BENTUK DAUN (Leaf Shapes) tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai Bentuk, Saiz, Warna, Susunan, Ketebalan dan fungsi yang berbeza-beza. Kebanyakan bentuk daun sesuai dengan habitat semulajadi tumbuhan tersebut dan berfungsi kebanyakannya untuk menjalankan proses fotosintesis. Kebanyakan dun berada dibahagian atas tumbuh-tumbuhan dan dikeluarkan daripada bahagian pucuk. Daun yang berada dibahagian bawah merupakan daun tua yang kurang aktif lagi dan akhirnya ia akan gugur. Dari segi taksonomi tumbuhan, bentuk daun sangat berkait rapat dengan menentukan pencirian sesuatu jenis tanaman. Walau pun bentuk daun kelihatan sama sahaja, tetapi sebenarnya didalam penentuan varieti tanaman ia amat penting dinyatakan untuk membezakan antara spesis dari kumpulan yang sama. Terdapat banyak artikel yang membincangkan mengenai bentuk daun. Saya merujuk kepada beberapa buah buku dan juga laman web seperti lamanweb http://theseedsite.co.uk dan lamanweb http://cite. nwmissouri. edu. Secara amnya, bentuk daun pada asasnya ada 9 bentuk (Lihat rajah diatas) tetapi banyak juga yang membahagikan kepada 18 - 24 bentuk. Artikel subuh Isnin (Cuti ganti Thaipusam) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bentuk-bentuk daun dari definasi saintis lain serta susunan daun (leaf arrangment) yang jarang-jarang kita dengar atau jumpa tetapi iang berguna untuk menambah pengetahuan kita didalam beberapa bahagaian.
1. Bentuk - Peltate
Daun jenis ini jarang saya jumpa di negara kita tetapi saya agak memang ada. Daun jenis ini mempunyai tangkai daun yang agak panjang dan dihujungnya ada bentuk daun yang bulat (rounded) dengan sisi daun yang rta atau bergelombang (Rujuk foto sebelah). Panjang tangkai selalunya amat jelas sehingga ia menjadi identiti kepada daun bentuk ini. Kebanyakan daun jenis ini bersaiz kecil dan sederhana sahaja dan jarang yang bersaoz sangat besar.
2. Bentuk - Perfoliate
Bentuk ini agak unik kerana ia terdiri daripada beberapa helai daun yang membentuk satu kumpulan (Lihat foto disebelah). Saya agak jarang terjumpa daun berbentuk seperti ini. Terdapat batang sepanjang tumbuhan kelompok daun yang terkumpul dibahagian hujung batang (stems). Bentuk setiap helai daun juga berbeza-beza bergantung kepada kedudukaan daun tersebut dan kedudukan susunannya.
3. Bentuk - Alternate
Daun jenis ini sama ada bentuk apa juga tersusun dalam keadaan bersilang (alternate) diantara sehelai daun dengan helaiaian yang lain (Lihat foto sebelah). Dari segi saintifik bentuk susunan daun ini dipanggil sebagai 'alernifolia leaf' yang banyak terdapat pada tumbuhan dikeliling rumah kita. Susunan daun berbentuk bersilang diantara kiri dan kanan
4. Bentuk - Opposite
Bentuk dan susunan daun jenis ini adalah bertentangan diantara dua helai daun pada ranting pokok yang sama (Lihat foto sebelah). Banyak jenis tumbuhan di negara kita yang mempunyau bentuk susunan seperti ini iaitu bertentangan (opposite arrangement) diantara pada pangkal ruas batang atau ranting. Bentuk ini memberikan keseimbangan kepada daun dan juga mudah untuk kita menjalankan pengiraan jumlah daun.
5. Bentuk - Digitate
Daun jenis digitate ini mempunyai bentuk sangat menarik diantara bentuk daun (Lihat foto sebelah). Daun ini membentuk 5 lekukan (Lobes) dengan setiap lekukan akan membentuk seakan sehelai daun yang bercantum. Antara yang mudah kita hendak kenal adalah daun maples yang dijadikan logo pada bendera Kanada. Daun ini banyak terdapat pada tumbuhan di kawasan temperate dan juga banyak pada kawasan hutan hujan tropika.
6. Bentuk - Palmate
Bentuk daun ini adalah agak unik dimana terdapat beberapa banyak lekukan (lobes) pada pangkal daun yang mana lai daun akan memanjang keluar seakan-akan secara individu. Nama daun ini adalah 'palmata' seperti agaknya daun pokok ubi kayu yang keluar dari tangkai daun dipangkalnya dan membentuk belaian daun dengan pangkalnya bercantum.
BERSAMBUNG- Part 4 !
KITA BELAJAR.... DAUN DAN BENTUKNYA...
SUSUNAN ALTERNATE... OPPOSITE LAWANNYA...
ADA YANG PELTATE.... ADA PERFOLIATA...
DAUN PALMATE... UBI KAYU KAH DIA?...
By,
M Anem
Room 127, Hotel Sri Malaysia,
Air Keroh, Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 RabiulAwal 1434H)
No comments:
Post a Comment