ORKID atau ANGGERIK merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang sering digunakan untuk hiasan (Ornamental) dengan lebih dari 800 genus dan sebanyak 20,000 - 30,000 spesis diseluruh dunia. Di Malaysia terdapat lebih daripada 100 genus orkid yang telah dikenalpasti dengan jumlah lebih dari 800 spesis orkid. Sebahagian daripada orkid-orkid tersebut telah di komersilkan dan ditanam dilokasi-lokasi strategik seperti di Johor, Pulau Pinang dan Selangor untuk pasaran domestik dan paling banyak adalah untuk tujuan penghasilan 'cut flower' bagi diekspot. Pasaran ekspot bunga orkid banyak kenegara-negara seperti Jerman, Belanda, UK, Itali, Hing Kong, Jepun dan Australia dimana kebanyakannya melalui Singapura dan sebahagian melalui KLIA. Di kalangan negara Asia Tenggara, dilaporkan Thailand dan Singapura merupakan pengekspot terbesar orkid dimana Malaysia hanya mengekspot antara 3 - 6% sahaja dari jumlah pasaran (Sebahagian keluaran Singapura adalah dari Negeri Johor). Industri orkid di Malaysia masih banyak faktur penghalang seperti kekurangan varieti yang bermutu tinggi, kos pembangunan awal yang tinggi, kos operasi yang tinggi, masaalah kekangan modal, masaalah ruang pasaran terhad dan kos tenaga buruh serta masaalah sokongan teknikal. Artikel subuh jam 4.30 pagi ini saya menulis berkenaan hasil dari satu pemerhatian yang dijalankan terhadap kesan beberapa jenis bahan penggalak pertumbuhan orkid yang dibuat di Pusat Pertanian Bukit Temiang, Perlis untuk di kongsi bersama dalam Anim Agro Technology.
Kajian dan pemerhatian ini bertujuan untuk mebuat pemerhatian kesan beberapa jenis bahan penggalak pertumbuhan dan mengenalpasti kesesuaian bahan penggalak pertumbuhan yang terdapat di pasaran terhadap tanaman orkid. Jangkamasa pemerhatian ini telah dijalankan selama 3 tahun dan data dikutip serta di analisa mengikut kaedah yang sesuai dalam sistem membuat penyelidikan. Dari segi definasi umum, 'Bahan Penggalak Pertumbuhan' dikatakan sebagai bahan yang digunakan sebagai bahan penggalak pertumbuhan pokok melalui pembahgian sel, proses fotosintesis agar lebih aktif dimana organ klorofil mampu meningkatkan sintesis enzim dalam tumbuhan. Terdapat 5 jenis rawatan yang dilakukan dengan penyiraman bahan tersebut dibuat 3 kali sehari iaitu pada jam 8.00 pagi dan jam 4 petang setiap hari. Pengurusan tanaman orkid yang lain seperti kawalan penyakit, kawalan rumpai, pemeriksaan pokok dijalankan mengikut jadual pakej amalan teknologi tanaman orkid. Pembajaan dibuat menggunakan baja foliar 21:21:21+TE dengan kekerapan 2 kali seminggu pada kadar 10 gram/ gelen. Diantara musuh tanaman orkid yang dijumpai seperti serangan Kumbang Kuning, Kutu Thrips, Siput dan sebagainya serta dapat dikawal dengan baik. Serangan penyakit seperti Penyakit Bintik Daun dan Reput Bakteria dapat diatasi dalam plot pemerhatian. Antara jenis rumpai yang tumbuh dan dikawal dalam plot seperti jenis Portulaca pilusa, pepperomia pellucida dan jenis Amaranthus piridsi (Bayam liar).
![]() |
Bahan BICOMINE |
![]() |
Bahan AMINOFOL |
![]() |
Plot pemerhatian orkid. |
PENGGALAK PERTUMBUHAN..BANYAK JENISNYA....
PERLU MENGETAHUI..MANA PALING BAIKNYA....
LAIN TUJUAN...MEMANG LAIN JENISNYA...
SEMUGA BERJAYA...BANYAK BUNGANYA....
By,
M Anem
Stesyen Bukit Temiang,
Perlis, Malaysia.
(27 Ogos 2012)
No comments:
Post a Comment