KELAPA (Cocos nucifera) merupakan satu jenis tanaman yang dikenali sejak zaman dahulu kala dikalangan ramai penduduk kawasan tropika didunia. Keluasan penanaman kelapa sama ada secara komersil, separa komersil atau tanaman keliling rumah atau penghias di kawasan pesisir pantai menjadikan tanaman ini merupakan tanaman dari keluarga Palmae yang paling banyak tumbuh. Pengurusan tanaman pokok kelapa secara komersil kini menjadi satu amalan yang perlu dijalankan bagi mempastikan penanaman kelapa secara komersil mampu menghasilkan buah kelapa yang produktif dan berkualiti. Selain daripada menggunakan varieti yang berhasil tinggi, pembajaan yang cukup, kawalan rumpai dan amalan agronomi yang lain , kawalan serangga perosak tanaman kelapa amatkan perlu diawasi. Artikel malam ini saya menulis pengalaman penulis yang pernah terlibat dengan projek penanaman kelapa mengenai perosak tanaman kelapa. Rujukan juga dibuat dari Jabatan Pertanian.
Perosak Pertama ialah Kumbang Tanduk (Orycytes rhinoceros) yang berwarna kehitaman dan mudah dikenali kerana mempunyai tanduk atau dikampung dipanggil 'sumbu'. Kumbang dewasa mengorek bahagian pucuk serta makan bahagian lembut atau umbut kelapa dipucuknya. Akibatnya pelepah akan yang keluar membentuk seakan kipas dan akan berlaku takungan air serta menyebabkan pucuk reput atau busuk yeng akan mengundang kumbang jalur merah pula. Masaalah ini saya jumpa di kawasan penanaman semula di Kg Sg Balang, Parit Jawa dan di sekitar Batu Pahat diparas merbahaya jika tidak dikawal. Kumbang dewasa bertelur dalam batang kelapa yang reput, batang organik dan sampah sarap dikebun. Larva berwarna putih akan hidup ditempat tersebut sehingga menjadi Pupa.
Beberapa kaedah kawalan boleh dijalankan untuk mengawal populasi kuumbang tanduk seperti kawalan Kultura, Kimia dan Memasang Perangkap Kumbang Tanduk. Kawalan kultura dijalankan dengan memotong semua batang kelapa yang baru ditebang dan dikeringkan dan dibakar sehingga habis. Ini akan dapat menghapuskan tempat untuk pembiakan atau tempat bertelur kumbang tanduk. Ramai petani yang tidak membuat perkara ini dan akibatnya anak pokok kelapa Matag yang sekarang berharga RM 22.00 sepokok rosak akibat diserang kumbang tanduk. Kawalan Kimia kumbang tanduk dijalankan dengan meletakkan 1-2 moth ball dipucuk pokok dan 3-4 butir racun carbufuran dipucuk pokok muda mengurangkan kadar serangan. Perangkap PVC setinggi 2 meter panjang dengan 10 cm ukurlilit dengan dibubuh pheromone yang akan menarik kumbang tanduk (Lihat foto sebelah). Pheromon perlu ditukar setiap 3 bulan dan kutip serta musnahkan kumbang dewasa yang terkumpul didalam perangkap. Pastikan meletakan kawasan peramhkap yang terlindung cahaya matahari.
Kaedah ke 4 dalam mengawal kumbang tanduk adalah dengan membuat Perangkap Batang Kelapa (Lihat foto sebelah). Empat batang kelapa disusun empatsegi sama 1 meter x 1 meter dan diisikan dengan sabut kelapa untuk membiarkan kumbang tanduk bertelur dan menetas. Periksa setiap minggu dan jika ada telur atau larva maka kutip dan musnahkan populasi kumbang tanduk tersebut. Cara ini juga merupakan satu cara yang mudah tetaapi praktikal dan perlukan pengawasan sempurna. Jika petani tidak membuat pemeriksaan dan lalai maka bukan sahaja ia membantu pembiakan kumbang tanduk untuk kebunnya tetapi juga membekalkan kumpang tanduk untuk keliling kawasan penanaman kelapa disekitarnya.
Perosak kedua adalah Kumbang Jalur Merah (Rhynchoporus schach) yang mana kumbang dewasa mempunyai warna merah dan berjalur-jalur hitam (Lihat foto). Serangan oleh kumbang dewasa dengan mengorek bahagian pucuk yang mempunyai lubang-lubang yang dikorek oleh kumbang tanduk. Larva betina akan bertelu dipucuk dan larvanya akan makan tisu lembut dibahagian pucuk yang boleh menyebabkan pokok kelapa mati. Serangan kumbang ini adalah merupakan perosak sekunder selepas serangan kumbang tanduk dimana salah satu simptomnya adalah pucuk pokok mereput dan mudah dicabut dengan tangan. Seterusnya pokok kelapa yang diserang akan bercabang dua....Apa! Kelapa Bercabang dua?...banyakkah buahnya nanti.....Kawalan dibuat dengan racun sistemik iaitu methamidophos dan monocrotophos sebanyak 5-110 ml/pokok. Penggunaan 3-4 butiran racun carbofuran dibahagian pucuk anak pokok mengurangkan kadar serangan kumbang ini.
Perosak Ke 3 adalah Rama-rama Artona (Arthona catoxantha) iaitu rama-rama dewasa berwarna perang dan hujung kepak berwarna kuning. Larva rama-rama ini akan makan daun kelapa dengan lahapnya yang menyebabkan tinggal lidi sahaja atau kelihatan daun pokok macam 'terbakar'. Saya berpengalaman mengesan, memantau dan menbuat kawalan serangan rama-rama ini di Kg Air Papan, Mersing (1999) dan di Kawasan Asajaya, Kuching, Sarawak (1997) dengan serius. Apa yang saya perhatikan serangan berlaku dengan teruk jika musim panas dan kering berpanjangan. Pernah dibuat kawalan dengan metamidophos atau monotocrotophos di Air Papan dengan kaedah 'trunk injection' dan semburan racun serangga di Sarawak dengan Helipcopter . Bagaimana pun keadaan hujan lebat juga yang menyebabkan popolasi perosak ini musnah pada semua peringkat serangan.
Ulat Beluncas (Setora nitens) menyerang ketika peringkat larva dengan memakan daun-daun kelapa daripada tepi sehingga tembusi seakan nampak bergigi pada daun. Serangga dewasa akan bertelur dibahagian bawah daun dan akan menetas an boleh dikawal dengan racun sistemik jenis monotocrotophos atau metamidophos pada kadar 5-10 ml sepokok. Seterusnya serangan Rama-rama Haidari (Hidari irava) yang mana serangga dewasa juga bertelur dibawah daun dan larvanya memakan daun kelapa. Walau pun terdapat musuh semulajadi yang mengurangkan populasi perosak ini tetapi hujan lebat mampu mengurangkan populasi perosak ini. Seterusnya adalah perosak Kumbang Plesispa (Plesispa reichei) iaitu kumbang halus berwarna coklat tua dan hitam (Lihat foto diatas). Larvanya menyerang daun anak pokok menyebabkan bergulong dimana anakbenih yang diserang akan menyebabkan pertmbuhan pokok terencat. Kawalan dengan racun kimia jika da serangan serius.
Paling akhir saya nak 'story' malam ini adalah serangan perosak yang dipanggil sebagai BABI HUTAN (Wild boar). Saya acap kali nampak babi hutan yang berwarna hitam ketika bertugas di Mersing dan Segamat. Foto sebelah adalah babi hutan yang berwarna hitam keputihan yang sering ada berhampiran kawasan kampong yang menuodok anak pokok kelapa untuk mencari cacing dan makan umbut kelapa. Berbagai kaedah untuk mengawal babi hutan seperti menembak, memasang perangkap , memasang pagar letrik dan macam-macam cara tradisional lain yang saya tak dapat story. Vetebret lain seperti kerosakan akibat lembu, kerbau, kambing, bebiri dan tikus. Serangan tupai juga perlu dikawal kerana tupai mampu menebuk buah kelapa...maka timbullah peribahasa....Kelapa ditebuk Tupai!
PEROSAK KELAPA....PERLU DIKAWAL....
CARA KAWALAN...DARI AWAL-AWAL.....
KUMBANG TANDUK...PEROSAK UTAMA....
HASIL BERKURANG...UNTUNG TAK KEMANA...
By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia.
(26 Rabiulakhir 1433H)

No comments:
Post a Comment