SAYURAN ORGANIK (Organic Vegetables) merupakan satu produk yang telah di perkenalkan di Wilayah Persekutuan Labuan mulai tahun 2011 oleh Jabatan Pertanian Labuan. Saya telah pun berpeluang melawatn satu Projek Tanaman Sayuran Organik Syarikat Green Farm yang terletak di Labuan seluas 4.1 hektar diusahakan oleh En Goh. Lawatan kekebun ini di ketuai oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia Tuan Hj Mustafa Kamal dengan pegawai2 Kanan Jabatan. Diantara tanaman yang sedang diusahakan adalah Kangkung, Sawi ( 5 jenis Sawi), Kacang Panjang, Cili Besar, Cili Padi dan banyak jenis sayur ulaman lagi. Pembantu Pertanian Kawasan iaitu En Patrik Tangkalau memberikan penerangan mengenai proses pengauditan untuk persijilan Sijil Organik Malaysia akan selesai pada Julai 2012. Proses menganalisa sampel produk sedang dijalankan di makmal di Kuala Lumpur. Ladang ini di bangunkan dari kawasan hutan yang belum tercemar dengan bahan kimia dan lain bentuk pencemaran sumber air. Artikel ini ditulis sambil menghadap Laut Pulau Labuan. Tujuan saya menulis teknologi perladangan organik dalam 'Anim Agro Technology' yang di amalkan oleh En Goh adalah untuk di kongsi bersama.
En Goh merupakan seorang usahawantani yang juga terlibat dengan aktiviti lain seperti kerja peruncitan dimana beliau juga mempunyai kedai mini market sendiri. Minat terhadap produk organik bermula apabila beliau mendakwa dan juga mendapati banyak sayuran yang dibawa masuk ke Labuan mengandungi banyak kesan sisabaki racun (mungkin dibawa masuk dari Kundasang, Sabah atau kawasan lain). Labuan juga mempunyai ramai pekerja 'offshore minyak' dan gas warga tempatan serta tenaga expat dari luarnegara yang mampu membeli produk organik untuk kesihatan dan dijamin selamat dimakan. Beliau memajukan ladang organik dengan nama Syarikat 'Green Farm' menggunakan duit sendiri untuk membekalkan sayuran organik di sekitar Labuan. Minatnya yang mendalam menyebabkan En Goh membuat banyak rujukan mengenai perladangan organik melalui laman sesawang internet. Beliau kemudian menghubungi Pejabat Pertanian Labuan untuk mendapatkan khidmat nasehat dan telah berhubung dangan salah serorang pegawai bahagian Hortikultur Jabtan Pertanian di Lundang, Kelantan iaitu Puan Zainab yang pakar dalam bidang ini.
Penanaman sayuran organik di kawasan ini telah diberhentikan selama 2 bulan iaitu pada Mac - April 2012, ini kerana beliau telah menghadapi masaalah serangan sejenis perosak seperti kutu dan lelompat pada daun yang akan makan daun sehingga habis musnah dalam masa yang singkat sahaja. Oleh kerana beliau tidak menggunakan sebarang racun dan baja kimia, maka kaedah merehatkan penanaman 2 bulan dipercayai mampu dalam mengurangkan serangan. Katanya beliau pernah menggunakan racun Aerosol jenama Shieldtox (pokok tidak diambil hasilnya dan bagi kajian sahaja) untuk membunuhnya tetapi tidak berjaya. Beliau kerugian antara RM 2,000 - RM 3,000 pada musim lepas kerana serangan perosak ini. Harga sayuran organik pada tahun lepas semasa mula beliau mulakan projek juga kurang menerima permintaan dan akibat kurang kesedaran pengguna mengenai kelebihan sayuran organik. Katanya beliau bernasib baik kerana mempunyai cara pasaran yang sendiri bagi meneruskan produk organik ini.
Antara teknologi yang di jalankan bagi menjalankan tanaman organik seperti pemilihan kawasan lereng bukit yang agak sederhana curam. Ini katanya mengurangkan rumput untuk tumbuh jika dibandingkan dikawasan tanah rendah yang rata kerana pembiakan benih rumput terkawal. Jika ada pun rumput yang ujud cuma di cabut dengan tangan sahaja dan bijinya akan turun kebawah mengikut aliran arus air. Bagaimana pun beliau terpaksa memperbaiki banyak kali pam air kerana perlukan tekanan tinggi untuk menghantar air kekawasan bukit tersebut. Pelbagai bahan cecair organik seperti FFP, IMO, EM dan sebagainya digunakan dan dibancuh sendiri dan digunakan mengikut peraturan (Foto atas). Katanya hanya tanah yang subur dengan mikrob baik sahaja akan menghasilkan tanaman yang subur dan selamat dimakan. Semasa aktiviti pemulihan batas tanah untuk musim ini, En Goh menggunakan sebanyak 4 kg baja organik dan banyak kuantiti IMO setiap batas (Lebih dari 5 liter/batas). Bekalan air siraman juga sentiasa di rawat dengan Arang (Charchoal) yang diletakkan didalam tangki air dengan kadar sebanyak 30 kg satu tangki. Kini ujian pH tanah yang dibuat memberikan bacaan hanya dibawah 5.0 dan sangat baik untuk pertumbuhan sayuran. Penggunaan baja Organik seperti tahi ayam proses juga banyak diaplikasikan.
Projek 'Green Farm' oleh En Goh merupakan satu projek yang boleh dikatakan selaras dengan Polisi Teknologi Hijau dalam bidang pertanian. Projek ini boleh dan perlu disokong lagi kejayaannya dengan kempen kesedaran dikalangan pengguna tentang kebaikan sayuran Organik berbanding dengan pengeluaran sayur konvensional yang menggunakan racun kimia perosak. Sehingga kini belum banyak keuntungan hasil dari projek sayuran organik kerana kesedaran dikalangan pengguna masih rendah, hasil sayuran organik yang agak rendah , 'Hanya untuk Niche market' , Tawaran harga masih sama dengan sayuran konvensional, 'apearance' hasil kurang menarik dan sebagainya. Semua orang harus faham akan potensi penggunaan sayuran organik pada masa akan datang.
KENAL EN GOH .... TINGGI MINATNYA...
TEKNOLOGI ORGANIK...DIAMALKANNYA...
PRODUK SELAMAT. ... SOM MATLAMATNYA...
GREEN FARM ... NAMA KEBUNNYA....
By,
M Anem
Hotel Labuan Dorsett,
Labuah
Malaysia
(9 Syaaban 1433)

No comments:
Post a Comment