Tuesday, March 13, 2012

PENGENALAN RACUN SERANGGA 2

RACUN SERANGGA (Pesticide) merupakan sejenis bahan kimia yang tergolong dalam kategori Racun Makhluk Perosak iaitu sebarang bahan yang di gunakan untuk mencegah, memusnah, mengawal, menghalau atau mengurangkan makhluk perosak.  Di Malaysia ianya disenaraikan dibawah Jadual Pertama Akta Racun Makhluk Perosak 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pertanian. Secara amnya racun serangga adalah sebahagian daripada jenis racun makhluk perosak bersama dengan Racun Roden (Racun Tikus),Racun Kulat (Fungicide) dan Racun Rumpai (Weedicide).  Sebagai sambungan kepada tajuk dari Part 1 (Klik disini) maka bincang dengan Bahan Penwasap, Antibiotik, Biokimia dan Racun Serangga Mikrobs. Artikel ini ditulis sambil melihat Sungai Pahang yang mengalir deras selepas hujan ribut petir selama beberapa jam dari hotel penginapan di Kuantan.

Bahan Pewasap (Fumigant) merupakan dari bahan molekiul organik kecil yang mana bahan ini mudah untuk meruap dan meresap serta kadar penembusan yang juga kuat (penetration level). Racun ini sangat toksik dan merbahaya sehingga mereka yang hendak membeli, mengguna dan mengendalikan racun ini perlu mendapat lathian khas dan kebenaran daripada pihak berkuasa. Bahan paling lazim digunakan adalah Methyl Bromide (MB) yang digunakan untuk rawatan tanah dan rawatan kuarantin tanaman. Racun jenis ini juga dijadikan sebagai bahan pengawet kepada anai-anai  kayu kering. Didalam peraturan di dunia negara-negara membangun dikecualikan dari menggunakan racun ini sehingga 2015 kecuali untuk kegunaan kuarantin.  Terdapat bahan alternatif menggantikan Methyl Bromide disyorkan iaitu jenis Fosfin (PH3). Fosfin akan dibebaskan apabila aluminium atau magnesium posfida terkena kelembapan tinggi. Racun ini mudah merosakkan makanan segar dan mudah diserap oleh minyak. Bahan ini tidak boleh digunakan untuk penwasapan tanah. Lain-lain bahan fumigen adalah seperti Hydrogen Cyanide, Sulfuric fluorida, Carbonyl sulphide, Nafthelene dan Paradichlorobenzene. 


Kebaikan Racun Pewasap (Fumigant) ini adalah kerana ianya toksik kepada banyak jenis perosak, mempunyai kuasa penembusan yang tinggi (high penetration level) dan dengan cara rawatan tunggal ini dapat membantu membunuh banyak perosak dengan cepat. Bagaimana pun racun jenis ini mempunyai keburukan tersendiri iaitu MESTI dibuat dalam keadaan yang tertutup dan merupakan racun yang SANGAT TOKSIK kepada manusia. Pengguna, pemeriksa dan mereka yang ingin menjalankan rawatan fumigasi perlu mendapatkan kebenaran bertulis dan menghadiri kursus bersijil yang diluluskan bagi mengelakan sebarang bencana kepada manusia, haiwan dan hidupan lain. Hanya keperluan khusus sahaja yang akan diluluskan kawalan pewasapan ini dan untuk kegunaan kritikal sahaja seperti kawalan kutu beras didalam setor yang kritikal dan lain-lain dibawah Jadual Racun.   


Antibiotik merupakan nama yang biasa kita dengan tetapi jarang dikaitkan dengan perkataan RACUN kerana ianya dihasilkan oleh mikroorganisma yang mempunyai aktiviti fungiside dan Bakterioside. Antibiotik juga mempunyai sifat racun serangga dan hamama. Antibiotik banyak digunakan oleh manusia, binatang ternakan dan juga terkini untuk tumbuh-tumbuhan. Bahan ini mempunyai ciri sistemik yang bertindak setempat. Contohnya walaupun disasarkan pada permukaan atas daun tumbuhan tetapi tindakan antibiotim mampu juga membunuh tungau yang berada dibawah daun. 


BIOKIMIA adalah perkataan masa kini yang dikaitkan dengan 'Bioteknologi' dimana ia lebuh bersifat sebagai pengawalaturan pertumbuhan (Growth regulator) dan gangguan pengawanan. Saya banyak menerima antibiotik ketika pergi klinik swasta untuk demam selsema, batuk dan sebagainya. Antibiotik dalam tumbuhan masih banyak di kaji akan keberkesanannya dalam kawalan musuh perosak. Antara contok kategori antibiotik adalah Methyl Eugenol iaitu sejenis Feromon penaik untuk serangga lalat buah dan Aromon (bahan berasaskan citronella) yang bertindak sebagai penghalau (Repellent). Bahan ini boleh merencatkan pertukaran kulit serangga menyebabkan lambat dewasa serta digunakan dengan meluas dalam kawalan secara Pengawalan Perosak Bersepadu (IPM Control method). Antara contoh antibiotik adalah seperti Diflubenzuron, Fenocicarb, Metroprena dan juga Hexaflumuron. 


RACUN SERANGGA MIKROB adalah sejenis racun yang bertindak dengan cara tindakan sentuhan dan 'Khusus-perumah'. Contoh dalam kategori ini seperti mikrob, Virus dan Cacing Nematod. Saya pernah berkursus di Kyusei Natural FArming di Saraburi , Thailand pada tahun 2007 dimana diajar menyediakan EM (Effective microorganism) bagi digunakan untuk tumbuh-tumbuhan , haiwan serta mengawal kualiti air. Kandungan mikrob seperti Aerobik Bacteria, Yis dan lain-lain dalam larutan EM mampu mengawal patogen perosak dalam sektor pertanian. Mikrob virus baik digunakan bagi memusnahkan serangga perosak yang merbahaya. Cara penggunaan racun ini masih perlu banyak dibuat kajian untuk lebih luas penggunaannya.  Diharap artikel ini dapat memberikan ilmu kepada pembaca dan faham akan beberapa jenis racun serangga.


RACUN PEWASAP.....RACUN MERBAHAYA......
SANGAT TOKSIK...TERKAWAL PENGGUNAANYA...
ANTIBIOTIK PULA...DIDAPATI DIMANA JUA....
RACUN MIKROB...RAMAI TIDAK KENALINYA...


By,
M Anem
Romm 223, Season View Hotel,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(20 RabiulAkhir 1433H)

No comments: