PASAR TAMU merupakan satu aktiviti jualan produk di Sabah dan Sarawak yang popular secara tradisional semenjak dulu. Pasar Tamu berasal daripada dua perkataan iaitu 'Pasar' yang bermaksud tempat jualan dan 'Tamu' iaitu pengunjung atau pembeli yang datang untuk membeli. Lazimnya Pasar Tamu diadakan ditapak khusus pasar tamu seperti di Pasar Tamu Gaya Street, Kota Kinabalu, Pasar Tamu Tenom, Pasar Tamu Sandakan, Pasar Tamu Sri Aman, Pasar Tamu Bekenu, Pasar Tamu Miri, Pasar Tamu Bintulu dan banyak lagi lokasi. Dari segi sejarah, asal usul pasar tamu adalah dimana golongan petani, nelayan, penternak dan penduduk tempatan akan mempamerkan hasil tani mereka untuk dijual kepada orang ramai setiap minggu. Bergantung kepada lokasi, kekerapan pasar tamu adalah berbeza-beza antara lokasi dengan lokasi yang lain. Seperti yang saya lawat di Ranau dan banyak lokasi lain, lazimnya mereka mengadakan pasar tamu satu kali dalam seminggu dan memang sangat ditunggu-tunggu oleh penduduk tempatan serta pelancong. Artikel petang jumaat ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai pasar tamu berdasarkan kepada pemerhatian dan pengetahuan saya sendiri.
Antara ciri-ciri khusus pasar tamu adalah tempat tapak perniagaan yang khusus dan ditetapkan oleh majlis tempatan. Tapak ini asalnya merupakan tanah lapang yang meletakkan beberapa plot perniagaan kepada penjual. Dibeberapa lokast terdapat struktur tetap disediakan tetapi ada juga yang tiada struktur tetap melainkan tapak tanah kosong sahaja dan waktu jualan daripada awal pagi sehingga hari petang sebelum malam. Terdapat juga kawasan pasar tamu berskala kecil yang berniaga sehingga tenghari sahaja. Dikalangan penjual kini ada yang membawa khemah kanvas sementara dan ada yang membawa khemah moden atau payung besar untuk teduhan. Bagi mereka yang sudah lama berniaga kadang-kadang membina pondok separa kekal beratapkan zink dan ada para khas untuk meletakan barang jualan. Terdapat juga dikalangan penjual meletakkan produk jualan diatas tanah sahaja.
Diantara barangan jualan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, hasil ternakan (ayam, ikan, daging, kambing dsb), barangan dapur, produk herba, produk hutan, produk kraftani, produk industri asas tani dan sebagainya. Jualan ternakan hidup seperti kambing, kerbau dan lembu juga popular zaman dulu. Mereka akan menjalankan aktiviti tawar menawar sehingga mendapat persetujuan harga dan membelinya. Apabila waktu sudah lewat petang biasanya harga barangan akan turun disebabkan penjual tidak mahu membawa pulang produk segar mereka. Pasar tamu masih terus dikekalkan dan di pelihara oleh masyarakat Sabah sebagai satu jenis pasar yang ditambah nilai dengan aktiviti pelancongan.
Kini pasar tamu sering dikunjungi oleh pelancong domestik dan luarnegara sebagai satu tarikan. Didalam EPP17, kerajaan telah menaiktaraf beberapa pasar tamu dengan pembinaan struktur tetap serta rekabentuk lebih moden dimana ada beberapa Pasar Tamu (di Sabah) telah dibina struktur berbumbung yang canggih dan menarik. Mengenai projek Pasar Komuniti Rakyat (PAKAR), saya terbaca berita bahawa projek ini menerima peruntukkan lebih RM 40 juta untuk menambah nilai pasar seperti ini (Pasar Tamu, Pasar Malam, Pasar Lambak dsb) kepada satu sistem pemasaran yang boleh diperbaiki kearah negara maju dimasa akan datang. Apa yang kita harapkan agar kaedah pemasaran seperti Pasar Tamu akan berterusan didalam budaya masyarakat Malaysia yang unik dan berbudaya. Wasallam!
PASAR TAMU... DI SABAH SAHAJA...
PETANI BERTEMU.... JUAL HASIL MEREKA...
TAWAR MENAWAR... ADALAH CARA BIASA...
TARIKAN PELANCING.. JUGA PENGGUNA...
By,
M Anem
Taman Maju,
Tronoh, Perak,
Malaysia.
(13 Muharram 1434H)
Pasar Tamu Bekenu, Miri |
Pasar Tamau di Ranau, Sabah |

No comments:
Post a Comment