SIJIL HALAL merupakan satu sijil yang dikeluarkan oleh pihak berwajib sebagai bukti bahawa produk yang hasilkan sama ada produk makanan, komestik, perubatan dan sebagainya yang mematuhi proses yang di 'sahkan halal dari hukum syarak'. Penggunaan sijil ini diperlukan untuk jaminan makanan halal yang dihasilkan dalam negara untuk pasaran domestik dan pasaran ekspot. Logo Halal akan diletakkan pada pembungkus atau label bagi produk yang telah diluluskan permohonannya. Pengalaman saya ketika bertugas di Johor selama 14 tahun, sering ditanya oleh usahawan Industri Asas Tani (Iaitu mereka yang buat projek memproses makanan) ialah susahnya hendak mendapatkan sijil halal yang ketat syaratnya. Jadi mereka kadang-kadang 'half-way' sahaja dalam memohon sijil halal ini. Artikel subuh ini saya mmenulis beberapa maklumat untuk memohon sijil halal agar boleh dijadikan panduan kepada mereka yang terlibat.
Pengenalan
- Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri-Negeri adalah bertanggungjawab untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan dan Logo Halal kepada pengusaha produk makanan dan barang gunaan orang Islam, premis makanan dan rumah sembelih setelah memenuhi keperluan yang ditetapkan di dalam Negeri terlibat.
- Pengeluaran Sijil Pengesahan dan Logo Halal ini adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Malaysian Standard (MS) 1500:2004 Makanan Halal - Pengeluaran, Pengendalilan dan Penyimpanan - Garis Panduan Umum dan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
- Kategori pengesahan Halal ialah :
3.1. Produk Makanan dan Barang Gunaan.
3.2. Premis Makanan dan Minuman.
3.3. Rumah Sembelih.
Pemohon Yang Layak
- Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal adalah seperti berikut:
1.1. Pengeluar,Pengilang Produk (Producer/ Manufacturer)
1.2. Pengedar/Penjual ( Distributor/ Trader ).
1.3. Pengeluar sub-kontrak (Sub-contract manufacturer ).
1.4. Pengusaha Pembungkusan Semula ( Repacking ).
1.5. Premis Makanan ( Food Premise) .
1.6. Rumah Sembelih (A battoir/Slaughter House ). - Pemohon Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran tempatan hendaklah memohon terus kepada Jabatan Agama Negeri2.
- Pemohon Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon terus kepada JAKIM.
Syarat- Syarat Memohon
- Syarikat Pengeluar/Rumah Sembelih/Premis Makanan.
- Syarikat hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
- Mempunyai lesen operasi yang masih sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
- Mempunyai sekurang- kurangnya 2 orang pekerja Islam di bahagian pengeluaran.
- Pengeluar/Pengilang/Syarikat hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.
- Mempunyai sijil tauliah penyembelih yang masih sah bagi penyembelih dan ' checker '.
- Tidak menjual minuman keras atau benda-benda yang diharamkan bagi proses makanan.
- Produk
- Produk bukan diharamkan oleh Islam.
- Produk dikilangkan di Terengganu sahaja.
- Produk yang dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti pemprosesan.
- Produk tambahan khasiat makanan perlu mendapat surat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu.
- Bukan ubat ubatan/produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Bagi mereka yang ingin memohon Sijil Pengesahan Halal Negeri2, permohonan bolehlah melengkapkan borang secara manual yang boleh didapati dari Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri terlibat.
Dokumen Yang Perlu Disertakan
Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut :
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat yang disahkan.
- Salinan lesen operasi dari Pihak Berkuasa Tempatan yang disahkan.
- Salinan Penyata Kewangan syarikat tahun sebelumnya.
- Salinan kad pengenalan 2 ( dua ) orang pekerja tetap beragama Islam warganegara Malaysia serta surat perlantikan sebagai pekerja di syarikat berkenaan.
- Salinan sijil halal bagi ramuan yang digunakan (jika berkenaan).
- Salinan permit impot bagi bahan mentah berasaskan haiwan yang diimpot.
- Salinan surat kebenaran dari pihak berkuasa Kawalan Dadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi produk kesihatan/makanan kesihatan.
- Peta lokasi premis pengeluaran ( location-map ).
- Contoh label produk yang disahkan halal.
Yuran Pensijilan
Yuran pensijilan yang dikenakan kepada pemohon adalah bagi tempoh 2 tahun. Yuran ini dikenakan bagi setiap permohonan baru, pembaharuan, tambahan produk dan tambahan cawangan (premis makanan).Jadual 1 : Yuran Industri Bagi Tempoh 2 Tahun
Industri Kecil | Industri Kecil & Sederhana | Industri Multi Nasianal |
RM 200 | RM 800 | RM 1,400 |
Jadual 2 : Ciri-Ciri Industri
Industri | Ciri-Ciri |
Industri Kecil | Nilai jualan tahunan kurang dari RM 500,00. 00 Pekerja kurang dari 50 orang. |
Industri Kecil &Sederhana | Nilai jualan tahunan RM 500,000 hingga RM 25 juta. |
Industri Multi Nasional | Nilai jualan tahunan melebihi RM 25 juta. Secara global & mempunyai rangkaian di beberapa buah negara. Pekerja melebihi 150 orang. |
Jadual 3 : Kadar Yuran Rumah Sembelih Mengikut Saiz Premis Bagi Tempoh 2 Tahun
Premis Kecil | Premis Sederhana | Premis Besar |
RM 200 | RM 800 | RM 1,400 |
Jadual 4 : Saiz Premis Rumah Sembelih
Bilangan Sembelihan Sehari Mengikut Jenis Haiwan | |||
Saiz Premis | Ayam (dan atau sejenisnya) | Kambing (dan atau sejenisnya) | Lembu (dan atau sejenisnya) |
Kecil | < 2000 | < 500 | < 50 |
Sederhana | 2000- 3000 | 500 -700 | 50- 100 |
Besar | >3000 | > 700 | > 100 |
Jadual 5 : Kadar Yuran Premis Makanan/Restoran Dapur Hotel/Penyajian Makanan Bagi Tempoh 2 tahun.
Premis Makanan / Restoran / Dapur Hotel / Penyajian Makanan | RM 200 bagi setiap unit/cawangan |
Syarat Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal
- Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal tidak boleh diniaga, ditukar milik atau dipinda isi kandungannya.
- Penggunaan Sijil Pengesahan Halal ini masih tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang diamalkan di negara ini.
- Sebarang perubahan ke atas nama syarikat, kilang/premis clan alamatnya, jenama barang, bahan ramuan clan pembekal-pembekalnya serta apa jua yang berkaitan dengannya, hendaklah diberitahu kepada Pesuruhjaya, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri2 secara bertulis untuk makluman dan tindakan selanjutnya.
- Pemegang sijil adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa penyalahgunaan atau penyelewengan sijil tersebut, tertakluk kepada undang-undang yang berkuatkuasa. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan ke atas sijil berkenaan hendaklah diberitahu secara bertulis dengan segera kepada Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri2.
- Sijil Pengesahan Halal berkenaan boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya pada bila-bila masa apabila didapati ianya menyalahi "Garis Panduan" yang telah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragukan dari segi syarak.
- Semua pemilik Sijil Pengesahan Halal yang sah bagi sesuatu barangan atau premis dibenarkan mengguna Logo Halal (seperti yang terdapat di sijil berkenaan) pada barangan atau premis berkenaan.
- Sijil Pengesahan Halal yang asal perlukan dipamerkan.
- Penggunaan logo perlu disertai dengan Nombor Rujukan.
Permohonan pembaharuan Sijil Halal hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh tamat sijil sedia ada berserta borang dan dokumen yang lengkap.
Belacan ini halal atau tidak ? |
Langkah-langkah Proses Permohonan Sijil Halal
Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal dikategorikan seperti berikut:
pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer);
pengedar/penjual (distributor/ trader);
pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer);
pembungkusan semula (repacking);
premis makanan (food premise); dan
rumah sembelih (abattoir/slaughter house).
Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon secara terus kepada Hab Halal, JAKIM melalui permohonan secara online.
Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat pasaran tempatan, permohonan hendaklah dipohon terus kepada JAIN/MAIN mana yang berkenaan.
Pemohonan akan ditolak bagi perkara-perkara berikut:
Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal
dan tidak halal;
dan tidak halal;
Produk yang tidak halal;
Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang
pemerosesan;
pemerosesan;
Ubat-ubatan atau produk yanng dikategorikan sebagai
keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia ;
keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia ;
Pewarna rambut (hair color / hair dye);
Produk siap diproses (finish processed product) yang
dikeluarkan di luar negara;
dikeluarkan di luar negara;
Produk yang menggunakan nama yang sinonim dengan
istilah yang mengelirukan seperti bak kut teh dan
sebagainya;
istilah yang mengelirukan seperti bak kut teh dan
sebagainya;
Baja dan makanan binatang;
Pemohon perlu mengisi borang yang bersesuaian :
Produk / Barangan Gunaan
Premis Makanan
Rumah Sembelih
Borang permohonan hendaklah lengkap diisi secara online dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dan menyertakan sijil-sijil yang berkaitan, seperti berikut:
Profil syarikat;
Pendaftaran syarikat/perniagaan;
Nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan;
Bahan ramuan yang digunakan;
Nama dan alamat pengeluar / pembekal ramuan;
Status halal bahan ramuan beserta sijil halal atau
spesifikasi produk bagi bahan ramuan kritikal (jika
berkaitan);
spesifikasi produk bagi bahan ramuan kritikal (jika
berkaitan);
Jenis bahan pembungkusan;
Proses dan prosedur pengeluaran;
Lain-lain dokumen seperti HACCP, ISO, GHP, GMP,
TQM dan sebagainya (Jika ada); dan
TQM dan sebagainya (Jika ada); dan
Peta lokasi premis / kilang.
Pemohon hendaklah menyediakan fail khas "Sijil Pengesahan Halal" untuk menyimpan dokumen-dokumen berkaitan dan boleh dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan ke atas premis tersebut.
SIJIL HALAL...BUKTI YANG PERLU...
POHON SIJIL...PEMERIKSAAN DULU...
PRODUK DIJAMIN...LOGO HALAL TU...
PRODUK BERKUALITI...PASTI LAKU....
By,
M Anem
PLPP Air Hitam,
Kluang, Johor,
Malaysia
(4 JamadilAkhir 1433)
SIJIL HALAL...BUKTI YANG PERLU...
POHON SIJIL...PEMERIKSAAN DULU...
PRODUK DIJAMIN...LOGO HALAL TU...
PRODUK BERKUALITI...PASTI LAKU....
By,
M Anem
PLPP Air Hitam,
Kluang, Johor,
Malaysia
(4 JamadilAkhir 1433)
No comments:
Post a Comment