IKAN SEPAT (Trichogaster spp) merupakan sejenis ikan air tawar dari keluarga Osphronomidae yang terdapat di negara kita dan beberapa negara tropika lain diseluruh dunia. Ikan Sepat mempunyai beberapa spesis yang popular iaitu Sepat Siam (Trichogaster pectoralis), Sepat Rawa (Trichogaster trichopterus), Sepat Mutiara (Trogaster leerii) dan Sepat Kecil (Trichogaster microlepis). Nama-nama tempatan lain sepat adalah seperti Sepat Sawah, Sepat Ronggeng, Sepat Biru, Sepat Sapek dan macam-macam lagi. Ikan ini telah digunakan sebagai sumber makanan yang dimakan dan juga merupakan spesis ikan yang sesuai untuk dijadikan ikan hiasan atau 'ornamental fish'. Saya mengenali ikan sepat semenjak kecil lagi ketika tinggal di kampong di Gersik, Muar, Johor dimana sering mendapat ikan sepat dari anak sungai, kolam dan lubuk dikampong yang ditangkap untuk dimakan atau dijadikan ikan hiasan dalam botol. Artikel subuh Hari Raya Korban ini saya mengorbankan selama 2.5 jam untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" satu post berkaitan dengan subjek ikan sepat untuk semua pembaca berdasarkan pembacaan beberapa buku , rujukan dilaman sesawang dan pengalaman penulis sendiri yang terlibat dengan sektor pertanian selama hampir 31 tahun.
Ikan Sepat merupakan sejenis ikan air tawar yang mudah didapati dikawasan sungai, anak sungai, tasel, kolam, lubok dan sebagainya sama ada dikawasan air mengalir atau air statik. Ikan yang berbentuk pipih ini mempunyai mulut yang kecil dihadapannya. Ikan ini mempunyai sepasang sesungut panjang dan beberapa sirip di bahagian sisi, diatas serta bawahnya. Ikan ini mempunyai sisik nipis yang bersusun senget dengan warna gelap dan agak keras. Terdapat dua 'titik hitam' atau 'black dot' sama ada dibahagian tengah badan atau bahagian belakang badan di kedua-dua belah. Titik ini merupakan tanda paling mudah untuk mengenali ikan sepat dalam air (Lihat foto sebelah).
Struktur dalaman organ ikan sepat seperti juga jenis-jenis ikan Gourami dan Ikan Haruan dan Ikan Puyu mempunyai 'labyrinth' diruang insangnya yang membolehkan ikan ini hidup walau pun dikawasan air yang kurang oksijan. Ikan ini banyak terdapat di kawasan sawah padi seperti di Sawah Ring, Muar dan juga dalam tali air sawah walau pun kerja pembajakan tanah, penggunaan racun dan air sawah dikeringkan pada setiap musim. Bagaimanakah ikan ini dapat meneruskan kehidupan setiap musim menjadi tanda tanya kerana ia mampu membiak dengan cekap. Aktiviti untuk menangkap ikan 'sepat sawah' selepas habis musim menuai padi pada waktu dahulu adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokan kerana kita akan dapat menangkap ikan sepat sawah atau sepat ronggeng dengan banyak. Selalunya ikan ini akan di goreng dengan tepong atau di jemur untuk dijadikan ikan kering yang sangat sedap dimakan dengan nasi panas dan dimakan diatau pondok ditengah sawah padi dialas dengan daun pisang.
Dalam habitat semulajadi selalunya ikan sepat akan makan lumut, tumbuhan air dan anak-anak ikan kecil yang boleh dimasukkan kedalam mulutnya yang kecil. Ikan betina akan bertelur dibawah buih-buih putih dipermukaan air yang tenang dimana ikan sepat jantan akan menjaga telur-telur tersebut sambil mempersenyawakannya. Setelah menetas lazimnya anak ikan sepat akan diasuh oleh sepat jantan sehingga anak ikan tersebut mampu mencari makan sendiri. Ikan ini hidup secara berkumpulan dan akan timbul dipermukaan air untuk menyedut udara dan jika lokasi ikan sepat sangat padat maka akan banyak kelihatan ikan dari permukaan air. Walau pun ikan sepat tahan dilubuk yang kurang oksijen akan tetapi ikan ini mudah mabuk serta cepat mati apabila diluar dari air selepas ditangkap.
Ikan sepat kering paling sedap dimakan dengan menggoreng atau di gulai. Kini ikan kering sepat sawah yang kecil-kecil harganya juga mahal iaitu 8-10 ekor berharga RM 3.00 - RM 5.00 (Lihat foto sebelah) . Banyak ikan sepat kering dijual di Pasar Rabu , Alor Setar , Kedah. Terdapat ikan Sepat Pekasam dijual di tempat tersebut yang menjadi kegemaran ramai. Dahulu ikan sepat kering sawah atau sepat ronggeng banyak dijual di pasar lambak di Kedah tetapi kini agak kurang kerana penggunaan racun di sawah agaknya dan jangkamasa penanaman padi menjadi lebih singkat.
Penternakan ikan sepat saya fikir perlu di komersilkan terutama Sepat Siam yang paling popular dijadikan Ikan Sepat Masin. Harga seekor ikan sepat siam masin adalah RM 1.00 - RM 1.50 seekor bergantung kepada saiz. Kini ikan sepat siam dijual di Supermarket, Hypermarket, Pasar Malam dan dengan pembungkusan yang cantik dan menarik. Disyorkan agar ramai usahawan mampu menternak sepat siam dan sepat lain secara komersil menggunakan kaedah kolam tanah, Kolam Tangki Simen atau cara-cara lain dengan teknologi dan menggunakan kaedah moden. Kajian mengenai kaedah pemeliharaan, baka sepat yang baik dan sistem pemberian makanan serta kaedah pemprosesan yang canggih perlu dijalankan. Mana tahu ikan sepat mampu dijadikan komoditi yang sangat menguntungkan pada masa akan datang. InsyaAllah!
IKANNYA PIPIH.....IKAN SEPAT...
DALAM KOLAM...ADA KELIBAT...
MUDAH DITANGKAP...MASAK CEPAT...
MEMANG LAZAT...LAGI PUN BERZAT...
ARTIKEL BERKAITAN:
1. Ikan Tilapia (Klik disini)
2. Ikan Baung (Klik disini)
3. Ikan Patin (Klik disini)
4. Ikan Keli (Klik disini)
5. Ikan Tilapia Merah (Klik disini)
6. Ikan Puyu (Klik disini)
7. Siput Sedut (Klik disini)
8. Kerang (Klik disini)
9. Belut (Klik disini)
10. Kupang (Klik disini)
By,
M Anem
Senipr Agrologist,
Jalan Istana
Bukit Beruang
Melaka,
Malaysia
(10 Zulhijjah 1432H)

No comments:
Post a Comment