ANTHOCYANIN atau dalam bahasa kita disebut sebagai Antosianin merupakan sejenis pigmen yang ada pada tumbuh-tumbuhan dalam warna MERAH (Red), UNGU (Purple) dan BIRU (Blue). Dalam bahasa Latin, ia berasal daripada perkataan 'Anthocyans' yang memberi makna sebagai 'Bunga'. Apa yang saya belajar semasa di universiti dulu, peranan utama antosianin pada bunga dengan warna yang sangat terang dan kuat adalah untuk menarik haiwan dan serangga datang kepada bunga bagi menjalankan proses pendebungaan (Pollination). Haiwan yang tertarik pada warna buah dan bunga juga akan memakan buah tersebut dan bijinya akan disebarkan kekawasan lain untuk proses pembiakan tumbuh-tumbuhan secara semulajadi. Warna beberapa jenis buah-buahan seperti buah Epal, Anggur dan Strawberi memang sangat kuat dan mampu menarik kita dan haiwan lain untuk makan akan buah tersebut. Kandungan bahan antosianin pada bunga-bungaan memang sangat singifikan untuk menjadikan bunga tersebut sangat cantik dan menarik sebagai tanaman ornamental yang diminati ramai. Subuh 23 Syawal ini saya menulis mengenai bahan antosianin dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama.
Kajian mengenai antosianin mendapati terdapat lebih dari 300 jenis struktur antosianin semulajadi yang ujud bergantung kepada jenis tumbuh-tumbuhan. Antosianin merupakan sebatian kompoun dari kelas Flavanoids yang ujud dalam tumbuhan dalam bentuk Polyphenols, Flavonols, Flavan-3-ols, Flavones, Flavanones dan Flavanonols (Saya dapati memang amat susah hendak ingat dan hendak sebut bahan-bahan tersebut). Struktur kimia bagi antosianin didapati memang mengandungi Glukosids dan Anthocyanidins yang bersambung (sila lihat rajah diatas). Bahan ini walau pun banyak terdapat pada bahagian bunga dan buah pada tumbuhan, ianya juga boleh didapati pada daun, batang dan akar pada sesetengah tumbuhan yang kompleks dalam bentuk larutan gula (sugars). Apa yang menerik mengenai bahan antosianin ini adalah kadar kemasaman yang Neutral iaitu pada bacaan pH 7.0. Bagaimana pun kajian mendapati warna antosianin mempengaruhi bacaan pH dimana warna antosianin Pink lazimnya dibawah bacaan pH 7.0, warna kuning memberikan bacaan lebih dari pH7.0 dan warna ungu memang tepat pada bacaan pH7.0.
Pada masa sekarang Antosianin telah banyak disebut dalam bidang kesihatan sebagai salah satu daripada Antioksidan (Anti-oxidants) yang sangat berguna. Kesan penyerapan Antioksidan apabila di makan (in-vitro) adalah sangat signifikan dan memberikan kesan proses metabolisma pada manusia dan haiwan lain. Antioksidan diambil secara semulajadi apabila seseorang itu makan buah-buahan yang mengandungi anti oksidan yang tinggi seperti Anggur Ungu, Strawberi Merah, Buah Pitaya Merah dan sebagainya. Terdapat juga bahan antioksidan yang diproses melalui ektraksi dan sebagainya dan boleh diambil dalam bentuk 'ready to eat' sama ada dalam bentuk larutan, kapsul, serbuk atau bentuk lain yang sesuai. Pengambilan bahan pigmen antosianin dari tumbuhan Bilberries (Vaccinium myrtillus) telah dibuktikan mampu meningkatkan tahap penglihatan dan juga meningkatkan proses penedaran darah dalam tubuh manusia. Bilberries adalah diantara jenis buah yang mengandungi antosianin paling tinggi dan kesan antioksidan yang sangat signifikan.
Beberapa kajian oleh pakar makanan dan pakar kesihatan kini mendakwa bahawa pengambilan bahan antosianin dalam diet mambantu mengawal masaalah penyakit Barah (Cancer), Bertindak sebagai agen anti penuaan (aging), meningkatkan sistem saraf (Neurology), mengawal masaalah kencing manis (Diabetis), mengatasi masaalah sistem pernafasan (Inflamation) dan yang paling menarik adalah kesannya terhadap mengurang kesan serangan bakteria dalam badan. Apabila kini telah ujud pelbagai penyakit unik seperti HIV, SARS, Avian Flu dan sebagainya, ramai diantara pakar-pakar kesihatan mengalakkan pengambilan antosianin sebagai salah satu alternatif untuk kita melindungi dari diserang penyakit tersebut. Saya pun memang percaya kalau badan kita kuat dan tahap imunisasi (immune syatem), kita kuat dan agak sukar untuk diserang penyakit. Di Malaysia kita boleh mendapatkan sumber antosianin dengan mudah dan murah seperti memakan buah pitaya merah yang murah dan sangat bekesan. Semuga artikel ini memberikan maklumat berguna kepada anda semua. Wasallam!
NAMA ANTOCYANIN...ANTOSIANIN MELAYUNYA...
BANYAK KHASIAT...SENANG MENDAPATNYA....
WARNA UNGU, MERAH,BIRU...ADALAH ASASNYA...
MAKAN SELALU...NANTI KITA SIHAT JADINYA...
By,
M Anem
Taman Senai Baru,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia
(24 Syawal 1433H)
Struktur kimia Antosianin |
Buah bilberies kaya antosianin |

No comments:
Post a Comment