CILI KULAI (Capsicum annum) merupakan sejenis cili besar yang popular ditanam di negara kita dimana statistik bagi keluasan tanaman semua jenis cili sebanyak lebih 2,900 hektar setahun yang menghasilkan sebanyak 33,000 metrik tan cili segar bernilai RM 157 juta. Kebanyakan hasil cili ini digunakan untuk kegunaan segar dan sebahagian lagi untuk diproses. Kawasan utama penanaman cili di Malaysia adalah seperti di Kelantan (840 hektar) , Johor (535 hektar) dan di Pahang (370 hektar) pada tahun 2011. Benih cili merupakan komponen penting dalam penanaman cili yang kini boleh didapati daripada pekedai menjual benih atau melalui cara simpanan benih yang dibuat sendiri oleh petani. Benih cili Besar atau varieti Cili Kulai (dulu disebut juga Cili MC10) merupakan jenis cili yang paling popular dikalangan petani dan penjual benih diseluroh Malaysia. Permintaan cili besar tinggi kerana ciri-ciri khusus yang ada pada jenis tersebut. Antara beberapa jenama varieti cili besar dipasaran seperti Cili Kulai, Cili Kulai SP 8339, Cili Kulai Red Spicy, Cili 568, Cili 488, Cili 151, Cili 469, Cili Kulai King, Cili Kulai F1 568 dan beberapa lagi. Bagaimanakah benih cili ini dihasilkan?, Siapakah yang mengeluarkan benih cili dan berapakah kos pengeluaran untuk pengeluaran benih cili?....Saya akan bincang dengan anda perkara tersebut diatas berdasarkan pengetahuan, pemerhatian dan kajian kes serta sumber rujukan yang sahih.
Tahukah anda berapa harga benih cili besar di pasaran masa kini?.....Siapa boleh jawab. Dalam kajian kes yang saya buat di seluroh Semenanjung Malaysia, purata harga benih cili besar pada tahun 2011 adalah lingkungan RM 2,007.00 satu kilogram. Ini saya ambilkira daripada benih yang dijual dengan paket paling kecil ( 2 gram/paket @ Purata haga RM 2.20), Benih Kecil ( 10 gram/paket @ Purata harga RM 20 - RM 30/paket), Benih Bungkusan Sederhana (20 gram/paket @ Purata harga RM 30 - RM 50/paket) dan Benih Bungkusan Bear (100 gram/paket @ RM 50 - RM 60/paket) bergantung kepada varieti dan jamnian kualiti serta jenama. Kebanyakan benih cili besar yang dibeli dari kedai didapati mempunyai jaminan percambahan yang baik iaitu melebihi 80% kerana telah dirawat. Jika kualiti kurang kadang-kadang petani boleh berrunding dengan pekedai untuk diganti baru atau cara lain. Benih Cili yang dibuat sendiri oleh petani melalui proses 'selection' dan diproses sendiri lazimnya dibuat oleh penanam yang bukan berskala komersial.
Kajian kes yang saya buat mengenai industri pengeluaran benih cili besar (khususnya Cili Kulai) dari beberapa sumber rujukan (Termasuk Jabatan Pertanian dan beberapa rakan swasta) mendapati sebanyak 7,000 pokok cili ditanam dengan jarak 90 cm x 120 cm selama 8 bulan dilokasi yang sesuai untuk menghasilkan biji benih. Benih induk terpilih ditanam dari sumber tertentu dan disemai ditempat khas. Penanaman cili untuk benih memerlukn masa lama sehingga pokok cukup matang dan buah cili benar-benar cukup tua untuk dijadikan biji benih. Sejumlah RM 22,186 diperlukan untuk kos pengeluaran bahan input termasuk benih, baja, racun serangga, racun rumpai, tali rafia, tiang sokong, bakul, plastik silvershine dan sebagainya. Bagi kerja-kerja ladang untuk bayaran upah tenaga kerja didapati sebanya RM 12,200.00 dipelukan untuk menanam, menyulam, membaja, mengawal musuh dan perosak, menyiram, kawalan rumpai, memetik hasil dan memproses benih cili daripada mengering sehingga sedia untuk dibungkus yang dijalankan. Kos pelbagai penyediaan benih cili pula dikira sebanyak lingkungan RM 400 sehektar.
Anggaran Jumlah Kos Pengeluaran bagi pengeluaran benih cili untuk satu hektar adalah RM 36,525.00. Dalam kajian kes mendapati setelah di tuai, dikeringkan dan diproses, maka sebanyak 245 kilogram bijibenih berkualiti dihasilkan dari kawasan seluas 1 hektar tadi. Ini bermakna setelah dikira , kos pengeluaran sekilogram benih cili adalah sebanyak RM 149.08 satu kilogram atau mudah dikira sebanyak RM 150.00 sahaja. Semasa saya menimbang biji cili, saya dapati berat setiap 1,000 biji benih cili adalah 5 gram sahaja. Kiraan yang telah saya buat bersama-sama rakan mendapati terdapat sebanyak 180 - 220 biji benih didalamnya atau puratanya mempunyai 200 biji benih cli. Bilangan benih cili berbeza-beza bergantung kepada tahap kekeringan benih, saiz biji benih, varieti dan juga cara memproses. Kalau membuat lawatan ladang , ramai petani berkata yang benih yang dibeli di kedai atau yang didakwa diimpot dari luar negara dan merupakan Benih Cili Hybrid dan harganya sangat mahal. Saya kurang pasti akan dakwaan ini tetapi yang pasti prestasi benih tersebut memang baik. Benarkan benih cili kulai yang dijual itu dari jenis Hybrid?
Kajian menunjukkan bahawa keperluan input benih tanaman cili di Malaysia cuma sekitar 25 gram bagi setiap hektar . Oleh itu kita boleh kira keperluan untuk Malaysia cuma sebanyak 725 kilogram sahaja bagi kawasan seluas 2,900 hektar kawasan penanam cili di Malaysia. Kalau dikira hanya cuma 75-80% kadar kecekapan percambahan maka sebanyak 870 kg sahaja diperlukan dalam setahun. Ini bermakna kalau satu hektar mampu menghasilkan sebanyak 245 kg benih cili seperti kajian kes diatas, maka keperluan ladang benih cili di Malaysia cuma 3.55 hektar sahaja setahun untuk pasaran domestik. Saya dapati belum ada maklumat sebenar yang dapat mengukuhan hujah ini dimana belum ada kajian kes lebih sistematik dibuat mengenai perkara diatas. Diharap pihak tertentu dapat membuat satu kajian berkaitan kos pengeluaran dan industri pengeluaran benih cili dengan lebih terperinci dimasa akan datang. Saya dimaklumkan oleh rakan saya di SSRDC bahawa benih cili kulai berpotensi untuk dihasilkan di negara kita untuk pasaran ekspot terutama kenegara jiran yang juga merupakan pengguna cili yang sangat signifikan. Insyallah...Wasallam
BENIH CILI...MEMANG MAHAL HARGANYA...
SUKAR DIBUAT..BANYAK IMPOT KATANYA ....
SIAPA PENGELUAR...DIMANA AGAKNYA...
PENANAM CILI...SERING BERTANYA.....
By,
M Anem
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(5 JamadilAwal 1433H)

No comments:
Post a Comment