KEMUNTING (Rhodomyrtus tomentosa) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Myrtaceae yang tumbuh dikawasan tropika dari negara India, Sri Lanka, China dan kawasan Asia Tenggara. Saya lebih kenal dengan 'Kemunting Cina' yang kini dijadikan ubat herba yang berkesan untuk kesihatan teutamnya pengidap penyakit kronik. Kemunting menghasilkan buah berbentuk beri yang bujur yang dimakan mentah atau boleh dibuat jem, jeli atau jus. Isi buah yang manis ini memang sedap dimakan. Buah yang masih mentah lazimnya rasanya Kelat dan pengalaman penulis mendapati pokok yamg ditanam akan menghasilkan buah manis berbanding dengan pokok yang tumbuh liar. Pokok kemunting juga mengandungi tar kayu yang digunakan sebagai pewarna hitam iaitu tujuan komestik untuk menghitamkan bulu kening dan juga mencuci gigi. Artikel subuh sabtu ini saya menulis khasiat tumbuhan kemunting dan teknilogi penanaman yang boleh dibaca untuk tambah pengetahuan anda.
Pokok Kemunting boleh ditanam dengan menggunakan biji, secara tut atau boleh gunakan keratan ranting. Buah yang masak mengandungi biji yang mudah bercambah dalam masa satu minggu sahaja. Selepas 3 tahun dtanam pokok akan berbuah berbanding dengan pokok kemunting yang ditanam dengan cara tut atau keratan yang akan berbuah dalam masa satu (1) tahun sahaja. Pokok kemunting liar tumbuh dibawah sinaran matahari yang panas disekitar tebing sungai, kawasan bekas tanah lombong atau tanah teopi pantai. Jika ditanam dan diberikan baja lazimya pokok akan subur tetapi kurang menghasilkan bunga dan buah. Pokok ini tidak mempunyai sebarang perosak dan penyakit yang serius dan tahan dalam keadaan liar.
Pada pemerhatian saya mendapati yang pokok kemunting adalah jenis pokok renek dengan ketinggian maksima 4 meter dan mempunyai banyak ranting. Bahagian ranting, daun, jambak dan bunganya mempunyai bulu halus yang lebat berwarna putih atau kekuningan. Daunnya berwarna hijau berkilat yang berukuran 5-8 cm panjang dann 2.5-4.0 cm lebar dari jenis daun ringkas yang susunanya bertentangan. Daun kemunting mempunyai 3 urat daun yang jelas dan permukaan atas daun yang berkilau serta licin. Bunga dalam bentuk tunggal atau 3 kuntum bunga dalam satu jambak yang keluar dari ketiak daun. Bunganya ada 5 kelopak (Foto atas) berwarna merah dan ada banyak stamen. Buah muda berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar kepada warna ungu atau ungu hitam apabila masak. Isinya berwarna merah kuat dan rasanya manis. Buah kemunting mask mengandungi air, gula, vitamin dan juga mineral. Bahagian daunnya mengandungi bahan TANIN yang tinggi yang berguna.
Dari segi khasiat perubatan, tumbuhan ini sangat berguna membantu dalam kesihatan badan. Air rebusan kemunting yang masak diminum akan merawat cirit birit dan juga disenteri. Di percayai juga buah kemunting yang dimakan segar baik sebagai tonik penghadaman. Daun kemunting pula boleh digunakan sebagai ubat pupuk untuk luka dan menghentikan pendarahan kemdian mampu menyembuhkan luka-luka. Air rebusan daun yang diminum juga mampu menyembuhkan demam panas , melegakan sakit dan juga membantu dalam membersihkan tubuh badan kita. Semasa berada di Pulau Aur, Mersing dulu saya pernah dengar air rebusan daun dan akar kemunting di gunakan sebagai minuman untuk ibu-ibu yang lepas bersalin, mengawal cirit birit dan untuk sakit perut. Bahagian akar kemunting yang direbus dijadikan rawatan pedih bawah dada dan mengatasi masaalah sistem penghadaman. Akar yang dicampur air mendidih boleh digunakan untuk rawatan mata atau dijadikan ubat pupuk pada dahi. Banyak lagi kegunaan yang boleh dimenafaatkan dari tumbuhan ini jika dikaji dengan lebih lanjut. Wasallam.
NAMANYA KEMUNTING...RENEK POKOKNYA....
TUMBUH LIAR...MERATA TEMPATNYA...
BUNGANYA MERAH...ADA 5 KELOPAKNYA...
BUAHNYA MANIS...MAHU KE MAKANNYA?...
By,
M Anem
Kg Pt Bengkok, Gresik,
Ledang, Johor,
Malaysia.
( 6 JamadilAkhir 1433H)

No comments:
Post a Comment