Kayu manis (Cinnamomum zeylanicum) merupakan salah satu jenis rempah ratus dari keluarga Lauraceae yang paling lama digunakan oleh manusia. Pokok Kayu manis merupakan tumbuhan yang tumbuh menegak dengan banyak dahan dan daun yang sangat lebat. Ia merupakanrempah-ratus yang paling popular di negara-negara barat semenjak dulu, jadi ia digunakan dalam kebanyakan masakan mereka. Di seluruh dunia, kulit kayu manis sering digunakan dalam masakan dan minuman. Aromanya cukup istimewa selain dapat menambahkan rasa sesuatu hidangan. Kita di Malaysia menggunakan kayu manis dalam membuat ramuan sup, masakan paceri, masakan nasi minyak dan banyak lagi. Artikel malam ini sambil menonton TV Astro saya membincangkan khasiat yang ada pada kulit kayu manis untuk di kongsi bersama.
Pokok kayu manis ini dikatakan berasal dari Sri Langka dan negara sekitar seperti Indonesia. Pada masa ini Sri Lanka merupakan produk berasaskan kayu manis terbesar didunia diikuti dengan China, India dan Vietnam. Kajian saya dari beberapa laporan menunjukkan penanaman kayu manis secara komersil dijalankan di 4 negara tersebut dengan amalan teknologi berasaskan Tanaman Organik (terutama di Sri Lanka). Namun ada juga sumber yang mengatakan bahawa ia sebenarnya adalah tanaman asli Indonesia. Tanaman ini tumbuh di Sumatera Barat, iaitu sekitar Padang walau tanaman ini tidak begitu popular kerana jarang digunakan. Masyarakat negara itu hanya menyedari akan keistimewaan rempah tersebut selepas ketibaan saudagar-saudagar Arab yang menjual kayu manis di India Selatan dan Sri Langka. Mereka memperkenalkan cara untuk memanfaatkan kayu manis di dalam makanan.
Fakta yang perlu kita tahu mengenai tumbuhan Kayu Manis adalah dari segi nama saintifiknya iaitu Cinnamomun zeylanicum. Di beberapa kawasan dan negara lain kayu manis juga dipanggil sebagai Cinnamon, Ceylon Cinnamon, Gui, Gui Zhi (China), Cassia, Sweet Wood dan sebagainya. Pokok ini mampu tumbuh sehingga 7 -16 meter jika hidup liar didalam kawasan hutan semulajadi. Bagi tujuan penanaman komersil lazimnya dijalankan cantasan dari peringkat awal untuk mengawal pertumbuhannya. Banyak pokok kayu manis di negara kita yang ditanam di kawasan Majlis Perbandaran sama ada di tepi-tepi jalan atau di dalam Kebun Bunga tanpa disadari oleh pengunjung. Bentuk pokok yang rendang dengan kanopi daun lebat membuatkan tumbuhan ini sesuai juga sebagai tanaman ornamental.
Kegunaan atau Khasiat Kayu manis memang tidak dapat disangsikan lagi. Kayu manis apabila dicampurkan dalam masakan akan menambahkan keenakan masakan. bagaimanapun cara penggunaannya sebaik-baiknya disesuaikan dengan jenis makanan. Pengalaman saya mendapati untuk masakan jenis buah, campurkan lebih kurang 5cm kayu manis jenis batang dalam satu liter bahan cair. Dalam kita membuat roti, kuih atau sebaganya disyorkan untuk menambahkan sekurang-kurangnya satu sudu teh kayu manis jenis serbuk kedalam adunan. Kesan dari rasa aroma kayu manis jenis serbuk adalah tajam berbanding dengan kayu manis jenis batang. Kajian menunjukkan aroma dan rasa serbuk kayu manis tidak tahan lama kerana ia mudah rosak dan aromanya agak hambar.
Tinjauan rambang mengenai penggunaan kayu manis di kalangan masyarakat sekarng menunjukkan trend masyarakat kini yang banyak menggunakan bahan-bahan asli telah mempopularkan kayu manis. Ini disebabkan saya dapati kerana kayu manis dikatakan mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh. Masyarakat Indonesia apa yang saya tahu memang banyak memanfaatkan kayu manis dalam kehidupan seharian selain dijadikan ramuan utama dalam industri jamu dan kecantikan. Banyak bahan kosmetik, makanan, ubat herba untuk kesihatan dan sebagainya di cipta yang berasaskan produk kayu manis. Kemajuan penanaman kayu manis di Malaysia masih kurang di jalankan oleh ramai petani yang kini lebih cenderung untuk menanam Kelapa Sawit (Elaeis guineensis), Getah dan tanaman lain yang mudah dipasarkan dan risiko yang rendah.
Saya ada membaca satu laporan dari Pusat Kajian Kesihatan Masyarakat Jabatan Pertanian Amerika Syarikat yang menyatakan bahawa kayu manis dapat mempercepatkan tindakan insulin dalam melancarkan metabolisme glukosa darah sebanyak 9 kali ganda. Dilaporkan oleh Ketua Pusat Kajian tersebut iaitu Richard Andersoan, menyatakan bahawa peningkatan tindakan insulin amat baik terhadap masaalah jantung dan metabolisme. Kesan ini memberikan efek yang baik terhadap penderita diabetes yang mempunyai masalah insulin. Kaedah pengambilan perlu mengikut cara yang betul dan sistematik untuk memberikan kesan yang signifikan. Saya fikir mahu cuba mengambil khasiat kayu manis tapi bagaimana caranya?... Minta pembaca berikan idea sama ada mengunyah kulit kayu manis terus dalam mulut atau minum air rebusannya sahaja.
Kajian dari makmal klinikal mendapatu Kayu Manis mempunyai ciri-ciri antikulat dan antikuman. Kajian juga mendpati bahawa kulit yang diekstrak memang mengandungi minyak yang boleh dicampurkan dalam minyak wangi atau barangan pergigian dan farmasi. Penemuan yang terbaru telah dipaparkan dalam Reuter’s Helath mendapati dari hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Daniel Y.C Fung dari Universiti Kansas, telah membuktikan bahawa kayu manis apabila ditambahkan dalam jus epal dapat menyingkirkan bakteria yang terkandung dalam jus tersebut. Jika kita sering makan produk kayu manis tentunya badan kita akan terus sihat selalu. Wallahualam.
Cara pengamalan Dos untuk Kayu Manis telah banyak diperkatakan sehinggakan masyarakat orang asli membuat formulasi sendiri. Antara cara kita hendak mendapatkan khasiat dari kayu manis adalah dengan membuat minuman Teh. Kita rendam 1/4 inci kayu manis (anggaran 0.6cm) yang ditumbuk separuh lumat, masukan ke dalam 1 cawan air panas selama 10 hingga 20 minit. Kemudian minum 1 cawan teh itu setiap kali sebanyak 3 kali sehari. Rasanya...cuba semua cuba dan beritahu...ada yang mencampurkan dengan bahan lain untuk menyedapkan lagi minuman air kayu manis. Kaedah lain adalah dengan meminum 'Air Rebusan Kayu Manis. Caranya dengan merebus 30 gram kulit kayu manis dengan 2 cawan air sehingga isipadu air berkurang kepada 3/4 daripada isipadu asal. Kemudian bahagikan air itu kepada 3 bahagian agar boleh diminum 3 kali sehari.
Cara ketiga ialah dengan makan dalam Kapsul. Mula-mula dapatkan kulit kayu manis yang kering dan kisar sehingga menjadi serbuk. Masukkan serbuk tersebut kedalam kapsul bersaiz standard yang boleh didapati di kedai jual ubat. Cara makan dengan mengambil satu hingga dua kapsul setiap kali sebanyak 3 kali sehari. Wah ini memang berkesan kerana kita tidak perlu 'merasa serbuk kayu manis' yang dimasukkan dalam kapsul. Cara keempat makan kayu manis dengan makan SERBUK Kayu Manis. Caranya dengan makan sebanyak 1/2 camca serbuk bersama air suam setiap kali 3 kali sehari. Penggunaan luaran kayu manis boleh di amalkan untuk Luaran sahaja. Caranya adalah dengan kita menitikkan tidak melebihi 5 titik minyak esen dalam 15ml (1 camca makan) minyak pelarut yang diektstrak daripada sayur-sayuran. Kemudian sapu pada tempat yang berkenaan mengikut keperluan.

Sesungguhnya banyak khasiat kayu manis yang kita boleh 'explore' lagi dalam perbincangan akan datang.
KULIT KAYU MANIS...BANYAK KHASIATNYA....
DI TANAM CARA ORGNIK...TINGGI HARGANYA...
BANYAK KHASIAT...TAHU CARA MAKANNYA...
AMALKAN SELALU...PANJANG UMURNYA....
By,
M Anem
Puchong Lestari,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(16 JamadilAkhir 1433H)
No comments:
Post a Comment