KEDONDONG (Spondias cytherea) adalah sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Anacardiaceae yang ditanam di negara kita kebanyakannya untuk dimakan segar atau di proses buat jeruk. Buah kedondong dipercayai natif di kawasan Asia Tenggara dan juga Asia Selatan dan ditanam menggunakan bahan tanaman daripada biji, keratan , tut atau daripada benih cantuman. Biji buah kendondong cepat bercambah iaitu kurang dari satu bulan. Pokok dari benih tut mampu menghasilkan buah dalam masa satu tahun sementara benih dari biji selama 4 tahun. Keluasan tanaman ini di Malaysia tidak dapat dipastikan kerana Jabatan Pertanian tidak melaporkan secara rasmi dalam lapuran ststistik perangkaan tanaman mungkin kerana tanaman ini kurang popular. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis informasi mengenai Khasiat Buah Kedondong dan maklumat teknikal mengenai tumbuhan ini untuk manambahkan imlu para pembaca. Saya membuat rujukkan dari buku karangan H.C. Ong terbitan Utusan Publication yang dicetak pada tahun 2004.
Pokok Kendondong pokok saka yang berbatang besar (90 cm ukurlilit) dan mampu mencecah ketinggian sehingga 45 meter dalam keadaan tidak dikawal dengan bahan tanaman dari biji benih. Pokok dari benih keratan atau tut biasa rendah dan lazimnya di cantas agar ketinggian sekitar 3-4 meter untuk mudah mengutip hasil. Daun kedondong adalah jenis majmuk dengan sebanyak 4-10 helai daun satu tangkai. Warna daun adalah hijau tua yang berkilat dengan panjang tangkaii sekitar 9-12 cm. Bunganya keluar dalam jambak dengan warna putih atau kuning dimana keluar daripada hujung ranting sepanjang 35 cm. Buah Kendondong berbentuk bulat seperti bola atau bulat lonjong panjang dengan 4-10 cm pnjang dan 3-8 cm lebar dengan warna hijau ketika muda dan kekuningan atau oren apabila masak. Isi buah kedondong adalah masam atau ada varieti yang agak manis dengan biji yang keras serta berduri dan berserabut.
Kajian makmal mendapati buah kedondong mengandungi 60 -85% air, 0.5 - 0.8% protin, 0.3-1.2% Lemak, 8 -10% Sukros1-3.8% Serabut serta kaya dengan vitamin C dan zat besi. Walau pun buah kedondong tidak dimakan segar terus seperti buah-buahan lain tetapi ramai rakan kita yang makan begitu sahaja walau pun matanya terpejam akibat rasa kemasaman. Pokok Kedondong tahan pada keadaan kemarau dimana banyak daun akan gugur tetapi pada waktu ini lazimnya kita akan lihat banyak bunga akan keluar banyak berbanding dengan musim hujan. Pemerhatian saya mendapati pokok kedondong tidak tahan dengan tanah lembab atau ditenggelami air. Tanaman ini tidak mempunyai masaalah serangan musuh serangga dan penyakit. Bagaimana pun kadang-kadang ada serangan oleh Ulat Makan Daun, Lalat Buah dan Jelaga Hitam pada buah.
Apa yang kita perlu tahu adalah mengenai Kulit Pokok Kedondong mengadungi bahan yang mampu menghentikan pengecutan tisu. Buah Kendondong yang banyak mengandungi Vitamin C dan zat besi penting dalam pembentukkan haemoglobin dalam darah dan mollekul sitokrom. Kandungan unsur Pektin iaitu sejenis serabut larut dalam buah kedondong juga berguna dalam mengurangkan kolesterol dalam darah terutama kolesterol LDL. Buah kedondong yang masih hijau kulitnya dimakan segar dimakan begitu saja atau di cecah dengan garam atau ada yang makan dengan asam boi. Petua orang kampong menghampaskan buah kedondong dulu ketanah dan dibiarkan beberapa minit dimana kita akan dapat melembutkan buah dan lebih manis. Dah cuba cara ini ke?. Buah kedondong jiga sesuai untuk dijadikan ramuan rojak, dimasak kari, dibuat acar buah malahan boleh menggantikan mangga atau limau nipis dalam membuat sambal belacan. Kedondong juga sering dibuat Kerabu atau juga paling popular adalah Kedondong Jeruk. Buah kedondong yang masaak ranum pula boleh dibuat jus, jeli, jem dan sup.
Siapa sangka yang daun kedondong boleh dijadikan ulam dengan mencelur dahulu dalam air panas dan dimakan bersama nasi. Daun kedondong yang masam juga boleh dijadikan ramuan kerabu, campuran kepada masakan sayuran lain dan juga sebagai perisa masam dalam masakkan. Dari segi khasiat perubatan didakwa daun dan kulit kedondong boleh dijadikan ubat pupuk pada luka, kudis , bisul dan luka akibat terbakar. Daun kedondong yang dicampur dengan bahan tumbuhan lain juga sesuai digunakan sebagai bahan rawatan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Ada orang kampong yang mengamalkan mengambil kulit kedondong direbus bersama kulit ketapang dan airnya diminum untuk rawatan masaalah cirit birit. Bagaimana pun yang penting pastikan ada tanaman pokok kedondong ditanam dikawasan rumah sama ada ditanam diatas tanah atau ditanam didalam pasu. Pokok ini sesuai juga dijadikan sebagai pokok hiasan sambil kita dapat hasilnya.
BUAH KEDONDONG....MEMANG MASAM......
MUDAH DITANAM...MUSUHNYA KURANG...
SENTIASA BERBUAH...WARNANYA KUSAM....
KHASIAT PERUBATAN...AMALANNYA JARANG...
By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia.
(28 JamadilAwal 1433H)
Pokok Kendondong pokok saka yang berbatang besar (90 cm ukurlilit) dan mampu mencecah ketinggian sehingga 45 meter dalam keadaan tidak dikawal dengan bahan tanaman dari biji benih. Pokok dari benih keratan atau tut biasa rendah dan lazimnya di cantas agar ketinggian sekitar 3-4 meter untuk mudah mengutip hasil. Daun kedondong adalah jenis majmuk dengan sebanyak 4-10 helai daun satu tangkai. Warna daun adalah hijau tua yang berkilat dengan panjang tangkaii sekitar 9-12 cm. Bunganya keluar dalam jambak dengan warna putih atau kuning dimana keluar daripada hujung ranting sepanjang 35 cm. Buah Kendondong berbentuk bulat seperti bola atau bulat lonjong panjang dengan 4-10 cm pnjang dan 3-8 cm lebar dengan warna hijau ketika muda dan kekuningan atau oren apabila masak. Isi buah kedondong adalah masam atau ada varieti yang agak manis dengan biji yang keras serta berduri dan berserabut.
Kajian makmal mendapati buah kedondong mengandungi 60 -85% air, 0.5 - 0.8% protin, 0.3-1.2% Lemak, 8 -10% Sukros1-3.8% Serabut serta kaya dengan vitamin C dan zat besi. Walau pun buah kedondong tidak dimakan segar terus seperti buah-buahan lain tetapi ramai rakan kita yang makan begitu sahaja walau pun matanya terpejam akibat rasa kemasaman. Pokok Kedondong tahan pada keadaan kemarau dimana banyak daun akan gugur tetapi pada waktu ini lazimnya kita akan lihat banyak bunga akan keluar banyak berbanding dengan musim hujan. Pemerhatian saya mendapati pokok kedondong tidak tahan dengan tanah lembab atau ditenggelami air. Tanaman ini tidak mempunyai masaalah serangan musuh serangga dan penyakit. Bagaimana pun kadang-kadang ada serangan oleh Ulat Makan Daun, Lalat Buah dan Jelaga Hitam pada buah.
Kerabu Kedondong yang lazat. |
Jus Kedondong |
BUAH KEDONDONG....MEMANG MASAM......
MUDAH DITANAM...MUSUHNYA KURANG...
SENTIASA BERBUAH...WARNANYA KUSAM....
KHASIAT PERUBATAN...AMALANNYA JARANG...
By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia.
(28 JamadilAwal 1433H)
No comments:
Post a Comment