RACUN PEROSAK (Pesticide) adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk agen perosak dengan membunuh atau mengawal perosak atau patogen yang merbahaya kepada tanaman, manusia dan juga struktur bangunan. Penggunaan racun perosak kini menjadi pilihan utama dalam mengawal perosak kerana ianya cepat bertindak, berkesan, mudah digunakan dan kesan racun yang mudah dilihat. Tindakan oleh bahan kimia atau agen biologi (termasuk virus, bakteria, antimikrobial dan disinfectant) mampu membunuh, menghalau, menghentikan proses pembiakan atau mengganggu kehidupan perosak. Walau pun penggunaan racun perosak mampu mengningkatkan hasil tanaman dan mengawal kerosakan akibat serangan serangga, tetapi ianya juga merupakan bahan yang sangat merbahaya kerana kesan toksik kepada manusia. Laporan saintifik menunjukkan 9 daripada 12 jenis bahan kimia merbahaya yang digunakan adalah dari kumpulan racun perosak (Pesticide). Artikel pagi Ahad ini saya menulis maklumat berkaitan dengan Racun Serangga (Pesticide) untuk bacaan anda semua.
Definasi daripada FAO menyatakan Racun Perosak Kimia adalah seperti berikut :
Any substance or mixture of substances intended for preventing, destroying or controlling any pest, including vectors of human or animal disease, unwanted species of plants or animals causing harm during or otherwise interfering with the production, processing, storage, transport or marketing of food, agricultural commodities, wood and wood products or animal feedstuffs, or substances which may be administered to animals for the control of insects, arachnids or other pests in or on their bodies. The term includes substances intended for use as a plant growth regulator, defoliant, desiccant or agent for thinning fruit or preventing the premature fall of fruit. Also used as substances applied to crops either before or after harvest to protect the commodity from deterioration during storage and transport.
Racun Perosak Kimia (Pesticide) adalah bahan yang khusus untuk mengawal kerosakan akibat serangan perosak yang menyerang. Kalau dalam bahasa saintifik di katakan PESTICIDE termasuk Racun Serangga (Insecticide), Racun Rumpai (Weedicide), Racun Kulat (Fungicide), Racun Tikus (Rodenticide), Racun Cacing Nematod (Nematocide), Racun Biologi (Biocides). Kesemua jenis racun mengandungi Bahan Aktif (Active ingredient) khusus yang dicampur dngan Bahan Lengai (air, tepong, serbuk, bahan pengawet dan sebagainya) dan dilabelkan dalam bungkusan yang terkawal. Pengeluaran, pengiklanan, penjualan, penggunaan, semburan, bancuhan dan penyimpanan racun perosak dikawal dengan peraturan khas diseluruh dunia. Setiap racun mempunyai kaedah penggunaan yang tersendiri agar ianya digunakan dengan betul, selamat dan tidak ada Kesan Sisa Baki (Minimum Residual Limits) kepada pengguna.
Penggunaan racun pesticide memberikan banyak kelebihan dalam ekonomi dunia dan membantu dalam membekalkan makanan kepada penduduk dunia. Diantara faedah penggunaan rcun ini seperti dapat mengawal musuh tanaman dan meningkatkan KUANTITI hasil pertanian (tanaman dan ternakan), meningkatkan KUALITI hasil pertanian, mengawal kerosakan pada tanaman dan haiwan ternakan daripada sakit dan juga menghalang merebaknya penyakit yang mungkin menggangu kesihatan manusia. Faedah seterusnya seperti meningkatkan keuntungan petani / penternak dengan penghasilan produk yang berkualiti dan banyak. Kandungan nutrisi produk meningkat dan tahap kualiti produk yang lebih selamat untuk dimakan. Pengeluaran bahan makanan dalam negara terua kekal meningkat dimana nilai ekspot sesebuah negara juga naik hasil jualan produk makanan. Paling penting racun serangga membantu didalam tahap pengekalan keselamatan makanan negara (food security policies).
Bagaimana pun penggunaan racun perlu dikawal dengan ketat seperti dinyatakan pada para 2 diatas dimana semua penringkat daripada pembuatan racun, pengedaran, penjualan, pengiklanan, pembelian, penyimpanan, penggunaan dan keselamatan lepas tuai (post harvest interval). Kegagalan dalam sistem rantaian tersebut akan menyebabkan berlakunya bencana kepada semua pihak dimana jika tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan penggunaan yang salah dan menyebabkan kesan racun terus kepada pengguna. Semua peringkat perlu faham peranan masing-masing terutama diperingkat penggua seperti petani atau penternak yang terdedah terus dengan racun tersebut. Pengendalian menyimpan, mengguna dan memetik hasil lepas tuai mestilah mengikut peraturan pada label. Semuga semua akan faham akan pentingnya racun kepada industri pertanian dan juga kesihatan kepada pengguna. Wasallam.
RACUN PEROSAK... BANYAK JENISNYA...
RACUN DI GUNA...PELBAGAI KAEDAHNYA...
JENIS SISTEMIK... LAMA KESANNYA...
PERLU DIKAWAL ... CARA PENGGUNAANNYA...
Related articles:
1. Racun Kulat (Klik disini)
2. Racun Paraquat (Klik disini)
3. Racun Rumpai (Klik disini)
4. Racun Nematod (Klik disini)
5. Racun Tikus (Klik disini)
6. Serangga Perosak (Klik disini)
7. Warna Label Racun Perosak (Klik disini)
8. Amalan Pertanian Baik GAP (Klik disini)
9. Termite as pests (Click here)
10. Kawalan Perosak Bersepadu (Klik disini)
By,
M Anem
Senior Agronomist
DOA
Putrajaya
Malaysia
(13 Rejab 1433H)

No comments:
Post a Comment