DURIAN VARIETI KOP KECIL atau Klon D 99 (Durio zibethinus) merupakan satu varieti yang telah disyorkan untuk di tanam secara komersil semenjak dulu. Durian varieti ini mempunyai nama tempatan 'Kop Kecil' dipercayai berasal daripada negara Thailand dan telah didaftarkan kepada Jabatan Pertanian pada 17 Jun 1970. Perkataan 'Kop' ini saya dapati memberikan makna 'Katak' atau 'Frog' dalam bahasa Inggeris. Apakah kaitan katak dengan varieti durian ini? Adakah kerana bentuknya seperti katak?, rasanya tidak, adakah kerana ada terdapat banyak katak di bawah pokok varieti ini di lokasi pokok asal?, mungkin juga. Terdapat 8 sub-kultivar dalam varieti ini iaitu dari Varieti Kop ini tetapi hanya 2 sub-kultivar yang di popularkan di Malaysia iaitu 'Kop Kecil' dan 'Kop Besar'. Varieti Kop Kecil (D 99) mempunyai purata berat buah sekitar 2.5 kg sebiji berbanding dengan Varieti Kob Besar yang beratnya sekitar 3-7 kg sebiji. Anim Agro Technology kali ini menulis maklumat berkenaan pencirian varieti Durian Kop Kecil atau Klon D 99 untuk makluman pembaca semua.
Buah Durian Kop Kecil atau D 99 ini agak mudah di kenali oleh peminat buah durian dengan membaca beberapa pencirian yang ada pada buah ini. Isinya mempunyai warna Kuning (Lihat Foto) yang terang dan menarik. Ketebalan isi ulas adalah sederhana tebal dimana saya dapati memang amat berpuashati dapat makan buah durian varieti D 99 yang di tanam di Stesyen Pertanian Sg Udang , Melaka dahulu. Tidak ramai petani yang menanam varieti ini kerana pada pemerhatian saya bilangan hasil buahnya agak kurang berbanding dengan varieti popular lain. Rasa manisnya adalah sederhana dengan mempunyai rasa yang pahit dan rasa yang lemak. Didapati isi varieti D 99 mempunyai tekstur isi buah yang sederhana dan kepejalannya dikategorikan 'lembik' apabila cukup masak. Aroma atau baunya adalah tidak berapa kuat terutamanya ketika baru gugur. Pengalaman saya mengopek buah durian D 99 ini adalah agak sukar ketika baru gugur dan kulitnya sukar di kopek. Bagaimana pun ianya mudah dibuka menggunakan alat pembuka durian beberapa lama kemudian.
Bentuk Buah Varieti Kop Kecil (D 99) adalah BULAT (Round Shape) dengan mempunyai lekuk yang ketara diantara pangsa ulas buah (Lihat foto di atas sekali). Panjang buah sekitar 12 - 13 cm dengan lebar buah sekitar 14 - 16 cm dengan kiraan kadar nisbah panjang kepada lebar 0.83:1 dan ianya dikategorikan sebagai buah bersaiz sederhana besar. Warna kulit buah adalah hijau dengan ada campuran hiijau gelap kecoklatan pada tompok tertentu. Apa yang unik juga apabila dilihat bahagian 'bahu buah' yang melekuk dan bahagian bawah bucu buah yang juga kelihatan lekuk. Susunan duri buah D 99 dikatakan tajam dan kasar yang bergabung dengan jelas. Warna duri hijau dipangkal, hijau keperangan dibahagian tengah dan warna perang dibahagian hujung duri yang panjangnya sekitar 0.8 - 12 mm. Duri ini bersusun dari bahagian pangkal buah kehujung dengan nyata dan sekata. Dibahagian pangsa buah durinya halus tidak bertaup dan pendek sedikit.
Tangkai buah D 99 agak pendek tetapi saiz lilitannya agak besar berbanding dengan varieti lain (Lihat foto sebelah). Panjang tangkai sekitar 3.4 - 3.6 cm panjang dengan saiz garispusat tangkai sekitar 1.2 - 1.3 cm. Warna tangkai buah durian varieti Kop Kecil ini adalah coklat dan kelihatan segar dalam masa agak lama. Di bawah tangkai buah atau bahu buah adalah lekuk kedalam. Duri yang kasar akan bergabung dengan duri kecil sedikit di pangkal tangkai buah. Buah ini mempunyai pangsa ulas yang berkop dimana bentuk pangsa pada buah adalah sangat jelas. Kita mudah nampak dimana kemungkinan pangsa isi atau ulas durian didalamnya. Kulit buah dikatakan agak nipis (sekitar 0.5 cm tebal) dan varieti ini mempunyai tempoh matang buah yang adak cepat.
Bilangan ulas dalam D 99 adalah sedikit sekitar 3 pangsa sahaja puratanya. Walau pun begitu setiap pangsa mempunyai isii tebal dan amat memuaskan kita apabila makannya. Kebanyakan pangsa mempunyai biji (60%) dan cuma 15% sahaja varieti ini yang dikira sebagai buah kesep (Tiada biji). Sebanyak 25% lagi pangsa ulas buah mempunyai biji bersaiz separuh yang pastinya akan mempunyai isi yang agak tebal. Bijinya besar dengan bentuk bulat lonjong (ovate) seperti foto sebelah. Biji mempunyai warna kulit yang coklat dan licin berkilat sertan sebahagiannya masih ada musilaj yang melekat. Biji ini boleh disemai dengan mudah untuk dijadikan bahan pokok penanti sebelum di buat cantuman dengan varieti yang dikehendakki. Saya banyak kali berpeluang makan buah durian varieti D 99 terutama dari stesyen-stesyen pertanian dulu di Johor, Melaka dan Selangor. Kini saya tidak banyak makan durian lagi!
DURIAN KOM KECIL...VARIETI D 99 NAMANYA....
BUAHNYA BULAT ... MANIS, PAHIT RASANYA...
KURANG DI JUAL .... DIMANAKAH AGAKNYA...
KALAU NAK TANAM... PASTIKAN SAH BENIHNYA...
By,
M Anem
Tangkak, Ledang,
Johor,
Malaysia
(12 Syaaban 1433H)

No comments:
Post a Comment