LINTAH BULAN (Arion sp.) atau SLUGS merupakan sejenis haiwan dalam kumpulan Molluska Gastropod yang terdapat di kawasan lembab dimana tidak mempunyai cengkerang atau mempunyai yang ada sedikit cengkerang. Dalam bahasa kampung sering juga haiwan ini dipanggil sepagai Siput Bulan yang sering melekat pada cawan getah didalam kebun getah dijumpai ketika menoreh getah. Saya kenal akan haiwan ini dan memang 'Geli Sangat' kalau terpegang pada cawan getah ketika memungut getah lantun dahulu dikampong. Walau pun haiwan ini 'mengejutkan' kita ketika terpegang tetapi kita tidak sampai hati dan kesian hendak membunuhnya. Haiwan ini juga sering didapati disekitar pasu bunga dikeliling rumah terutama pada malam hari yang makan pucuk tanaman. Mungkin tidak ramai diantara kita mengenali marfologi dan taksonomi serta habitat haiwan ini yang merupakan sejenis seranagga dalam habitat semulajadi. Artikel petang Ahad ini saya menulis mengenai Lintah Bulan atau Siput Bulan yang saya kenali daripada pengalaman dan pembacaan.
Jenis Slugs yang terdapat di Eropah dan kawasan iklim yang serupa mempunyai dua bahagian iaitu bahagian kepala yang mempunyai sepasang sesungut yang lembut dan boleh bertukar saiz, mengecut , memanjang dan mempunyai mata dihujungnya dan dibahagian bawah mempunyai alat tentakel sensori deria bau. Bahagian bawah seperti juga siput babi mempunyai otot-otot kaki yang akan mengecut dan mengembang membentuk gerakan kepada lintah bulan ini. Lintah bulan yang ada di Malaysia saya dapati berbeza kerana tiada cengkerang, berbentuk leper dan banyak yang tidak ada sesungut. Warnanya coklat kekuningan atau sedikit kehitaman.
Apa yang istmewa tentang haiwan ini adalah kerana ia mengeluarkan Lendir (mucus) dari bahagian kakinya untuk pelbagai guna. Terdapat dua jenis lendir yang dihasilkan iaitu lendir cair dan lendir pekat. Lendir cair dikeluarkan dibahagian tengah kaki sementara lendir pekat dikeluarkan dibahagian kepala dan ekor badan. Lendir ini bersifat 'hygroscopic' yang membolehkan haiwan ini bergerak dan melekat pada bahagian bawah daun atau memanjat batang tumbuhan. Populasi haiwan ini meningkat dalam keadaan musim hujan dan lembab kerana ia tidak aktif dalam keadaan cuaca panas kering. Lendir ini melekat kuat pada pokok atau kayu, rasa yang tidak sedap, badannya dikeraskan atau dikentalkan dan menyebabkan pemangsa tidak mampu menyerangnya. Antara musuh semulajadinya adalah seperti katak, semut, tikus, Landak, mengkarong, ular dan haiwan-haiwan pemangsa lain.
Dalam pembacaan saya terhadap spesis haiwan ini dari beberapa laman web mendapati lendir daripada haiwan ini akan meninggalkan kesan bekas laluan (bekas cecair lendir). Apabila ada haiwan lintah bulan yang lain dan melintasi laluan haiwan ini akan memberi isyarat sama ada spesis yang lalu merupakan jenis yang sama untuk keperluan mengawan. Slug ini merupakan sejenis haiwan 'Hermaprodite' dimana mempunyai organ jantan dan betina pada setiap ekor. Semasa proses mengawan mereka bertukar gamete dan akan bertelur sebanyak 30 biji setiap kali dalam tanah atau batang kayu yang reput. Telur akan menetas dan membesar dan tidak ada rujukkan berapa lama haiwan ini hidup.
Haiwan ini tidak merbahaya kepada manusia sama ada sebagai pembawa penyakit atau kesan keracunan. Bagaimana pun haiwan ini merupakan perosak penting kepada sektor pertanian. Haiwan ini makan bahagian pokok terutamanya bagagian pucuk muda dan tisu lembut yang lain termasuk buah dan bunga. Serangan sering berlaku pada waktu malam hari dan ketika lepas hujan dalam keadaan mendung dan lembab. Kerosakan serius pada daun meyebabkan pokok rosak dan fotosintesis terjejas mengakibatkan serangan kulat dan lain-lain masaalah. Kawalann dibuat dengan memungut dan musnahkannya jika bilangannya sedikit. Jika banyak boleh menggunakan racun methaldehyde dalam bentuk umpan yang akan dimakan dan ianya akan mati. Itulah kisah lintah bulan untuk bacaan anda semua. Wassalam...
LINTAH BULAN...'SLUGS' NAMANYA....
LAMBAT BERGERAK....ADA LENDIRNYA...
KAWASAN LEMBAB...HABITATNYA...
MEROSAK TUMBUHAN...DIPUCUKNYA...
By,
M Anem
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia.
(2 Jamadil Awal 1433H)

No comments:
Post a Comment