XYLEM atau dalam Bahasa Malaysia sebagai Zailem merupakan satu komponen struktur organ untuk pengangkutan dalam sistem marfologi tumbuhan. Komponen struktur lain dalam tumbuhan dikenali sebagai Kulit Batang (Cork), Empulur (Pitch), Kambium Vaskular (Vascular cambium) dan Tisu Phloem (Phloem tissue) seperti rajah diatas. Fungsi utama xylem adalah untuk mengangkut bahan seperti air dan nutrien mineral terlarut (dissolved minreal nutrient) dalam tumbuhan keseluruh bahagian. Kandungan air didalam tumbuhan keluar melalui satu proses transpirasi (transpiration) daripada bahagian daun dan perlu diganti daaripada bahagian akar melalui xylem. Bentuk dan struktur sel xylem berbeza-beza mengikut jenis tumbuhan, umur dan juga persekitaran atau ekologi. Kali ini saya menulis struktur xylem dalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan anda semua.
Xylem terdiri daripada pelbagai jenis sel daripada yang berbentuk panjang, tirus menmanjang dan sel-sel mati yang dipanggil sebagai 'trancheids' serta sel fiber (sclerenchyma). Sel-sel yang mengelilingi struktur xylem pula merupakan sel dinding nipis yang dipanggil sebagai 'Parenchyma'. Terdapat dua kategori xylem iaitu Xylem Utama (Primary xylem) yang terletak dibahagian luar dan juga Xylem sokongan (Secondary xylem) yang terletak dibahgian dalam batang tumbuhan. Fungsi kedua-duanya sama iaitu untuk menbawa air dan nutrien terlarut daripada bahagian akar kepada seluruh bahagian tumbuhan.
Peranan Xylem dan Phloem pada tumbuh-tumbuhan banyak bergantung kepada proses transpirasi air pada daun. Kehilangan air ini menyebabkan berlakunya pergerakan air dan nutrien pada xylem dari bahagian akar melalui proses teori 'Cohesion-tension' yang mana pergerakan tersebut lazimnya adalah pada arah yang berlawanan dengan teeori tarikan graviti. Sebaliknya fungsi Phloem adalah untuk menghantar gula dan asid amino (Sejenis protin) yang telah diproses keseluruh bahagian tumbuhan dalam proses yang hampir serupa dengan cara pengangkutan xylem. Begitulah uniknya struktur pengangkutan dalam tumbuh-tumbuhan dari kajian saintifik. Wasallam!
NAMA 'XYLEM'... MENGANGKUT KERJANYA...
DALAM BATANG... ADA 2 KETEGORINYA...
SEL-SEL NIPIS... DARI AKAR KESEMUA...
SEMUGA KITA FAHAM... BARU TAHUNYA...
By,
M Anem
KLIA Sepang,
Malaysia
(8 Zulkaedah 1433H)

No comments:
Post a Comment