Monday, June 4, 2012

KEHILANGAN PADI GUNA JENTUAI

PADI (Oryza sativa) merupakan tanaman penting di Malaysia yang mempunyai risiko kehilangan semasa penuaian selain daripada tanaman makanan lain seperti Sayur-sayuran dan buah-buahan. Terdapat seluas lebih dari 428,720 hektar kawasan pasel padi di negara kita pada tahun 2010 dengan kawasan bertanam seluas 673,745 hektar menghasilkan sebanyak 2,458,000 metrik tan padi bernilai lingkungan RM 2.165 billion. Kajian saya daripada beberapa laporan menunjukkan purata pengeluarann padi nasional di negara kita sekitar 3,784 kg sehektar walau pun terdapat beberapa kawasan yang mempunyai pengeluaran sehingga 8 metrik tan sehektar. Walau pun disasarkan sebanyak 72% kadar kecukupan beras dalam negara (SSL) tercapai, tetapi negara masih mengimpot sebanyak 570,000 metrik tan beras setahun daripada negara luar. Teknologi penanaman padi di Malaysia adalah pada tahap sederhana tinggi dengan sistem pengairan, amalan agronomi dan baka varieti padi yang memuaskan. Bagaimana pun kali ini saya akan berkongsi maklumat mengenai kajian kes kehilangan padi yag dituai menggunakan JENTUAI (Combine harvester).


Penggunaan jentuai di Malaysia sudah menjadi perkara lazim dimana mesin ini menggantikan teknologi lama menuai padi menggunaan sabit dan membanting (Dulu saya memang buat kerja ini di Sawah Ring). Jentuai yang ada di gunakan apabila padi telah cukup masak untuk di tuai secara berkelompok melibatkan ramai petani dan pemilik sawah. Kalau dahulu hanya kawasan jelapang padi sahaja yang menggunakan jentuai tetapi kini sawah di luar kawasan jelapang padi juga menggunakan mesin ini. Kerap juga dibincangkan dalam banyak forum mengenai isu kehilangan hasil padi akibat faktur-faktur kecekapan menuai padi menggunakan jentuai. Antara beberapa sebab kerugian yang dialami semasa menuai adalah seperti semasa penjalan jerami (strawwalker) bergerak tetapi juga semasa pemotong (cutter bar) , gelendong (treshing drum), pengayak (sieves) dan semasa pengisian kedalam lori dijalankan.  Laporan ini adalah berdasarkan oleh satu kajian kes di Pulau Pinang yang dibuatdisekitar Bumbung Lima, Lahar Yooi, Permatang Tingi dan Bukit Merah pada tahun 2009/2010. 


Keputusan kajian menunjukkan bahawa kadar kehilangan padi semasa penuaian berubah-ubah mengikut keadaan. Didapati juga kadar kehilangan padi semasa penuaian dijalankan adalah lebih tinggi daripada kehilangan padi yang di rekodkan di negara Thailand.  Kajian menunjukkan kadar kehilangan padi semasa penuaian sebanyak antara 170 kg/hektar sehingga 767 kg sehektar atau dalam kiraan mudah sebanyak 3.8% hingga 13.3% daripada purata hasil yang diperolehi daripada petak-petak tersebut.  jika dikita min kehilangan dikra sebanyak 337 kg/ha.  kadar sebanyak 4.2% ini adalah lebih tinggi dari di Thailand yang mempunyai kadar kehilangan cuma 2.3% sahaja.  Terdapat beberapa faktur yang mempengaruhi keadaan kehilangan padi di negara kita.


Pengaruh pengawasan oleh pesawah atau pemilik bendang ketika kerja-kerja meuai dijalankan adalah penting.  Kehadiran pemilik di tepi sawah selama 1 jam/ha mampu mengurangkan kesan kehilangan kerana operator jentuai akan diperhatikan agar membuat erja dengan betul-betul dan tidak ambil enteng atau curi tulang. Kaedah ini tidak memerlukan kos tambahan malahan akan membantu operator berintergriti. Sebagai perbandingan jika pesawah tidak ada di lokasi akan meningkatkan risiko kehilangan padi. Model Jentuai didapati tidak mempengaruhi kehilangan padi tetapi cara opersai jentuai lebih signifikan. Tidak ada perbezaan nyata antara model Jentuai NH1545, NH8060 dan CLAYSON.  MASA PENUAIAN perlu dijalankan selepas jam 11.00 pagi keatas sehingga jam 5.00 petang. Pada jam 11.00 pagi didapati kadar kelembapan diantara 20 -22% sesuai dipotong sehingga petang.  Kajian menunjukkan lagi banyak hasil padi dituai akan banyak juga kadar kehilangan padi di sawah semasa menuai.  Umur padi semasa dituai didapati memberikan kesan kehilangan dimana semasa umur 11o hari purata kehilangan  sekitar 4% semantara umur padi 112 hari mencecah sehingga 13.3% kehilangan padi.


Ketinggan Pemotong (Cutter) memberikan kesan signifikan kepada kehilangan hasil padi. Lazimnya pemotongan dalam julat antara 20 cm hingga 50.8 cm dimana itu adalah ketinggan optima pokok padi untuk dituai. kajian menunjukan semakin rendah pemotongan dijalankan menyebabkan semakin banyak kadar kehilangan padi. Oleh itu pemotongan yang rendah adalah tidak digalakkan. Kelajuan jentuai didapati kurang signifikan dimana pada kelajuan antara 3.6 - 4.6 km/jam yang diamalkan kurang memberikan kesan kehilangan padi yang signifikan.  Kajian ini menunjukkan petani akan mengalami kerugian sebanyak RM 170.00 hingga RM 797 sehektar akibat kehlangan padi semasa menuai menggunakan jentuai. Jika kita kira keluasan dtnaman dan dituai di malaysia sebanyak 500,000 hektar maka dianggarkan sebanyak 85,000 - 398,000 tan padi hilang dalam setahun. Jika kita kira min harga padi RM 1,000 sebulan, kadar kehilangan nilai padi yang dialami dalam negara sebanyak RM 168 juta setahun. Banyak pihak  perlu meneliti isu ini agar teknologi dan amalan agronomi dapat ditingkatkan untuk mengurangkan kadar kerugian. Terimakaseh kepada rakan saya Hj Hamid Omar dan Mohd Jamil Yahya dari Pulau Pinang yang membuat kajian kes tersebut.


TANAM PADI... BANYAK KERJANYA...
LEPAS 110 HARI... MASAKLAH IANYA...
JENTUAI DIGUNA.. KEHILANGAN DITANYA...
RM 168 JUTA...KADAR NILAI KERUGIANYA...


By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
(14 Rejab 1433)

No comments: