiviti lepas tuai. Artikel petang Ahad sambil menonton perlawanan akhir badminton Terbuka Korea antara Datuk Lee Chong Wei dengan Du Peng Yu (China) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai respirasi buah-buahan tropika dan peranan etilin didalam teknologi lepas tuai buah-buahan. 


Proses Respirasi Buah Tropika yang berlaku adalah dari kadar serendah kurang 35 mg/ kg/ jam pada buah Nenas (Ananas cosmosus) sehingga setinggi 300 mg/ kg/ jam pada buah Avocado (Persea americana). Nenas yang berkulit hijau walau pun telah matang mempunyai kadar respirasi sebanyak 50 mg / kg/ jam berbanding dengan buah nenas yang telah masak ranum dimana kadar respirasi amat tinggi. Bagi buah durian (Lihat buah Durian varieti Kan You yang saya pegang di Thailand) mempunyai kadar respirasi sekitar 70 - 150 mg/ kg/ jam. Pentingnya kita hendak tahu kadar respirasi ini adalah untuk menilai bagaimana kesan respirasi terhadap perlepasan haba didalam bilik sejuk penyimpanan buah-buahan. Lagi tinggi kadar respirasi akan menyebabkan bilik sejuk menaik suhunya dan perlukan kawalan yang sesuai untuk memantapkan suhu didalamnya.


Pengeluaran bahan Etilene (Ethylene) oleh buah-buahan yang hendak disimpan juga amat penting kita fahami.  Jika kadar etilin dihasilkan dengan banyak oleh buah tersebut didalam simpanan, maka akan berlaku proses kemasakan buah dengan cepat dan ini kurang baik untuk proses pemasaran jika kuantiti buah disimpan agak banyak. Masak awal bagi buah-buahan ini juga menyebabkan sesetengah buah akan menjadi lembik dan busuk. Masaalah lain yang dihadapi akibat pelepasan gas etylene adalah apabila didalam setor penyimpanan, ia bercampur dengan komoditi lain seperti sayur-sayuran. Akibat keluarnya gas etilin ini menyebabkan sesetengah sayur (Seperti daun dan sayur buah) akan bertukar menjadi warna kuning kerana berlaku proses respirasi lebih cepat. Keadaan ini merugikan petani kerana sayur yang sepatutnya hijau menjadi hijau kekuningan seakan dah tua atau rosak. 


Kadar respirasi buah-buahan dan jangkahayat penyimpanan didalam setor amat berkaitan. Secara umumnya buah-buahan yang mempunyai kadar respirasi yang tinggi adalah cepat rosak atau mempunyai jangkahayat penyimpanan yang PENDEK (Shorter postharvest lives). Ini sebaliknya memanjangkan jangkahayat penyimpanan lepas tuai bagi buah-buahan yang mempunyai kadar respirasi yang rendah. Oleh itu perlu dijalankan aktiviti untuk mengurangkan kadar respirasi buah-buahan tertentu dengan mengawal keadaan suhu didalam setor penyimpanan. Cara terbaik dan praktikal yang dijalankan adalah dengan menurunkan SUHU. Suhu yang rendah didapati akan dapat memperlahankan proses respirasi buah-buahan seterusnya melambatkan proses kemasakan buah-buahan. Kaedah ini didapati amat praktikal dengan menyediakan setor berhawa dingin dan kontena penghantaranb juga berhawa dingin. Bagaimana pun keadaan suhu sejuk tidak terkawal akan menyebabkan amat sejuk (Chilling) sehingga ia merosakkan kualiti buah-buahan. 
BERSAMBUNG!

KADAR RESPIRASI... APA BENDANYA...
KELUAR GAS ETILIN... KENA TAHUNYA...
KAEDAH PENYIMPANAN... ADA KAITANNYA...
KALAU TIDAK FAHAM.. TERUS BERTANYA...

By,
M Anem
Jalan Istana,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(13 Januari 2013)
Published on 27 March 2013

No comments: