KEREKOT DAUN CILI atau dipanggil juga sebagai KERINTING DAUN CILI merupakan satu jenis penyakit yang menyerang tanaman Cili Besar (Capsicum annum) dan juga Cili Padi (Capsicum frustecens). Masaalah ini merupakan satu ancaman yang seroius kepada industri penanaman cili secara komersil kerana ianya mampu merosakkan tanaman cili dan merugikan petani. Pengalaman saya dalam bidang pertanian selama lebih 30 tahun sering menerima pertanyaan dari orang ramai kenapa pokok cili yang ditanam disekeliling rumah dalam Program Bumi Hijau mudah diserang daun kerinting. Akibatnya bunga dan buah tidak ada malahan akhirnya pokok akan tidak sihat dan kadang-kadang boleh mati. Foto diatas menunjukkan serangan penyakit kerekot daun pada tanaman cili fertigasi yang saya lawat di kawasan Kg Jorak, Pagoh tidak berapa lama dulu. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis masaalah penyakit kerekot daun pada tanaman cili dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama anda semua.
Masaalah Kerekot Daun juga di kenali sebagai Penyakit Mozek Virus pada tanaman cili adalah disebabkan oleh serangan Virus Mozek (Mozaic virus). Diantara virus mpzek yang telah dikenalpasti seperti CMV, CVMV, TMV dan TWSV. Kajian menunjukkan virus dan penyakit ini menyerang seluruh bahagian pokok tetapi amat ketara simptomnya pada bahagian pucuk muda tanaman cili. Pemerhatian saya mendapati simptom serangan adalah apabila didapati daun berkerekot dan ada berbintik-bintik dengan urat daun akan membengkak. Lazimnya pertumbuhan pokok akan terbantut dan tidak banyak bunga cili dihasilkan pada pokok cili. Akibatnya pokok kurang berbuah dan kalau ada buah pun saiznya kecil sahaja dengan bentuknya berbagai-bagai rupa tidak seperti bentuk cili yang kita kehendakki.
Daripada banyak rujukkan dan pemerhatian saya diladang tanaman cili, didapati penyakit ini merebak melalui pelbagai cara. Ia bermula daripada perebakan melalui bijibenih, cara menyediakan anakbenih ditapak semaian dan paling serius dibiakan oleh serangga seperti Kutu Daun (Aphis spp) atau Kutu Thrips (Thrips spp). Kutu Daun menyerang semua bahagian daun, bunga dan buah dengan menghisap cairan mengakibatkan daun menjadi kerekot, bunga gugur dan buah terbantut. Serangga ini akan membawa bersama virus mozek daripada pokok sihat kepada pokok-pokok lain yang belum diserang melalui pergerakannya. Walau pun kawalan terhadap Kutu Daun dan Kutu Thrips boleh dikawal dengan semburan racun kimia, tetapi virus tidak dapat dikawal. Populasi serangga pembawa virus ini dikawal dengan semburan racun chlorpyrifos, cypermethrin, deltamethrin, dimethoate selepas lebih 20% kadar serangan diladang.
Masaalah Kerekot Daun dan Pucuk Cili memang sukar dijalankan. Jika serangan dikenalpasti pada peringkat awal dan kenal akan simptom serangan boleh dibuang bahagian yang kerekot dengan memotong menggunakan gunting atau scateurs (Lihat Foto sebelah). Potong dahan yang diserang dan musnahkannya dengan membakar dahan tersebut. Ini boleh dilakukan dalam sistem penanaman fertigasi dimana keadaan persekitarannya boleh dikawal atau kita hanya menanam pokok cili yang bilangannya sedikit. Bagi tanaman cili yang ditanam luas dan tahap serangannya teruk, disyorkan agar dicabut sahaja pokok-pokok tersebut dan bakar semuanya. Ini akan membunuh bersama virus dan patogen yang berkaitan. Kaedah lain adalah dengan menggunakan bijibenih yang bebas penyakit dan jalankan aktiviti giliran tanaman. Kebersihan ladang adalah penting dengan menjaga kebersihan ladang dimana ini bertujuan untuk mengawal perumah virus tersebut. Kawalan agen serangga pembawa virus diterangkan dalam para diatas perlu dijalankan dengan sempurna. Elakkan serangan kerekot pada tanaman cili untuk mendapatkan hasil cili yang berkualiti dengan kuantiti yang banyak.
KEREKOT DAUN... VIRUS PUNCANYA...
KUTU DAUN.. TRUT SEBARKANYYA...
KUTU THRIPS..JUGA MEMBANTUNYA...
BUNGA GUGUR...KURANG HASILNYA...
POKOK DISERANG... CABUT JAWABNYA...
KEMUDIAN BAKAR... ITU CARA KAWALANNYA...
By,
M Anem
Kebun Cili TKPM Sekijang,
Segamat , Johor,
Malaysia.
(6 Zulhijjah 1433H)

No comments:
Post a Comment