Wednesday, October 17, 2012

KARAT NANGKA (PART 2)

KARAT NANGKA merupakan satu fenomena yang kini menjadi satu sebab kepada penurunan kualiti sesetengah varieti Nangka (Artocarpus heterophyllus) yang ditanam di Malaysia. Varieti Tekam Yellow (J33) merupakan sejenis verieti nangka yang mudah diserang masaalah karat nangka berbanding dengan varieti-varieti lain. Nangka varieti lain yang popular ditanam dan tiada masaalah karat nangka serius adalah seperti varieti J32 (Mantin), J36 (Nangka Madu), J37 (Mastura) dan J31 (NS101). Masaalah karat nangka telah dikenalpasti oleh petani dan pegawai Jabatan Pertanian pada awal tahun 2010 melalui beberapa laporan yang diterima dari kawasan Pahang dan Negeri Sembilan. Beberapa pihak seperti Jabatan Pertanian, MARDI dan Universiti tempatan  telah membuat pemerhatian mengenai masaalah karat nangka tetapi masih diperingkat awal perbincangan. Antara persoalan adalah apakah yang sebenarnya menjadi punca kepada masaalah ini?. Adakah di sebabkan oleh patogen?, adakah disebabkan oleh masaalah fisiologi?, adakah disebabkan oleh cuaca dan hujan?, adakah disebabkan oleh bakteria, Kulat atau Serangga?. Artikel petang ini saya akan menulis mengenai masaalah Karat Nangka dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi maklumat dan dibincangkan bersama denga semua pembaca blog ini.


Serangan Karat Nangka ini menyebabkan bahagian isi buah dan jerami terdapat warna karat coklat (macam warna karat besi) sama ada dalam bentuk bintik (spotted), jalur (strip) atau beberapa bentuk lain. Ini akan menyebabkan kosmetik pada ulas buah nangka tidak menarik untuk dipamerkan. Apa yang saya kaji dan membuat ujirasa buah nangka tersebut di Stesyen Pertanian Kg Awah dan Kelompok Nangka FELDA Mempaga mendapati, memang rasa buah yang terkena karat nangka adalah kurang manis, ada rasa pahit dan buah agak keras sedikit. Bagi buah yang terlalu banyak warna karat pula, saya dapati memang tidak ada 'mood' untuk makan buah tersebut kerana macam tidak konfident. Buah yang kena serang ini memang tidak sesuai untuk dijual kepada pasaran domestik apa lagi untuk pasaran ekspot!. Selain itu keadaan kulit buah yang diserang pada tahap serius juga tidak menarik warnanya dan kehitaman bertompok-tompok.


Saya ada berbincang dengan beberapa orang pegawai yang ada kepakaran mengenai buah nangka dari Stesyen Pertanian Kg Awah dan Stesyen Pertanian Bukit Goh di Pahang. Beliau ada membuat  petak pemerhatian dalam ladang distesyen tersebut mengenai kesan beberapa jenis sistem pembajaan pada nangka varieti J33 dalam mengesan kejadian masaalah karat nangka. Beberapa kombinasi rawatan baja terhadap masaalah karat nangka dipilih bersama diantara  baja organik dan baja sebatian. Hipotesis telah dibuat dan mendapati beberapa temuan awal daripada data awal telah dianalisa, didapati tidak ada kesan signifikan rawatan pembajaan terhadap masaalah karat nangka. Bagaimana pun saya dapati juga yang proses pemerhatian ini perlukan masa lebih lama untuk mendapatkan keputusan. Mereka juga perlu untuk menjalankan analisa-analisa makmal pada daun, buah dan kualiti buah untuk masa akan datang untuk mengukuhkan lagi data kajian serta korelasi dengan kejadian karat nangka.


Perbincangan dan kajian lanjut perlu di teruskan oleh semua pihak bagi mengatasi masalalah karat nangka terutama kepada varieti Tekam Yellow (J33). Nangka ini merupakan varieti yang mempunyai potensi yang amat baik untuk pasaran domestik dan telah diperakukan untuk pasaran ekspot dibawah EPP7 berdasarkan kepada kualiti buah yang rangup, sangat manis dan warna keemasan yang menarik. Selain daripada sesuai untuk dimakan segar, nangka Tekam Yellow (J33) juga sesuai untuk di proses dalam bentuk 'proses minima', dijadikan kerepek 'vacuum fry', dijadikan kordial minuman dan sebagainya. Anggaran keluasan varieti tanaman J33 diseluruh negara sekitar 300 - 400 hektar CHE pada tahun 2011 dan kebanyakan masih berumur dibawah 10 tahun. Masaalah karat nangka belum ada kepastian untuk kaedah cara pengawalan kerana punca sebenar akan kejadian ini masih belum dapat dipastikan sama ada oleh patogen perosak, perubahan cuaca atau merupakan massalah amalan agronomi seperti pembajaan dan sebagainya. Saya berharap masaalah tersebut dapat dikenalpasti oleh pihak berkaitan dan juga perlu menyediakan kaedah kawalan terbaik untuk mengatasi masaalah ini. 

KARAT NANGKA .... APA PUNCANYA....

BUKAN BAKTERIA...PENYEBAB UTAMA....
GANGGUAN FISIOLOGI..IA PENYEBABNYA?...
KAJIAN LANJUT... DIBUAT DENGAN SEGERA

By,
M Anem
Kg Sungai Miang,
Pekan, Pahang,
Malaysia
( 1 Zullhijjah 1433)  

No comments: