PISANG (Musa spp) merupakan tanaman yang popular di Malaysia sama ada ditanam secara komersil atau skala kecil-kecilan dikeliling rumah merupakan tumbuhan dari keluarga Musaceae. Banyak spesis pisang yang ada di negara kita dimana sebahagian besar pisang di tanam secara komersil untuk tujuan hasil makanan. Terdapat banyak juga jenis keluarga tanaman pisang yang ditanam sebagai Pokok Hiasan (Ornamental) dikeliling rumah, di taman bunga dan juga dikawasan kompleks bangunan pejabat atau kompleks membeli belah. Pisang Cavendish merupakan antara varieti pisang makan segar yang paling popular permintaannya diseluruh dunia. Pisang diminati oleh semua gulongan masyarakat sama ada orang kaya, orang miskin, dewasa, kanak-kanak dan sebagainya. Pisang mengandungi zat permakanan yang baik dan banyak memberikan tenaga kepada mereka yang perlukannya. Kali ini saya menulis 5 lagi varieti pisang dalam 'Anim Agro Technology' yang terdapat di Malaysia sama ada anda mengenalinya atau tidak.
21. PISANG LANG
Pisang Lang ini macam serupa dengan Pisang Tanduk cuma saiznya agak kecil sedikit dengan pisang tanduk (Lihat foto diatas). Bilangan biji buah pisang lang lebih banyak daripada pisang tanduk iaitu antara 5 - 15 biji dalam setandan. Kulitnya berwarna hijau muda ketika muda dan akan menjadi hijau gelap sedikit apabila hampir masak. Pisang Lang juga mempunyai masaalah 'patah tengkuk' sama seperti masaalah pada pisang tanduk. Pisang ini sesuai untuk dijadikan 'pisang goreng', diproses untuk menjadi kerepek pisang dan dibuat kuih tradidional apabila cukup masak. Saya suka makan pisang lang yang cukup masak kerana rasanya yang lemak manis dan aromanya yang sedap. Belum ada kisah rasmi dicatitkan bagaimana pisang ini mendapat nama, tetapi saya rasa mungkin disebabkan pisang ini banyak dulunya di tanam di Pulau 'Lang'kawi dan dinamakan Pisang Lang oleh penduduk tempatan. Namun cerita sebenar asal usul cerita ini kita kena tanya dengan Mahsuri yang mati dibunoh dan tidak sempat untuk dibukukan atau di 'blog'kan dalam website!.Satu lagi kisah mengenai Pisang Lang berasal dari Johor dimana pisang jenis ini antara jenis pisang yang selalu dicuri untuk buat kerepek...lalu mereka namakan Pisang hi..lang.
22. PISANG TOMAN
Pisang Toman ini sejenis pisang kurang popular di Malaysia dan banyak ditanam di Perak. Pisang ini bersaiz sederhana dengan kulitnya berwarna hijau ketika muda dan akan menjadi kuning pucat apabila cukup masak (Lihat foto diatas). Rakaman foto diatas diambil semasa pameran pertanian di Pusat Pertanian Titi Gantung, Perak minggu lepas sempena lawatan Menteri Besar Perak ke pusat tersebut. Bentuk buah agak bersegi sedikit dengan kulit yang mudah dikupas apabila masak. Pisang Toman mempunyai rasa manis dan sesuai untuk dimakan segar atau dibuat kuih tredisional' Pisang ini tidak ditanam secara komersil dan hanya ada dikawasan keliling rumah sahaja. Apa yang saya hendak kongsi maklumat ialah bagaimana pisang ini mendapat nama sebagai 'Pisang Toman'. Pada masa dulu kisahnya, pisang ini telah dijadikan umpan untuk memancing ikan toman dikawasan tasek bekas lombong oleh penduduk tempatan di Perak, dan akhirnya sehingga kini orang panggil sebagai pisang toman. Satu lagi versi di Johor yang saya perolehi menyatakan yang Tok Osman atau Tok Man merupakan petani yang suka tanam pisng ini. Maka peraih Cina yang jual pisang tersebut selalu kata itu adalah pisang dari kebun Tk Man atau ringkasnya 'Pisang Toman'.
23. PISANG MUDAM
Pisang Mudam ini pada saya agak pelik bunyinya. Hendak dikata 'Mudim' rasanya tidak berapa kena. Pisang Mudam mempunyai kulit warna hijau ketika muda dan apabila masak pun dikatakan hijau kekuningan. Pisang ini berbentuk bulat dan pendek sedikit seperti bentuk pisang emas (Lihat foto diatas). Pisang ini sesuai dijadikan sayur ketika muda dan apabila masak sesuai juga agaknya untuk dimakan segar. Pisang ini juga dikatakan sesuai untuk diproses menjadi kuih tradisional. Pisang ini terdapat dikawasan kampong tradisiional di Perak, Selangor dan Johor dimana ada ramai masyarakat Jawa atau Banjar yang tinggal. Saya kurang faham akan makna 'Mudam' ini tetapi menurut kata nenek kebayan yang empunya cerita, asal usul nama pisang ini ada berkaitan dengan ibu yang sarat mengandung dan ia dikatakan 'mengidam' hendak makan pisang. Lalu ditanya oleh suaminya iaitu orang kelantan dengan berkata 'Mu mengidam ko?'... lalu jadilah ia Pisang Mudam hingga kini!
24. PISANG JARUM
Pisang Jarum ini lagi pelik bunyinya daripada varieti diatas. Melihat foto yang ada diatas, bentuk pisang ini macam pisang emas dimana ia mempunyai saiz buah yang agak kecil. Buah mempunyai kulit berwarna hijau ketika muda tetapi akan bertukar kepada kuning kemerahan apabila cukup masak. Foto tersebut juga saya ambil daripada pameran Jabatan Pertanian di Titi Gantung, Perak minggu lepas. Pisang Jarum sesuai untuk dimakan segar kerana rasanya yang manis dan aromanya yang sederhana kuat. Pisang ini sesuai untuk dibuat goreng 'Cengkodok' atau kek pisang. Belum banyak kajian mengenai pisang jarum yang dibuat oleh saintis di Malaysia dan belum ada laporan rasmi menyatakan pisang jarum ditanam secara monokrop dengan saiz komersil. Saya sudah dari tadi hendak kaitkan nama pisang ini dengan 'jarum' memang tidak kena melihat bentuk buahnya. Kata Tok Batin Kg Orang Asli, pisang ini akan diambil dimana akan dicucuk dengan 'jarum' ketika membuat upacara perubatan tradisional merawat pesakit-pesakit akibat gangguan orang halus dan kekal namanya hingga sekarang. Wallahualam!
25. PISANG RELONG
Pisang Relong ini mempunyai saiz sederhana yang mana kulitnya berwarna hijau muda ketika muda dan sewaktu hampir masak. Pisang ini sesuai untuk di makan segar dan juga diproses untuk dijadikan kuih tradisional serta kerepek. Pisang ini hanya popular di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia sahaja dan agak kurang di negeri saya, Johor. Sekali pandang mungkin orang Johor akan kata itu pisang nangka kerana bentuk dan warnanya hampir serupa. Agar sukar bagi saya untuk mempastikan asal usul nama pisang ini kerana perkataan 'relong' dimaksudkan dengan keluasan tanah iaitu kurang sedikit dengan keluasan 'ekar'. Selidik punya selidik rupanya asal usul pisang ini di zaman penjajahan British dulu dimana Pejabat Residen British minta supaya petani menghasilkan pisang yang panjang sedikit (Long) dan setelah dicuba berkali-kali tanam baru berjaya. Maka pejabat reiden telah menamakan pisang ini sebagai 'Re-Long' atau dipendekkan jadi Pisang Relong (Pemanjangan semula).
Demikianlah 25 varieti pisang yang saya dapat nukilkan dalam 5 siri penulisan menganai Varieti Pisang di Malaysia. Sebahagian daripada pencirian yang saya tulis boleh diperbaiki atau di tambah maklumat kalau ada pakar-pakar pisang yang suka untuk 'up-date'. Negara kita menerima cahaya matahari dan hujan sepanjang tahun menyebabkan rakyat Malaysia boleh menanam pisang sepanjang tahun. Kekurangan bekalan pisang untuk keperluan domestik dan pasaran ekspot boleh dilaksanakan dengan terancang. Bagaimana pun masaalah semasa penanaman pisang adalah serangan Penyakit Moko Pisang yang menjejaskan amat teruk pengeluaran buah pisang. Langkah-langkah kawalan mengatasi penyakit moko ini perlu dibuat segera bagi menjamin industri penanaman pisang negara akan terus kukuh dan memberikan menafaat kepada petani. Wasallam!
PISANG LANG .... BESAR BUAHNYA....
PISANG JARUM... TAK SEPERTI BUAHNYA...
PISANG TOMAN... KELIRU DIBUATNYA...
PISANG RELONG... TIDAK TAU TAK APA..
By,
M Anem
Titi Gantung /Pusat Bandar Manjung,
Perk, Malaysia.
(8 Safar 1434H)

No comments:
Post a Comment