Monday, November 7, 2011

LALAT

LALAT adalah sejenis serangga dari order DIPTERA yang terdapat di negara kita dan di seluroh dunia dimana ianya sering dikaitkan dengan serangga penyebar penyakit. Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang dengan cepat dari pelbagai arah dan sudut iaitu kehadapan, kekiri, kekanan, kebawah, keatas dan sangat aktif pada cuaca panas siang hari. Selepas sahaja kita menghidangkan makanan atau mengeluarkan daging atau makanan dari plastik atau peti sejuk diatas meja, Lalat mungkin merupakan haiwan pertama yang menjamah makanan tersebut sebelum ketibaan ahli keluarga kita jika terdedah. Lalat akan hinggap diatas makanan tersebut (Lagi kuat bau busuk makan atau bau sedap makan) maka lagi cepat 'mamat lalat' atau 'minah lalat' ini datang tanpa dijemput. Contohnya semalam adalah Hari Raya Korban dimana aktiviti menyembelih lembu dan melapah dijalankan di kampong saya iaitu di Muar, Johor....Aduh...Mat Lalat ini datang beribu-ribu ekor bersama-sama meraikan majlis tersebut tanpa diundang. Artikel petang raya korban kedua ini saya post artikel mengenai lalat untuk bacaan semua. 


Lalat mempunyai banyak keluarga atau kumpulan iaitu beribu-ribu spesis dari lalat yang mudah kita jumpa hari-hari sehingga lalat pembawa penyakit merbahaya kepada manusia. Kajian menunjukkan terdapat pelbagai jenis iaitu LALAT RUMAH (Musca domestica) yang paling popular diantara jenis lalat, LALAT HIJAU atau LANGGAU (Lucilla spp) dan PHaenincia spp), LALAT TSETSE (Glossina fusca - Hutan, Glosina palpalis - Sungai ), LALAT BUNGA (Syrphidae spp), LALAT BUAH (Keluarga Tepthidae - ada sebanyak 500 Genera dengan 5,000 spesis) dan LALAT ASKAR HITAM (Hermetia illusens). Diantara jenis-jenis tersebut yang menjadi 'saudara rapat' manusia setiap hari adalah jenis Lalat Rumah (Housefly) kerana ianya sangat 'PERAMAH' dan suka datang kerumah kita tanpa di jemput asalkan tingkap atau pintu terbuka untuk dia datang bertegur sapa!. Lalat mempunyai kitaran hidup yang sangat cepat membiak seperti Rajah Kitaran Hidup disebelah atas.


LALAT RUMAH (Musca domestica) terdapat banyak di kawasan Asia Tengah yang mempunyai iklim tropika walau pun ada beberapa spesis dapat hidup di kawasan agak sejuk. Lalat Rumah terdapat juga di Kawasan kebun, Ladang/ Kandang Ternakan, Kawasan Bandar dan juga banyak di kawasan pembuangan sampah atau dimana ujudnya najis. Lalat ini hidup dimana ada manusia menjalankan aktiviti hariannya. Umur lalat adalah pendek sekitar 7-25 hari dan mempunyai kitaran hidup yang singkat dan sangat cepat membiak daripada Telur, Larva, Pupa dan Dewasa. Telur lalat yang berwarna putih berukuran 1-2 mm panjang diletakkan oleh induk betina bersusun dalam kumpulan mengandungi sehingga maksimum 500 telur seekor. Kemampuan bertelur seekor adalah sebanyak 75 - 150 biji telur dalam masa 3-4 hari!.  Telur lalat menetas menjadi larva berwarna putih berukuran 3-8 mm panjang dan mempunyai sepasang taring berwarna hitam. Selepas 20 jam larva akan jadi 'maggot' yang akan makan unsur apa yang ujud disekelilingnya. Larva akan menjadi lalat dewasa dalam masa 4-13 hari melalui pelbagai peringkat instar (Biasanya 3 instar) bergantung kepada suhu dan kesediaan makanan. Di negara kita yang mempunyai cuaca lembab dan suhu panas cuma perlukan 3-4 jam sahaja bagi lalat untuk lengkap jadi lalat dewasa.


Lalat jenis  LANGGAU.
Kajian saintis menunjukkan Lalat Dewasa mampu hidup selama 15 - 25 hari walau pun ada yang mendapati mampu hidup sehingga 2 bulan.  Tanpa apa-apa makanan pun lalat mampu hidup selama 3 hari...bayangkan kalau kita tinggalkan rumah untuk balik kampong dan ada beberapa ekor lalat telah terperangkap dalam tudung saji yang tertutup kosong tanpa makanan...lepas 3 hari ia berpuasa, ianya masih hidup lagi. Lazimnya lalat perlukan makanan sebelum melakukan kopulasi antara jantan dan lalat betina selama 2 - 15 minit bergantung kepada spesis dan saiz. Kajian saintis mendapai sepasang lalat jantan dan betina yang cergas membiak dalam masa 6 bulan sahaja pada keadaan persekitaran optima mampu mengujudkan sebanyak 191,100,000 trillion ekor lalat!...Wow satu jenis serangga ajaib dalam proses pembiakan.


Lalat adalah bersengkokol dengan Industri Ternakan Ayam dan merupakan satu masaalah utama diantara kawasan ternakan ayam dengan kawasan perumahan. Kampong saya 30 tahun dulu hanya mempunyai beberapa ekor lalat sahaja apabila kita makan dan buat kenduri. Kini setelah ujudnya beberapa ladang ayam di Kg Tiong Baru dan Kundang Ulu....terdapat berjuta-juta ekor lalat yang datang mengunjungi rumah kami setiap hari walau pun banyak komplen telah di buat kepada banyak pihak. Bilangan lalat akan bertambah banyak pada waktu-waktu tertentu sehingga orang kata ....Kampong kami adalah 'Kampong Lalat'...nampaknya kena tukar nama. Saya dan penduduk kampong amat malu kalau ada rakan dan saudara mara hadir dalam Majlis-majlis Perkahwinan akibat lalat. Tahi Ayam merupakan bahan utama pembiakan telur lalat apa lagi kalau ianya terdedah tanpa rawatan sempurna. Kerajaan Johor masa kini telah meluluskan Enakmen Unggas yang memastikan jarak antara kawasan ternakan ayam yang baru hendak dibuat dengan kawasan perumahan mesti pada jarak yang sesuai dan penternak perlukan lesen untuk membina reban baru.


Makanan yang terdedah akan dihinggap oleh kaki lalat dan muncung lalat akan mengeluarkan cecair kepada makanan dan menyedutnya semula. Cairan dari lalat ini sering membawa kuman atau patogen merbahaya kepada manusia. Bayangkan seekor lalat yang baru keluar dari najis ayam atau baru sahaja menikmati jus dari tahi manusia atau bangkai haiwan yang terdedah kemudian masuk kedalam rumah kita dan menjamu makanan yang ada atas meja. Kita pula tengah lapar balik bekerja dan nampak makanan terhidang terus  sahaja ngap masuk mulut. Kalau nasib tidak baik maka kuman tersebut atau telur lalat tersusun didalamnya...maka selepas beberapa jam sahaja....berlarilah kita kebilik air kena cirit birit dengan perut memulas dan bisa. Lebih malang kalau kita pergi kenduri kahwin dan balik rumah kena sakit perut dan berak cair beberapa jam atau beberapa hari sehingga lemah badan dibuatnya.  


SERANGGA PERAMAH ... LALAT NAMANYA...
CEPAT MEMBIAK...BANYAK POPULASINYA...
MEMBAWA MASAALAH...SAKIT PERUT JAWABNYA...
PERLU DIKAWAL....PASTIKAN TEMPAT BIAKNYA...
KOMPLEN ORANG RAMAI..TIDAK DIENDAHNYA...
PERLU PERUNDANGAN..MANA PENGUATKUASANNYA..


Relate Article:
1. Mikrob untuk pertanian (Klik disini)
2. Telur (Klik disini)
3. Ternakan Ayam (Klik disini)
4. Baja Tahi Ayam (Klik disini)
5. Industri Ternakan di Malaysia (Klik disini)


By,
M Anem
Jalan Istana
Bukit Beruang, Air Keroh,
Melaka, Malaysia.
(11 Zulhijjah 1432H)
Cuti Hari Raya IdulAdha     

No comments: