Friday, November 2, 2012

KAWALAN SERANGGA DI RUMAH

KAWALAN SERANGGA (Pest Control) merupakan satu aktiviti untuk kita mengawal serangga perosak sama ada didalam rumah, tempat bekerja, pejabat atau dipelbagai lokasi dimana terdapat populasi serangga perosak. Terdapat pelbagai cara untuk kita membuat kawalan serangga perosak seperti cara mekanikal, biologi, kimia dan sebagainya. Kaedah paling popular dijalankan bagaimana pun adalah dengan cara semburan racun kimia kerana ianya mudah, nampak berkesan, cepat bertindak dan bekalan racun yang mudah didapati. Terdapat pelbagai jenis racun serangga yang dijual dipasaran dengan pelbagai kategori daripada Racun Sangat Berbisa, Sederhana Berbisa sehingga Racun Kurang Berbisa. Penggunaan racun serangga perlu mengikut peraturan penggunaannya seperti ditulis pada label. Artikel subuh jam 3.30 pagi ini saya menulis mengenai kawalan serangga dalam 'Anim Agro Technology' untuk sama-sama kita memahaminya.



Terdapat beberapa jenis perosak yang ada disekeliling kita dan dianggap sebagai musuh kepada manusia kerana ianya menyebabkan gangguan kesihatan dengan membawa patogen (Bakteria, Virus, Kuman) seperti Tikus, Lalat, Lipas dan sebagainya. Haiwan ini juga mampu merosakkan hartabenda seperi Tikus Rumah, Anai-anai, Semut dan sebagainya yang perlu dikawal daripada populasinya mampu mengganggu kehidupan kita. Seraangga berbisa pula membahayakan nyawa seperti Ular, Jengking, Lipan, Lebah, Tabuan, Tarantula, Labah-labah dan sebagainya. Didalam aktiviti Kawalan Serangga (Pest Control), lazimnya banyak kaedah kita jalankan sama ada Kita Buat Sendiri (Do It Yourself - DIY) atau kita minta khidmat dari syarikat swasta menjalankannya. Kawalan Perosak seperti Nyamok, Lalat, Lipas, Tikus dan sebagainya didalam rumah kita buat sendiri dengan menyembur menggunakan racun aerosol atau memasang perangkap yang sesuai. Bagaimana pun bagi kawalan anai-anai kita akan gunakan perkhidmatan syarikat pembasmi anai-anai kerana jenis racun yang digunakan untuk kawalan anai-anai adalah Jenis Berbisa yang bertindak secara Sistemik.


Walau pun kita mampu membuat kawalan serangga sendiri, peraturan kawalan ini perlu mematuhi peraturan (Standard of Procedure - SOP) agar kita terlindung daripada sebarang risiko. Sebelum memulakan kaedah kawalan perlu dipastika bahawa risiko adalah selamat atau diambil langkah-langkah perlu bagi mengalami sebarang kemungkinan. Lazim kita membuat semburan racun Aerosol dalam rumah untuk membunuh nyamok, lalat, semut atau lipas sewenang-wenangnya. Walaupun kebanyakan racun aerosol ini dalam kelas IV tetapi ada juga yang mempunyai kelas lebih tinggi. Penyemburan aerosol perlu mengikuti peraturan seperti dengan menutup mulut dan hidung, elakkan daripada terkena makanan  dan minuman, jauhkan daripada kanak-kanak, tutup pintu bilik dengan kemas dan basuh tangan dengan sabun jika terkena racun. Bangkai serangga yang disembur racun juga elakkan daripada dipegang dengan tangan kerana ianya tersentuh dengan racun tersebut. Walau pun kes keracunan aerosol jarang-jarang dilaporkan, kita perlu waspada bahawa bahan aktif aerosol tetap kategori racun.


Nyamok merupakan serangga yang paling suka mengganggu kita dalam rumah terutama ketika malam hari sewaktu tidur. Kajian menunjukkan terdapat lebih dari 2,500 spesis nyamok diseluruh dunia dengan beberapa jenis amat merbahaya kepada manusia seperti Nyamok Aedes Berdarah, Nyamok Malaria dan sebagaimya yang boleh membawa maut. Nyamok sukakan tempat gelap dan akan menghisap darah kita (Siang atau malam) dimana ianya mendekati mangsa melalui sistem pernafasan ketika kita tidur. Kaedah kawalan nyamok dengan membuang tempat biasa pembiakan nyamok, tidur didalam kelambu, membakar 'ubat nyamok', menyembur racun aerosol, membuat pengasapan (Fogging) dan menutup rapat tingkap rumah waktu petang. Awas dengan serangga nyamok yang boleh menyebabkan kesihatan kita terganggu. Wasallam!
BERSAMBUNG!

KAWALAN SERANGGA.... PERLU CARANYA...
DALAM RUMAH... PERLU DIHAPUSKANNYA...
KAEDAH SELAMAT.. ELAKKAN RISIKONYA...
PASTIKAN KELUARGA... DILINDUNGINYA...

By,
M Anem
Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka
(11 Zulhijjah 1433H) 

    

No comments: