Friday, January 27, 2012

VARIETI MELON

MELON (Cucumis melo Linn) merupakan sejenis tumbuhan menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang ditanam untuk dimakan segar. Buah melon ini mempunyai banyak varieti yang dihasilkan dengan pengeluaran sebanyak lebih dari 17 juta metrik tan setahun dimana negara China merupakan pengeluar terbesar buah melon dengan keluasan tanaman melebihi 150,000 hektar setahun. Kini buah melon di tanam di Malaysia secara komersil mulai penghujung tahun 1980'an dengan teknologi penanaman ditumpukan kepada penanaman kaedah "Horizontal' iaitu penanaman diatas tanah datar atau Kaedah 'Vertical' iaitu penanaman dalam Struktur Pelindung Hujan dengan sistem Fertigasi. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' berkaitan beberapa varieti atau kultivar melon yang popular ditanam di negara kita untuk rujukan para pembaca dan usahawan melon yang berminat.


Terdapat sebanyak 2 jenis melon yang perlu diketahui iaitu JENIS ROCK MELON dan jenis yang dipanggil sebagai MUSK MELON. Jenis rock melon adalah dimana kulitnya mempunyai jaring-jaring (netted skin) dan jenis musk melon adalah dimana kulit buah sangat licin dengan pelbagai warna terang yang menarik. Berikut adalah beberapa jenis melon yang popular ditanam di Malaysia sama ada boleh didapati di pasar borong , pasar basah dan gerai buah-buahan biasa. Hidangan melon di hotel merupakan satu menu yang sering dihidangkan. 
Berikut beberapa jenis melon tersebut :




Nama Varieti : Glamour
Warna Kulit : Hijau berjejaring
Warna Isi : oren
Tahap Kemanisan : 12 - 16% Brix
Purata Berat : 1.0 - 2.0 kg sebiji





Nama Varieti : GORDES
Warna Kulit : HIJAU DAN BERJARING
Warna Isi : OREN
Struktur isi : LEMBUT dan HALUS
Tahap Kemanisan : 12 - 16% Brix
Purata Berat : 1.0 - 2.0 KG SEBIJI




Nama Varieti : SIGNAL
Warna Kulit : KUNING OREN
Warna Isi : PUTIH OREN
Struktur isi : LEMBUT & HALUS
Tahap Kemanisan : 13 - 14% Brix
Purata Berat : 1.0 - 2.0 KG SEBIJI




Nama Varieti : CUPID
Warna Kulit : HIJAU CERAH 
Warna Isi : OREN
Struktur isi : LEMBUT , HALUS
Tahap Kemanisan : 13 - 16% Brix
Purata Berat : 600 - 800 GRAM




Nama Varieti : KUNING JATI
Warna Kulit : KUNING TERANG
Warna Isi : PUTIH 
Struktur : LEMBUT dan HALUS
Tahap Kemanisan : 13 - 15% Brix
Purata Berat : 800 gram  - 1.0 KG SEBIJI

Melon ditanam dan perlu dijaga amalan agronomi dengan membaja, membuat cantasan, mengawal rumpai dan kawalan perosak seperti Serangga dan Kulat. Pengalaman saya mendapati penanaman ditanah rata memberi penghasilan melon sekitar 5 - 30 metrik tan sehektar kerana banyak risiko serangan perosak yang perlu dikawal dengan serious. Kajian saya di Melaka dan Muar mendapati kebanyakan petani cuma memperolehi sekitar 10 - 13 metrik tan sehektar. Harga jualan di ladang sekitar RM 2.00 - RM 5.00 sekilogram bergantung kepada kualiti, varieti, lokasi penanaman dan musim penanaman. Sebenarnya banyak lagi jenama dan varieti melon dipasaran kerana boleh dikatakan hampir 100% benih melon adalah diimpot dari luarnegara. Negara kita mempunyai potensi tinggi untuk menanam dan menghasilkan buah melon sebagai komoditi untuk pasaran domestik dan ekspot pada masa akan datang kerana faktur cuaca panas sepanjang tahun dan tanah yang subu dengan pengurusan betul. 


TANAM MELON....TIDAKLAH MUDAH....
BANYAK VARIETI...POKOKNYA RENDAH....
KAWAL PENYAKIT...SEMBURKAN RACUN....
BUAH MAHAL...HARGA JARANG TURUN....

By,
M Anem
Minat makan melon,
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia 
(3 Rabiulawal 1433H)

No comments: