Monday, November 5, 2012

KELULUT DAN PERANANNYA


LEBAH KELULUT (Trigona spp) atau lebih dikenali sebagai Lebah lalat merupakan sejenis lebah yang saya kenal memang tidak mempunyai sengat. Pemerhatian saya mendapati lebai ini hidup di sekitar kampong dalam satu ekosistem semulajadi. Beberapa laporan menunjukkan ada terdapat sebanyak 13 spesis telah ditemui di Malaysia. Uniknya Kelulut biasanya membuat sarang didalam rongga-ronga kayu atau lubang didalam tanah (segelintir spesis sahaja) atau pada tiang kayu atau kayu berlubang. Serangga ini apa yang saya perhatikan akan mengambil damar, pollen dan madu dari pokok dan rumpai dipersekitaranya. Damar ini akan digunakan untuk membuat sarang kelulut dan debunga pula atau pollen digunakan untuk sumber protinnya. Nektar yang dikutip daripada bunga disekelilingnya akan dibawa pulang kesarang dan di proses menjadi madu untuk sumber Karbohidrat. Kajian saya juga mendapati yang debunga dan madu diambil dari bunga dan dikumpul didalam sarang untuk makanan anak2 dan simpanan untuk semasa kekurangan atau pun musim tiada bunga atau musim hujan dimana mereka tidak boleh keluar mencari makanan. Manusia sejak dahulu kala lagi mengambil lebihan madu dan pollen ini dari sarang kelulut sebagai makanan. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai peranan kelulut dalam amalan agronomi tanaman dan terhadap alam sekitar.

Berbalik kepada latarbelakang mengenai pemeliharaan kelulut di Malaysia, saya dapati ia bermula disekitar tahun 2000 apabila ia digunakan untuk pendubungaan berbantu pokok dan sayur berbuah. Beberapa batang kayu besar atau tunggul yang mengandungi sarang kelulut akan dipotong dan diletakkan di lokasi ternakan kelulut atau dalam kebun sayur atau didalam Struktur Pelindung Hujan Tertutup (SPHT). Bagaimana pun bagi tujuan penternakan komersil sebaiknya koloni kelulut dipindahkan menggunakan Kotak Lebah atau HAIF LEBAH. Haif lebah ini dicat warna putih dengan mempunyai pintu yang mudah untuk dialihkan kelokasi lain (Lihat foto sebelah). Pemerhatian saya mendapati, koloni kelulut akan keluar sarang melawati bunga untuk mencari makanan lalu secara tidak langsung membantu dalam proses pendebungaan. Kelulut ini akan keluar dari haif pada siang hari sehingga waktu petang bagi mengutip nektar dan sebunga serta propolis daripada tumbuhan persekitaran. 

Ramai yang telah tahu yang cara menternak kelulut boleh dibuat atau kita pelihara dalam kotak haif seperti Lebah Keran (Apis cerana). Menternak lebah keran dijalankan dikawasan kebun kelapa, kebun nenas, kebun dusun buah-buahan dan sebagainya dimana terdapat banyak sumber nektar dan debunga. Apa yang saya sering beritahu semasa mengajar peserta kursus, paling awal adalah aktiviti ambil koloni atau sarang kelulut dipindah dari tempat asalnya dalam batang kayu kedalam kotak haif buatan. Kaedah ini perlu dibuat dengan teliti agar Ratu Kelulut dan koloninya dapat di alihkan dengan sempurna. Haif lebah ini akan diletakkan di kawasan kebun atau dalam SPHT. Saya boleh dakwa yang akhir-akhir ini penternakan kelulut semakin popular berikutan merosotnya industri lebah madu. Saya ada menulis satu artikel mengenai kesan industri ternakan burung walit (Edible Bird Nest) terhadap pengurangan populasi lebah di Malaysia. Hipotesis saya menyatakan berjuta ekor burung walit akan makan banyak ekor lebah setiap hari dimana ini mengurangkan populasi lebah secara drastik (Klik disini).

Kelulut yang saya kenal memang amat berbeza dari lebah madu (Lebah Tualang atau Lebah Keran) kerana ia tidak menyegat dan tidak mudah meninggalkan sarangnya. Walau pun bersaiz kecil 1 cm sahaja tetapi ianya sangat berguna dimana kini disamping untuk tujuan pendebungaan berbantu, kelulut diternak untuk tujuan pengeluaran madu dan diternak uuntuk mendapatkan 'pollen bread' yang dikatakan bersamaan dengan pollen bee lebah madu. Penanaman bahan makanan seperti tembikai, melon, cili, tomato, timun, dan sebagainaya dapat ditingkatkan dengan pendebungaaan berbantu. Kerja pendebungaan melon seara manual dibawah rumah plastik berjaring SPHT (netted structure) saya dulu dapati adibuat secara manual dan secara intensif pada masa terkini ia dapat digantikan peranannya oleh kelulut.

Telah banyak diperkatakan yang antara kebaikan madu kelulut ialah kerana ia didakwa dapat menperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan keradangan dan meningkatkan daya immunisasi kita. Kelulut juga serangga yang mengeluarkan propolis yang berkualiti dengan banyak. Propolis juga telah ketahui orang ramai yang merupakan bahan antibiotik semulajadi dan 'booster system' immunisassi yang kuat. Apa yang saya tahu yang kelulut menggunakan resin dari pokok dan kemudian diproses didalam badannya untuk digunakan dalam proses membuat sarang bagi mencegah pembiakan mikrob. Sifat kelulut yang tidak senang meninggalkan sarangnya dan tidak menyegat membolehkan kelulut diternak ditepi-tepi rumah atau dikawasan kebun. Pada masa ini telah ada konsep “hutan dalam bandar” iaitu kaedah menanam pokok-pokok hutan didalam bandar. Saya dapati  hobi kelulut boleh dilaksanakan ditepi-tepi rumah, dibawah 'porch' kereta atau dikawasan taman-taman bunga untuk menghasilkan madu dan kelulut juga meningkatkan proses pendebebungaan. Bagaiman kita hendak mendapatkan bekalan baka koloni kelulut?   Berapa harga satu baka koloni kelulut? Siapa yang hendak kita hubungi jika hendak membeli baka koloni kelulut?  Dimana hendak dapatkan khidmat nasihat teknikal memelihara kelulut?..... 

MENTERNAK KELULUT... SERONOKNYA...
TIDAK MENYENGAT ... MADU HASILNYA...
HENDAK CARI KOLONI... ADA DIMANA...
SERONOK BACA ...TAJAM FIKIRANNYA...

By,
M Anem
Marang, Terangganu,
Malaysia
(26 Zulhijjah 1433H)

No comments: