Tuesday, September 25, 2012

JENIS RUMPAI DI LADANG SAWIT

RUMPAI merupakan tumbuhan yang hidup dan tidak dikehendakki dikawasan penanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) kerana persaingan untuk nutrien, ruang, air, cahaya matahari dan juga merupakan perumah kepada serangga perosak dan penyakit. Terdapat pelbagai spesis rumpai yang tumbuh sendiri dikawasan ladang kelapa sawir sebaik sahaja kerja-kerja penyediaan kawasan selesai sehingga pokok dewasa. Peringkat awal penanaman kelapa sawit memerlukan kawalan rumpai dengan sistematik agar anak benih pokok kelapa sawit dapat di jaga peringkat tumbesarannya. Beberapa jenis rumpai yang tidak di kawal mampu merencatkan pertumbuhan pokok kelapa sawit terutama diperingkat awal penanaman malahan mampu membunuhnya seperti rumput Selaput Tunggul (Mikania spp),  Lalang (Imperata cylindrica) dan sebagainya. Penting bagi kita tahu akan beberapa jenis rumpai yang tumbuh didalam kawasan tanaman kelapa sawit di negara kita agar kita mampu dan tahu bagaimana teknologi untuk mengawalnya. Kajian menunjukkan kos kawalan rumpai diladang kelapa sawit mencecah 17 - 27% daripada jumlah kos pengeluaran iaitu kedua tertinggi selepas kos pembajaan. Artikel petang Sabtu ini saya menulis beberapa jenis rumpai yang sering di jumpai di ladang kelapa sawit dalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan anda semua. 


Rumput jenis Resam
Rumpai didalam Ladang Kelapa Sawit lazimnya boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan. Jenis-jenis tersebut adalah JENIS RUMPUT, JENIS MENJALAR, JENIS RENEK dan juga PAKU -PAKIS DAN RESAM. Kehadiran jenis-jenis rumpai ini dikawasan ladang kelapa sawit bergantung kepada jenis tanah, iklim, taburan hujan, kelembapan, punca benih dan ruangaan yang ujud.  Ada sesetangah kawasan yang dipenuhi dengan sejenis sahaja rumpai, ada yang mempunyai kombinasi beberapa jenis rumpai diladang. Pengkelasan jenis rumpai ini dibuat berdasarkan kepada gabungan bentuk marfologi dan ciri-ciri pertumbuhan rumpai tersebut dengan sistem pengkelasan sedia ada. Mungkin nama-nama dan jenis rumpai berbeza antara satu lokaliti dengan lokaliti yang lain. Kemampuan rumpai untuk membiak dengan cepat bergantung kepada kaedah pembiakan seperti melalui angin , stolon, biji benih di hanyutkan air, letupan biji benih atau pergerakan haiwan dan sebagainya. Benih lalang contohnya mampu terbang jauh kekawasan baru dalam ladang sawit untuk bercambah dan terus membiak dikawasan baru tersebut. 


Rumput Gajah (P. polystachion)
RUMPAI JENIS RUMPUT (Grasses) merupakan jenis rumput yang mempunyai daun berbentuk tirus, memanjang serta akan kelihatan urat daunnya yang Selari. Rumpai jenis ini selalunya membiak melalui bijibenih yang akan disebarkan oleh angin, haiwan atau aktiviti oleh manusia itu sendiri. Terdapat beberapa spesis rumput yang membiak melalui dengan cara Pembiakan Tampang seperti melalui Stolon, Rizom, pemecahan rumpun pokok dan juga melalui umbisi.  Diantara spesis rumpai yang dijumpai di Ladang Kelap Sawit di Malaysia yang agak popular adalah seperti Rumput Dawai (Ischaemum musticum), Lalang (Imperata cylindrica) dan juga  Rumput Gajah (Pennisetum polystachion)


Rumput - Selaput Tunggul
RUMPUT MENJALAR (Creepers) pula merupakan jenis rumput yang mempunyai daun lebar dan lazimnya urat daunnya berbentuk jaring (Netted leaf vein). Jenis ini mempunyai batang yang lembut serta kecil dan tumbuh menjalar atau merayap dipermukaan tanah. Kadang-kadang rumput ini memanjat tunggul kayu atau batang pokok sawit atau apa juga tumbuhan yang ada. Pembiakan rumpai ini melalui bijibenih  walau pun ada yang melalui cara pembiakan lain.  Apa yang saya perhatikan jenis rumput ini adalah jika tunas di potong atau dibiarkan diatas tanah yang sesuai atau lembab akan menyebabkan terbit pokok baru diantara ruas batang.  Contoh rumput menjalar adalah seperti Selaput Tunggul (Mikania micranta) dan Timun Padang (Passiflora foetida). Tanaman penutup bumi yang digunakan diladang kelapa sawit juga boleh menjejaskan pertumbuhan kelapa sawit jika menjalar dan menuutupi anak pokok kelapa sawit. Ini akan berlaku jika ladang tersebut tidak dirurskan dengan baik.


Rumput Kapalterbang
RUMPUT JENIS RENEK (Shrubs) merupakan jenis rumpai yang tumbuh merimbun, agak besar dan mempunyai banyak ranting kecil-kecil. Ada sesetengah rumpai jenis ini yang mempunyai batang yang tinggi dan keras dan ada juga yang mempunyai batang yang lembut juga.  Cara pembiakan rumpai ini adalah melalui bijibenih pengeluaran tunas daripada setiap ruas yang bersentuh atau tertimbus dengan tanah lembab.   Diantara beberapa jenis rumput jenis renek yang banyak terdapat di ladang kelapa sawit  adalah Akar Ruas (Asystasia intrusa ), Pokok Kapal Terbang ( Chromolaena odorata ), Senduduk  (Melastoma  malabraticum) dan Senduduk Bulu (Clidermia hirta). Hanya kaedah kawalan yang betul mampu memusnahkan rumpai jenis ini jika sampai tahap kritikal. 


Rumput jenis PAKU LARAT
RUMPUT JENIS PAKUPAKIS DAN RESAM (Ferns) merupakan jenis rumput yang sering tumbuh dikawasan tanah yang kurang subur. Rumpai jenis ini lazimnya mempunyai sistem pengakaran yang cetek dan kurang menjejaskan dengan serius pertumbuhan akar kelapa sawit. kalau kita lihat pada pokok kelapa sawit berumur, akan kelihatan rumpai  pakupakis yang hidup pada EPIFIT iaitu dicelah-celah pelepah lama. Pokok resam pula terdapat dikawasan pokok muda dan pokok tua yang menerima cahaya matahari yang sesuai. Adalah penting untuk kita faham yang pembiakan rumpai ini seringkali melalui SPORA yang terdapat pada bahagian bawah permukaan daun dan juga melalui rizom. Diantara beberapa jenis rumpai dalam kumpulan ini adalah seperti Paku Larat (Nephrolepis  bisserata), Resam (Dichranopteris linearis), Paku Rawan (Stenochlaena polustris)  dan Ribu-ribu Gajah (Lygodium lexuosum). Jenis rumpai ini sering mengganggu pergerakan diladang sawit jika tidak dikawl dengan baik.


Ladang Kelapa Sawit - rumpai dikawal baik.

TANAM SAWIT.... BANYAK RUMPUTNYA... 
JENIS2 RUMPUT...MUDAH KAWALANNYA....
JENIS MENJAKAR...NAIK PUCUK AKIBATNYA...
PERLU DIKAWAL... KURANG ANCAMANNYA....

By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
(22 September 2012)


No comments: