MARKISA (Passiflora endulis) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga PASSIFLORACEAE yang sesuai ditanam di Malaysia untuk penghasilan buah bagi kegunaan segar. Buah Markisa juga di kenali sebagai BUAH SUSU di negara kita tidak banyak itanam secara komersial dimana penulis menganggaran keluasan tanaman ini sekitar 200-250 CHE hektar sahaja. Nama lain bagi buah ini adalah Passion Fruit (Inggeris), Lilikoi (Hawai), Granadila ; Parcha, Parchita, Parchita marucaya (Sepanyol), Grenadile, Couzou (Perancis), Marcuja peroja (Portugis) dan Linmangkon (Thailand). Terdapat dua sepsis utama buah markisa iaitu Buah Warna Ungu dan Buah Warna Kuning. Tumbuhan spesis buah warna ungu banyak ditanam di Afrika dan India sementara jenis buah kuning ditanam di Australia, Brazil dan Equador. Markisa hidup dikawasan tropika dan sub-tropika. ArtikEl malam mini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai amalan agronomi iaitu sejanis tumbuhan markisa untuk bacaan semua.
Tumbuhan markisa merupakan sejenis pokok menjalar yang perlukan sokongan sulur dan melilit untuk mendapatkan cahaya matahari. Batangnya berbentuk selinder berwarna hijau berkayu lembut yang mempunyai ruas-ruas yang mengeluarkan daun sulur paut bunga dan buah. Daunnya berwarna hijau dengan bentuk jantung dengan 3 lekuk berukuran 8-20 cm panjang yang licin dipermukaan atas dan kasar dibahagian bawah. Warna daun bahagian bawah agak hijau pucat. Bunga markisa terbit dari pangkal ruas satu unit dengan ukuran 5-7 – 5.0 cm dengan kelopak berwarna hijau dan rerambut berwarna ungu keputihan atau kuning bergantung kepada sepsis. Buah markisa berbentuk bulat dengan kulit licin berkilat berwarna hijau dan bertukar kepada kuning atau ungu apabila masak mengikut varieti. Saiz buah berukuran 4-8 cm garispusat mengandungi biji berwarna hitam dan manis apabila masak.
Buah markisa mengandungi banyak khasiat untuk dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus minuman, kordial dan pelbagai produk lain. Setiap 100 gram buah markisa mengandungi 75.1 g air, 90 kalori tenaga, Protin (2.2 g), Lemak (0.7 g), Karbohiderat (21.2 g), Kalsium (13 mg), Posforan (64 mg), Kaliam (28 mg), Fe (1.6 mg), Vitamin A (700 IU), Riboflavin (0.13 mg), Niacin (1.5 mg) dan Asid Askorbik (1.5 mg). kajian saintis mendapati kandungan Asid Amino juga banyak dalam buah markisa seperti jenis Arginine, Asid Asitik, Glysine, Leusine, Lysine, Proline, Threoline, tyrosine dan valine. Jenis markisa kuning paling banyak ditanam untuk menghasilkan jus markisa dimana ianya mengandungi 36% jus, 11 % Biji dan 51% bahagian isi.
Penanaman markisa menggunakan biji benih dari buah yang cukup masak. Biji benih markisa diambil dari buah masak yang disimpan 1-2 minggu sebelum dikeluarkan bijinya. Biji ini perlu dibersihkan dan dibiarkan beberapa hari sebelum disemai. Biji akan bercambah dalam2-3 minggu dan bersedia untuk diubah apabila mencapai ketinggian 22-25 cm. Penanaman pokok markisa didalam lubang yang telah di berikan baja organik dan sebaiknya mempunyai sistem pengairan yang sempurna. Pokok markisa memerlukan kayu penyokong untuk menjalar dan menghasilkan bunga dan buah. Jarak penanaman sekitar 2 meter x 3 meter dibawah sistem para yang dibina. Kerja melilit pokok markisa diperingkat awal adalah perlu. Buat cantasan pembentukkan pada batang yang menjalar diatas tanah kalau terlalu banyak tunas baru.
Pemerhatian saya mendapati pokok markisa mula berbunga selapas 1-1.5 tahun selepas ditanam bergantung kepada amalan agronomi dan varieti yang ditanam. Berikan baja organan sebanyak 240 - 300 gram sepokok dan bubuh baja NPK 15:15:15 pada peringkat vegetatif. Serangan ulat makan daun dan layu bakteria kadang-kadang berlaku pada tanaman markisa. Buah yang muda berwarna hijau berkilat dan mengandungi rasa sangat masam. Buah masak akan menjadi warna kuning, oren atau merah saga mengikut jenis markisa. Buah mengandungi biji yang lonjong dan varieti tempatan agak masam berbanding dengan varieti impot yang agak lebuh manis. Buah markisa sesuai dimakan segar, dibuat jus minuman atau dijadikan kordial markisa yang mendapat pemasaran yang baik. Penanaman markisa atau buah susu di Malaysia tidak popular berbanding dengan tanaman buah-buahan tropika yang lain kerana susah nak dijual. Wasallam..
BUAH MARKISA...TANAM DIMANA...
BUAH MARKISA...TANAM DIMANA...
POKOK MENJALAR..SULUR PAUTNYA....
BUAHNYA MASAM...MASA MUDANYA...
WARNA MERAH ...MASAK KULITNYA....
By,
M Anem
Senior Agronimist,
Senior Agronimist,
Bukit Beruang, Jalan Istana,
Melaka,
Malaysia.
Malaysia.
(29 JamadilAwal 1433H)
No comments:
Post a Comment