FEIJOAS (Acca sellowwiana syn Feijoa sellowiana) merupakan sejenis buah yang kita orang Malaysia tidak berapa kenal. Buah ini adalah sejenus buah dari keluarga Myrtaceae yang juga dikenali sebagai 'Pineapple Guava' atau 'Guavasteen' atau bahasa kita 'Jambu Batu Nenas' kerana bnetuk buah seperti buah jambu batu tetapi rasa isinya seperti buah nenas. Saya membaca sebuah buku "Tropical and Sub-Tropical Fruits' terbitan CABI International (2011) dan menjumpai penulisan mengenai buah Feijoas untuk rujukkan dan pengetahuan pembaca. Sekali pandang bentuk buah ini macam buah jambu batu atau limau lemon yang berbentuk bujur sahaja. Buah ini adalah natif di Amerika Selatan seperti Brazil, Paraguay dan Uruguay yang tumbuh dikawasan tanah tinggi lebih 1,000 meter dari paras laut. Pada masa ini beberapa negara telah menanam buah feijoas ini seperti di New Zealand, California USA dan beberapa negara lain semakin berminat untuk menanamnya seperti di China, Rusia, Jepun dan Australia. Walau pun saya belum pernah makan buah ini, saya rasa ada potensi juga kalau buah ini sesuai ditanam dinegara kita. Artikel subuh hari Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis buah yang tidak pernah saya kenal iaitu Buah Feijoas.
Pokok renek sederhana kecil ini mempunyai bentuk pokok banyak cabang dengan ketinggian pokok sekitar 2 - 5 meter. Daunnya berwarna hijau gelap dibahagian atas serta sedikit keputihan dibahagian bawah dengan saiz 3-7 cm panjang. Buahnya berbentuk ovoid bulat dengan berwarna hijau gelap berukuran 4 - 7 cm panjang. Walau pun saya belum pernah makan buah ini, dengan melihat gambar buah dibawah sudah agak akan rasanya yang masam. Isinya bewarna putih krim dengan seakan ada tekstur seperti gelatin (Lihat foto dibawah). Buganya adalah jenis Hermoprodite dengan boleh melakukan pendebungaan sendiri bagi verieti tertentu tetapi kebanyakannya adalah dibantu oleh agen pendebunga seperti serangga dan burung. Buah akan terbentuk selepas 20 - 26 minggu selepas anthesis berlaku.
Walau pun pokok ini dalam kategori Buah Sub-tropika, ia tahan dalam keasaan salji bagaimana pun buah dari kawasan lebih panas dikawasan subtropika mempunyai saiz lebih besar. Pokok ini masih boleh hidup dengan suhu - 11 celsius walau pun boleh menjajaskan kualiti buah. Tumbuhan ini sesuai dalam banyak jenis tanah tetapi jenis tanah lom berpasir atau berpasir dengan saliran baik amatlah digalakkan untuk tanaman ini. Keperluan pembajaan Feijoas disekitar 20 - 30 kg N/ha, 40 kg P serta 20 kg K untuk pokok muda meningkat kepada 120 kg/ha pada pokok dewasa bersama 80 kg P dan 100 kg K.
Pennaman dijalankan dengan menggunakan biji benih yang disemai dalam polibeg dan apabila cukup umur diubah keladang. bagaimana pun terdapat kaedah keratan batang dan lenturan (layering) pernah dijalankan dibeberapa negara. Anak benih cantuman pula kini menjadi pilihan dengan mencantum anak pokok penanti berumur 1 tahun dengan mata tunas daripada varieti terpilih. Jarak penanaman adalah 2-4 meter pokok dalam barisan dan 4 - 5 diantara baris tanaman. Lakukan cantasan pembentukkan untuk mendapatkan pokok seimbang. Cantasan seterusnya bagaimana pun dijalankan agak minima untuk tumbuhan ini. Kawalan penyakit dan perosak dijalankan terutama untuk serangan Chinese wax scales, Greedy scales dan Ulat Pengulung Daun. Kawalan rumpai dan program pembajaan mengikut keekerapan dan jumlah yang sesuai mengikut umur.
Laporan daripada beberapa buku yang saya baca mendapati pokok mula mengeluarkan hasil selepas 2 - 4 tahun ditanam. Ini bergantung kepada cara pengurusan, faktur jenis benih digunakan, varieti serta jenis tanah. Kajian juga menunjukkan pokok Feijaos ini mempunyai jangkahayat hidup ekonomik selama 30 - 40 tahun. Pengeluaran hasil pada tahun ke 10 merupakan paling banyak dihasilkan. Kadar anggaran hasil adalah sebanyak 4 - 5 metrik tan/ha pada umur 4 tahun dan meningkat sebanyak 20 - 25 metrik tan setahun pada tahun ke 10 penanaman. Buah yang dipetik digredkan mengikut kualiti dan boleh disimpan didalam suhu 0 celsius selama 4 - 5 minggu sebelum dimakan oleh peminat.
WASALLAM SEMUA!
BUAH FEIJOAS... PELIK NAMANYA...
MACAM BUAH JAMBU...MASAMNYA...
AMERIKA ASAL... DAN JUGA USULNYA...
INGIN MELIHAT ... BILA AGAKNYA...
By,
M Anem
Kompleks MARDI , Serdang,
Selangor,
Malaysia
(18 RabiulAwal 1434H)

No comments:
Post a Comment