Ramai diantara kita dengar perkataan 'TEKNOLOGI HIJAU' tetapi mungkin tidak ramai yang faham akan maknanya, program dan projek-projek yang berkaitan dengannya. Didalam saya mencari maklumat mengenai Teknologi Hijau, saya jumpa beberapa perkara yang berkaitan teknologi hijau berkaitan dengan bidang pertanian. Di Malaysia telah ujud rupanya 'Dasar Teknologi Hijau Negara' didalam website Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA). Dasar yang dilancarkan itu berasaskan kepada empat tonggak iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Teknologi Hijau didefinasikan sebagai 'Merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan negatif daripada aktiviti manusia'. Dari aspek tenaga, teknolgi hijau akan mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama mempromosikan kecekapan guna tenaga. Dari aspek alam sekitar, kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara. Dari aspek ekonomi, teknologi hijau meningkatkan pembangunan ekonomi Negara. Dari segi sosial pula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan. Dari segi pertanian apakah yang kita perlu tahu mengenai Teknologi Hijau?
Teknologi hijau juga merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan penurunan kualiti persekitaran seperti penurunan pembebasan gas Rumah Hijau (GHG) sehingga ketahap yang terendah atau sifar. Ini akan menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui. Teknologi Hijau juga merujuk kepada kemahiran penggunaan sains alam sekitar untuk memelihara sumber alam semulajadi serta mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambilkira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. Isu penting dalam teknologi hijau termasuk pembangunan bahan bakar alternatif atau sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Pemilihan bahan dan lokasi bangunan juga terlibat dalam teknologi hijauyang mana ianya juga melibatkan teknologi manipulasi pada skala nanometer. 'Nanoteknologi' hijau adalah aplikasi teknologi hijau dalam bidang nanoteknologi.
Apa dia Nanoteknologi ? |
Teknologi Hijau dalam pertanian ialah satu sistem atau cara pengeluaran hasil tanaman yang tidak menggunakan bahan kimia sintetik seperti baja kimia dan racun perosak. Ini mungkin yang kita kena tahu. Ini kerana ianya melibatkan penggunaan bahan-bahan semulajadi sebagai sumber nutrien tanaman seperti Pengkomposan Sisa Ladang dan Sisa Ternakan. Perkara ini merupakan asas dan ianya penting bagi memastikan isu-isu penggunaan baja kimia sintetik dan racun perosak yang semakin meningkat dari hari ke hari dapat dikurangkan ke tahap yang optimum. Walau pun konsep ini bertentangan dengan peningkatan hasil tanaman dengan penggunaan teknologi baja dan racun kimia tetapi ianya mesti di fikirkan. Saya berpendapat jika sekiranya tidak ditangani, ia boleh menimbulkan masalah keatas kesihatan manusia dan kestabilan alam sekitar dalam jangkamasa pendek apa lagi jangkamasa panjang.
Apa yang saya hendak katakan adalah di negara kita iaitu Malaysia, memeng telah terdapat pelbagai teknologi berkaitan dengan pertanian hijau yang telah dilaksanakan seperti Teknologi Natural Farming, Kyusei Farming, Perladangan Lestari, Perladangan Aternatif dan Perladangan Biodinamik. Dua jenis teknologi yang banyak diamalkan hari ini ialah Teknologi Natural Farming dan Kyusei Farming. Saya telah berkursus mengenai Teknologi Kyusei Farming di Saraburi, Thailand selama 1 minggu pada tahun 2006. Negeri Johor diantara negeri yang aktif didalam menjalankan aktiviti dan aplikasi Kyusei Farming dan Natural Farming masa kini. Walau bagaimanapun pelbagai teknologi dan kaedah yang berbeza beza tetapi matlamat bagi semua teknologi ini adalah sama iaitu menjaga dan memelihara alam sekitar serta menjamin pengeluaran makanan yang selamat dan sihat.
Bagi memastikan teknologi pertanian hijau ini berkembang dengan baik, Jabatan Pertanian telah mengambil pelbagai pendekatan dengan memperkenalkan pelbagai teknologi pertanian hijau yang telah melalui perubahan dan panyesuaian teknologi mengikut keadaan di malaysia bagi membantu dan menarik minat petani mengikut keadaan di Malaysia. Selain itu, teknologi vermikompos menggunakan makroorganisma seperti cacing dalam menjalankan proses penguraian bahan organan untuk dijadikan baja organik. Disamping itu pihak jabatan pertanian juga memperkenalkan teknologi penghasilan baja cecair daripada sisa tanaman dan ikan seperti FAA (Fish Amino Acid), FPJ (Fermented Plant Juice), FFJ (Fermented Fruit Juice), Kompos dan Iain-Iain. Kesemua produk ini bertindak sebagai baja dan pelengkap untuk kesuburan pokok. Kita perlu faham dahulu teknologi hijau untuk dilaksanakan disemua peringkat !
TEKNOLOGI HIJAU... GREEN TECHNOLOGY NAMANYA...
KURANGKAN KIMIA ... BAJA ORGANIK GANTINYA...
GERAKAN BERTERUSAN ... BARU ADA KESANNYA...
PERANAN MASYARAKAT ... PENGHAYATAN CARANYA...
By,
M Anem
9th Floor, Sunway Putra Hotel,
100, Jalan Putra,
Kuala Lumpur,
Malaysia
(29 Rejab 1433H)
Updsated 10.11.2012
Updsated 10.11.2012
No comments:
Post a Comment