TENGGEK BURUNG (Euodia redleyi) merupakan sejenis ulam segar yang di ambil dari bahagian pucuk tumbuhan tersebut dan dimakan dengan nasi putih. Pokok tenggek burung dari keluarga Rutaceae sejenis pokok renek banyak tumbuh dikawasan tanah gambut tepi parit yang liar. Belum ada laporan mengenai aktiviti penanaman pokok tenggek burung secara komersil dijalankan di Malaysia. Kebanyakan pokok tenggek burung yang hidup liar tetapi kini ianya juga boleh di tanam dikawasan keliling rumah atau dalam pasu sebagai sumber ulam-ulaman untuk kegunaan sendiri atau dijual dipasar. Tidak ada laporan rasmi mengenai statistik keluasan tanaman tenggek burung dilaporkan oleh Jabatan Pertanian kerana belum ditanam secara komersil. Saya sempat melawat projek tanaman nenas di Kg Sg Miang, Pekan, Pahang dan membuat pemerhatian pokok tenggek burung yang tumbuh sendiri tetapi di jaga dengan baik oleh pemiliknya. Artikel petang ini sambil melihat aliran Sungai Kuantan yang lesu dari hotel, saya menulis mengenai tumbuhan tenggek burung dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama pembaca.
Pokok Tenggek Burung yang tumbuh di tepi parit ladang Projek Kelompok Nenas, Sg Miang ini saya dapati tumbuh sendiri ditepi parit dan ditengah-tengah kebun nenas iaitu di kawasan yang panas terbuka. Bagaimana pun saya kira ada lebih dari 50 pokok yang tumbuh berkumpulan atau bersendirian dikawasan yang berair tepi parit sepanjang 500 meter (Lihat foto sebelah). Belum ada kajian terperinci mengenai varieti tenggek burung yang tumbuh di Malaysia tetapi pada pemerhatian saya ada dua jenis iaiitu Jenis Tempatan Hijau Muda dan Jenis Tempatan Hijau Tua (Saya jumpa yang ini di Air Hitam, Johor). Tenggek Burung yang paling sesuai dikutip pucuknya untuk dijadikan ulam adalah Jenis Pucuk Hijau Muda kerana ianya lembut dan enak berbanding dengan varieti hijau tua yang agak pahit sedikit dan keras. Pokok ini perlu di petik hasilnya selalu agar lebih banyak pucuk tumbuh dengan lebih banyak dahan baru. Persoalan saya adalah kenapa pokok tenggek burung ini suka kawasan tanah gambut dan tanah liat?
Belum ada teknologi khusus mengenai bagaimana hendak menanam dan juga membiakkan tumbuhan tenggek burung ini oleh mana-mana saintis. Tumbuhan ini dikategorikan sebagai pokok liar dalam kategori ulam-ulaman atau herba yang mempunyai khasiat tersendiri. Saya fikir mungkin pembiakan pokok tenggek burung melalui biji atau akar (bagi kelompok yang tumbuh setempat). Paling mudah untuk kita menanam adalah dengan mengambil anak pokok dari kawasan liar dan alihkan kedalam pasu di rumah atau ditanam di kawasan terbuka. apa yang saya perhatikan pokok tenggek burung perlukan cuaca panas terik matahari 100% sebagai keperluan asas. Jika kawasan terlindung kurang sesuai untuk tumbuhan ini. Saya dapati banyak pokok tenggek burung yang tumbuh di Sg Miang ini yang boleh dituai untuk tujuan komersil sebagai ulam yang segar.
TENGGEK BURUNG... MUDAH TUMBUHNYA...
PUCUK DIPETIK... SEBAGAI ULAM CARANYA...
DICECAH SAMBAL... DENGAN NASI SEDAPNYA...
TANAM SENDIRI ... SIHAT PEMAKANNYA...
By,
M Anem
Sungai Miang, Pekan,
Pahang, Malaysia.
(4 Zulhijjah 1433H)
Pokok Tenggek Burung yang tumbuh di tepi parit ladang Projek Kelompok Nenas, Sg Miang ini saya dapati tumbuh sendiri ditepi parit dan ditengah-tengah kebun nenas iaitu di kawasan yang panas terbuka. Bagaimana pun saya kira ada lebih dari 50 pokok yang tumbuh berkumpulan atau bersendirian dikawasan yang berair tepi parit sepanjang 500 meter (Lihat foto sebelah). Belum ada kajian terperinci mengenai varieti tenggek burung yang tumbuh di Malaysia tetapi pada pemerhatian saya ada dua jenis iaiitu Jenis Tempatan Hijau Muda dan Jenis Tempatan Hijau Tua (Saya jumpa yang ini di Air Hitam, Johor). Tenggek Burung yang paling sesuai dikutip pucuknya untuk dijadikan ulam adalah Jenis Pucuk Hijau Muda kerana ianya lembut dan enak berbanding dengan varieti hijau tua yang agak pahit sedikit dan keras. Pokok ini perlu di petik hasilnya selalu agar lebih banyak pucuk tumbuh dengan lebih banyak dahan baru. Persoalan saya adalah kenapa pokok tenggek burung ini suka kawasan tanah gambut dan tanah liat?
Penulis dengan pokok dewasa. |
TENGGEK BURUNG... MUDAH TUMBUHNYA...
PUCUK DIPETIK... SEBAGAI ULAM CARANYA...
DICECAH SAMBAL... DENGAN NASI SEDAPNYA...
TANAM SENDIRI ... SIHAT PEMAKANNYA...
By,
M Anem
Sungai Miang, Pekan,
Pahang, Malaysia.
(4 Zulhijjah 1433H)
No comments:
Post a Comment