Sunday, October 14, 2012

PUDINA

PUDINA (Mentha pipenta) merupakan sejenis tumbuhan kategori herba dari keluarga Lamiaceae yag sangat sinonim dengan kegunaannya sebagai penyedap makanan dan sebagai ulam. Tanaman ini merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak ditanam secara kecil-kecilan di Malaysia dimana kajian saya daripada Laporan Statistik Jabatan Pertanian menunjukkan, cuma terdapat seluas 12.80 hektar kawasan bertanam dengan pudina. Jumlah anggaran penghasilan adalah sebanyak 88,100 kilogram yang bernilai sebanyak RM 352,500 pada tahun 2010. Hanya dua negeri di Malaysia yang ada mencatitkan keluasan penanaman pudina secara rasmi iaitu di Pahang (Kebanyakannya di Cameroon Highland - seluas 9.30 hektar) dan juga di Pulau Pinang (seluas 3.5 hektar). Negeri-negeri lain tidak melaporkan akan penanaman pudina secara komersil untuk pasaran tempatan. Artikel petang ini saya menulis mengenai tanaman pudina dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama pembaca blog ini.


Pudina adalah tanaman dari kumpulan 'Mentha' atau 'Mints' yang menghasilkan aroma khusus seperti bau mints yang anda selalu rasa. Tanaman ini dipercayai natif daripada kawasan Asia tengah atau Eropah dalam cuaca beriklum sederhana (Temperate) tetapi kini setelah melalui banyak proses pembiakbakaan maka ianya boleh di jumpai di tanam di Asia, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Utara dan Eropah. Walau pun spesis asal pudina sekitar 65 genus sahaja, program pembiakan pudina menjadikan kini telah banyak pudina varieti hibrid yang ada di pasaran. Sebanyak 10 varieti pudina hibrid yang banyak ditanam diantaranya adalah seperti Mentha pipenta (Papermint), Mentha garcilis (Gingermint), Mentha rotundifolia (False apple mints), Mentha smithara (Red rariphila Minta) dan  Mentha villosa (Hairy mints).


Tumbuhan pudina adalah jenis yang menjalar (Creeping) dimana ianya mempunyai batang jenis Stolon yang berwarna hijau ketika muda dan coklat apabila matang. Daun pudina berbentuk ovat, berwarna hijau dengan susunan bertentangan sepasang dan berukuran 2 - 6 cm panjang dan 1-2 cm lebar. Urat-urat daun kelihatan jelas dengan permukaan lai daun yang bergelombang atau kasar dimana sesetangan spesis ianya seakan berbulu. Ketinggian atau panjang tumbuhan ini sekitar 10 - 60 cm tinggi dan jarang-jarang mencecah panjang 100 cm. Apabila berbunga ianya mempunyai bunga berwarna keunguan dengan ukuran sekitar 3 - 4 mm panjang. 


Kaedah menanam pudina atau mints amat mudah dengan menggunakan bahan keratan stolon. Sebaiknya penanaman pudina adalah diatas batas atau didalam bekas (keliling rumah) untuk mudah dalam penjagaan tanaman. Bagi kawasan yang banyak hujan. adalah digalakan menyediakan pelindung hujan (black netting) bagi mengurangkan kerosakan akibat hujan lebat walau pun ianya tahan dalam keadaan terbuka. Benih keratan sepanjang 12 - 20 cm dpotong dan ditanam diatas batas dengan jaraj 8 -15 cm mengikut kesesuaian batas (Lihat foto). Penanaman menggunakan biji benih juga boleh dijalankan dengan kaedah menabur benih diatas batas.  Pudina adalah tanaman yang tidak disukai oleh serangga perosak dan penyakit kerana ianyanya bersifat "pest repellent". Bagaimana pun   dilaporkan serangga seperti Thrips dan whitefly ad menyerang pudina. 


Kegunaan daun pudina dalam masakan merupakan satu daripada keistimewaan yang ada kerana aroma yang dihasilkan akan meningkatkan rasa keenakan makanan. Nasi Beriyani Gam diantara masakan yang pasti menggunakan daun pudina untuk menambahkan rasa kelazatan nasi tersebut. Begitu juga dengan nasi minyak, nasi hujan panas, nasi goreng, ayam goreng berempah dan banyak menu lagi yang menggunakan daun pudina. Masakan kari ikan, kari daging atau kurmak juga akan menggunakan daun pudina sebagai bahan penting. Ada daun pudina yang dimakan mentah sebagai ulam yang dicecah dengan sambal dimakan dengan nasi. Daun pudina yang digoreng dengan ayam, daging dan ikan juga akan menaikan selera makan. Terdapatramai yang gunakan daun pudina sebagai jus minuman untuk meningkatkan kesihatan. Makanlah daun pudina untuk kesihatan anda !

DAUN PUDINA... MUDAH MENANAMNYA....
BENIH KERATAN.. DALAM PASU DUDUKNYA...
SEDIKIT JAGA... BANYAK KALI TUAINYA...
MARI MENANAM... SAMA-SAMA MENAFAATNYA....

By,
M Anem
Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(24 Dzulkaedah 1433)

No comments: