TAMARILLO (Solanum betacum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Solanaceae dimana buahnya seperti buah tomato mini tetapi bentuknya sedikit berbeza. Buah ini juga dipanggil sebagai 'Tree Tomato' atau 'Terung Belanda' di Indonesia yang buahnya macam tomato tetapi bentuknya bulat bujur. Kita di Malaysia kurang mengenali tanaman ini kerana kurang popular tetapi di Indonesia orang suka buat 'Jus Tomato Belanda' untuk diminum. Nama saintifik lain bagi Tamarillo adalah Cyphomandra betacea yang mempunyai sebanyak 40 spesis. Tumbuhan ini adalah jenis renek (shrub) yang berbatang sederhana lembut dengan ketinggian maksima 3 - 4 meter dan lebar kanopi seluas 1 - 3 meter. Ia mempunyai sistem akar yang cetek dan pendek. Daunnya adalah lebar dan mempunyai dahan yang banyak. Tumbuhan ini mempunyai seksualiti sebagai Hermaprodite dan sesuai ditanam pada kawasan yang bersuhu agak sejuk. Artikel tahun baru ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai buah Tamarillo untuk pengetahuan dan maklumat pembaca blog ini.
Tanaman Tamarillo ini dipercayai berasal dari Banjaran Andes seperti Chile, Equador, Peru, Bolivia dan Colombia di Amerika Selatan. Namanya sahaja sudah macam bahasa Sepanyol atau Amerika Selatan. Tamarillo kini banyak ditanam dibeberapa negara seperti di New Zealand, India, Hong Kong, China, USA dan Afrika Selatan. Tanaman ini sesuai ditanam dikawasan Sub-Tropika dengan taburan hujan diantara 400 - 3,000 mm setahun. Pokok ini sesuai pada suhu antara 15 - 20 Celcius dan jika suhu menjadi sejuk sehingga suhu -2 celcius, maka pokok akan rosak. Tanah jenis ringan dengan sistem saliran sempurna diperlukan untuk sistem pengakaran tumbuhan ini iaitu jenis yang cetek. Kemasaman tanah di antara pH5.5 hingga pH8.0 adalah sesuai untuk tanaman tamarillo. Pokok ini tidak tahan tiupan angin kencang dan perlukan sokongan diperingkat awal penanaman. Dalam keadaan kemarau pokok ini perlukan sistem pengairan lengkap kerana ia perlukan air yang banyak untuk tumbuh.
Bahan tanaman adalah daripada Keratan Batang daripada pokok induk yang sihat dan bebas daripada serangan virus. Keratan batang ini dipotong sepanjang 45 cm panjang dan cm ketebaban daripada pokok yang berumur lebih 2 tahun dan disemai didalam polibeg dan disimpan dalam nurseri. Apabila akar telah mencukupi, ia boleh ditanam di ladang dengan jarak tanaman 1.5 meter antara pokok dan 4.5 meter antara barisan. Pastikan pembajaan asas diberikan sebelum menanam. Pada peringkat awal penanaman disyorkan dipasang kayu pancang atau tiang untuk melatih pokok tamarillo ini naik keatas kerana batangnya agak lembut (Lihat foto sebelah). Selepas mencapai ketinggian 2 meter, digalakkan untuk pokok mengeluarkan dahan dan ranting. Laksanakan program cantasan sepanjang masa bagi membuang dahan berpenyakit, melempai kebawah dan bunga di bahagian pucuk yang tidak dikehendakki.
Kawalan penyakit dan rumpai perlu dijalankan mengikut kesesuaian dimana elakkan dari menggunakan racun rumpai. Antara masaalah serangan penyakit adalah "Tamarillo Mozaic Virus" selain daripada serangan nematod, serangga dan kulat (fungi). Pembajaan dengan baja organik dan Sebatian NPK dijalankan mengikut jadual. Kadar baja NPK adalah sebanyak N (110-170 kg/ha), P (35 - 55 kg/ha) dan K (50 - 100 kg/ha). Penuaian sering dijalankan dengan secara manual dimana tamarillo lazimnya akan berbuah 18 bulan setelah ditanam. Pokok akan menghasilkan buah optima selepas 3 tahun ditanam dengan anggaran hasil sebanyak 6.5 metrik tan/ha pada umur 1.5 tahun. Anggaran hasil pada umur 3 -4 tahun adalah sebanyak 15 - 17 mt/hektar. Kajian menunjukkan sepokok tamarillo mampu menghasilkan sekitar 20 kg sepokok semusim. Buah yang cukup masak dipetik dengan tangan apabila semuanya telah berwarna merah. Buah yang tidak cukup masak akan ada warna kekuningan diantara merah.
Buah tamarillo yang telah dipetik tahan selama 12 minggu jika disimpan didalam suhu 3.5 - 4.5 Celcius (jangan terlalu sejuk kerana buah akan rosak). Selepas dikeluarkan dari simpanan, ia boleh tahan selama 7 hari lagi. Daripada beberapa rujukkan mendapati masaalah penanaman tamarillo adalah serangan serangga seperti 'White Fly', Loper caterpillar, nematod, kumbang pemakan daun hijau, Karah bakteria, Kulapok Downey, Reput akar (root rot) dan bintik-bintik daun. Antara produk popular di Amerika Selatan daripada buah tamarillo adalah 'Teh Tamarillo' yang ditujukkan dalam foto sebelah. Kegunaan lazim buah tamarillo adalah untuk dimakan segar, dibuat jus, puree, jem dan banyak lagi yang saya kurang kenal di Malaysia. Kalau sesiapa pernah melawat Indonesia, ada sesetangah restoran yang menghidangkan Jus Tomato Belanda atau namanya 'Tamarillo juice' seperti foto dibawah! Agaknya sedap kot!.
NAMANYA TAMARILLO... ANDES ASALNYA...
MACAM TOMATO... MERAH MASAKNYA...
BUAH DIPETIK... DIMAKAN SEGAR AGAKNYA...
KITA DIMALAYSIA... KURANG KENALNYA...
By,
M Anem
Putrajaya,
Malaysia.
(19 Safar 1434H)

Ini dia Jus Tamarillo..sedap!. |
NAMANYA TAMARILLO... ANDES ASALNYA...
MACAM TOMATO... MERAH MASAKNYA...
BUAH DIPETIK... DIMAKAN SEGAR AGAKNYA...
KITA DIMALAYSIA... KURANG KENALNYA...
By,
M Anem
Putrajaya,
Malaysia.
(19 Safar 1434H)
No comments:
Post a Comment