KAMBING KAPRIMA adalah satu pengeluaran kambing muda yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. ia bertujuan bagi pengeluaran daging kambing berkualiti prima (PRIME) dari ternakan kambing muda yang berumur kurang daripada enam (6) bulan dimana telah mencapai berat hidul sebanyak 30 kg seekor. Pada peringkat ini akan didapati kualiti dagingnya adalah kaya dengan daging yang nilai zat nutrisi yang sesuai uuntuk dumakan oleh semua lapisan masyarakat. Umum mengetahui yang rakyat Malaysia 'Takut' untuk makan daging kambing kerana mengandungi kolesterol yang tinggi dan berbau kambing jika memakannya. Nama kambing KAPRIMA diambil daripada perkataan Kambing (KA) dan kualiti yang prima (PRI) yang dihasilkan dalam negara Malaysia (MA) menjadi KAPRIMA. Artikel malam ini saya menulis blog bertajuk kambing ini dalam 'Anim Agro Technology' selepas melawat projek ternakan kambing di Rawang, Selangor.
Diantara Kambing yang kini popular dikalangan penternak di Malaysia adalah Kambing BOER yang mana baka kambing ini berasal darpada Afrika Selatan. Baka tulin kambing ini mempunyai badan berwarna putih dan kepalanya berwarna perang kemerahan. Apa yang saya baca dalam risalah JPV, berat badan kambing jantan Boer ini mampu mencapai 110 - 135 kg seekor sementara kambing boer betina seberat 90 - 100 kg seekor. Kambing boer sangat tahan lasak berbanding dengan baka-baka impot yang lain dan ia mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi. kambing ini juga mampu menyesesuaikan diri dengan alam persekitaran dengan cepat. Harga ladang daging kambing dolaporkan antara RM 25.00 hingga RM 34.00 sekilogram walau pun purata harga kambing biasa diladang hanya sekitar RM 14.00 sekilogram sahaja.
Kambing Japnapari pula merupakan kambing yang sangat popular dimana asal usul kambing ini dari sempadan Pakistan dengan India. Kambing Japnapari yang ada di Malaysia adalah hasil kacukan dari kambing benina dari kawasan Alwar dengan Kambing Jantan dari kawasan Japnapari. Kambing ini mempunyai pelbagai warna bulu dari warna hitam, putih serta bertompok-tompok dibahagian kepala atau leher. Berat badan kambing jantan mencecah 120 kg seekor sementara bagi kambing betina hanya 90 kg seekor sahaja. Baka ini adalah saiz besar dan sangat mudah untuk dipelihara secara komersil serta mempunyai permintan yang tinggi dipasaran sama ada untu tujuan biakbaka atau daging segar.
Program membangunkan Kambing KAPRIMA ini merupakan projek bersepadu daripada proses pengeluaran kambing sehingga kepada pemasaran melibatkan penternak, agensi kerajaan berkaitan dan GLC. Kombinasi pemakanan dan pembiakan adalah dua aspek utama diberikan penekanan. spek pemakanan berkualiti dengan Palm Kernel Expellen (PKE) bermutu dikenalpasti mempengaruhi pembesaran kambing KAPRIMA. Pembiakbakaan menggunakan baka Katjang dikenalpasti untuk baka asas kerana ia mempynyai daya ketahanan daris serangan penyakit dan kadar kelahiran anak kembar yang tinggi. Konsep ternakan ini menggabungkan 3 produk ladang iaitu BAJA ORGANIK (Emas Hitam), DAGING KAPRIMA SEMBELIHAN (Emas Merah) dan SUSU SEGAR (Emas Putih). Kajian menunjukkan pendapatan dari emas hitam adalah punca hasil tertinggi diikuti dengan emas merah dan emas putih.
BERSAMBUNG
KAMBING PRIMA...SEDAP BUNYINYA....
BAKA BARU...SANGKAAN AWALNYA...
RUPANYA KAPRIMA... KONSEP SAHAJA...
KAMBING KATJANG.. ASAL BAKANYA...
EMAS HITAM.. PRODUK ORGANIKNYA...
EMAS MERAH... DAGING RUPANYA...
EMAS PUTIH ... SUSU KAMBING SAJA...
By,
M Anem
Rawang, Selangor,
Malaysia
(5 Zulhijjah 1433H)

No comments:
Post a Comment