THAILAND merupakan sebuah Negara di Asia Tenggara yang maju dalam sektor pelancongan dan pertanian selain daripada sektor perkilangan dan perkhidmatan. Produk buah-buahan tropika merupakan salah satu daripada hasil yang dimajukan untuk pasaran domestik dan juga pasaran antarabangsa. Kumpulan Kelab KUAT telah mengadakan lawatan ke Dusun Komersial di Chantaburi, Thailand iaitu ladang tanaman durian, dokong dan manggis komersial seluas 4 hektar kepunyaan Pranthip Sounying. Ladang ini mempunyai sistem tanaman dusun bercampur antara Buah Dokong (Lansium domesticum),Manggis (Garcinia mangostana), Durian(Durio zibethinus), Pisang (Musa spp) dan juga tanaman selingan yang lain. Pokok dokong yang berumur 7 tahun sedang menghasilkan buah peringkat kedua (Kutipan buah dokong Gred A) telah dibuat minggu lepas dan kini sedang dalam proses untuk menuai buah dokong kali kedua(Gred B). Artikel subuh ini saya menulis beberapa amalan teknologi dalam dusun buah-buahan tropika khususnya bagi tanaman dokong untuk dikongsi bersama dengan pembaca semua sempena lawatan saya keladang tersebut pada 14 Mei 2012.
Ladang ini mempunyai keadaan tanah rata dari jenis gambut liat dengan sistem saliran yang baik. Kebun dipasang dengan sistem pengairan jenis ‘micro jet’ dan juga ‘drip tape’ pada setiap pokok yang ditanam. Jenis dokong yang ditanam adalah jenis tempatan yang berbuah selepas 3-4 tahun ditanam jika menggunakan anak benih cantum atau 4-7 tahun jika ditanam menggunakan anak benih dari biji. Program cantasan dahan dan pucuk dijalankan setiap kali musim buah dengan purata ketinggian pokok dokong sekitar 3-4 meter sahaja. Kawalan rumpai dibuat dengan sempurna iaitu kawalan secara manual dan tidak menggunakan racun rumpai. Ladang ini telah menggunakan teknologi pembajaan jenama ‘PP’ yang dipromosikan oleh satu syarikat (Lihat foto produk baja butiran dan baja cecair). Syarikat ini menggunakan bahan baja asas ‘Chitosan’ dan beberapa formulasi lain yang sangat sesuai dalam plot demonstrasi dusun yang kami lawati. Beberapa pokok dokong yang tidak menggunakan bahan produk ini dijadikan perbandingan.
Menurut promoter syarikat, kesan penggunaan baja organik syarikatnya mampu memperbaiki kesuburan pokok sehingga meningkatkan penghasilan buah dokong 3-4 kali ganda berbanding dengan amalan agronomi tradisional dengan penggunaan baja kimia biasa. Penelitian yang saya perhatikan mendapati keadaan kulit pokok yang berkeruping dengan banyak dan kemudian keruping tersebut akan gugur dan keluar bonjolan pada dahan atau ranting yang akan menghasilkan tangkai bunga dokong. Sebagai perbandingan pokok yang tidak menggunakan baja PP Chitosan akan mempunyai batang yang berkulit licin, tiada bonjolan dan kurang tangkai bunga dan buah. Daun pokok yang menggunakan teknologi ini juga didapati lebih sihat dengan warna daun hijau gelap dan sihat berbanding dengan daun dari pokok lain yang nipis, tidak berkilat dan ada tanda serangan bintik daun. Buah yang dihasilkan juga lebih besar, padat dan bilangan biji yang penoh dari setiap tangkai buah. Pokok yang tidak menggunakan baja PP ini mempunyai buah yang jarang-jarang, bersaiz 30 -40% lebih kecil dan mempounyai tangkai yang lebih panjang tanpa buah.
Sila lihat foto dibawah sebagai perbandingan pokok yang dimaksudkan diatas.
Baja PP Cecair
Dahan pokok yang subur |
Buah dokong dari ladang ini menghasilkan 60-70% Gred A, 10-20% Gred B dan sedikit sahaja yang jatuh kepada Gred C. Bila di kupas buah dokong ini, kemudian dimakan ternyata buah yang diberikan baja PP lebih manis, pejal, mudah dikupas, kurang getah dan juga tahan lebih lama selepas penuaian. Buah dari pokok tanpa baja PP didapati bersaiz kecil, kulit agak pucat, rasa kurang manis, agak bergetah sedikit dan juga saiz yang tidak seragam. Penggunaan baja PP di tabor diatas tanah dikeliling pokok mengikut syor pada label sementara jenis larutan akan dicampur dengan air dan disembur pada bahagian daun, dahan dan batang. Teknologi pengurusan tanaman dokong diladang ini perlu di menafaatkan oleh petani di Negara kita bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti buah dokong sedia ada. Kemungkinan teknologi ini diadaptasi dan diamalkan dengan membuat petak kajian dan promosi berdasarkan kepada Pakej Amalan Teknologi yang saya lawati di Thailand ini. Wasallam.
TANAMAN DOKONG…MANIS BUAHNYA…
PENGGUNAAN ORGANIK…BAIK KESANNYA…
BUAH BERKUALITI…TINGGI HARGANYA…
TEKNOLOGI BAIK..MARI DAPATKANNYA…
By,
M Anem
Room 301, Caesar Palace Hotel,
Pataya, Thailand.
(26 JamadilAkhir 1433H)
No comments:
Post a Comment