CENDAWAN adalah sejenis hidupan yang tumbuh secara semulajadi dan diusahakan secara komersial semenjak dulu kala dan cendawan yang dimakan oleh manusia mempunyai khasiat tersendiri. Diantara cendawan yang popular di negara kita adalah seperti Cendawan Shiitake, Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Jerami, Cendawan, Jarum Mas, Cendawan Kukur, Cendawan Butang, Cendawan Telinga Kera / Jeli Htam, Cendawan Ganoderma / Ling Zhi dan Cendawan Bunga Kobis. Cendawan yang ada dipasaran terdiri daripada cendawan segar, cendawan kering dan cendawan yang telah diproses dalam pelbagai bentuk seperti cecair, makan siap sedia, kapsul, serbuk, pil dan sebagainya. Pengalaman saya dalam projek cendawan tiram kelabu yang bayak di kawasan Pagoh, Muar selama 7 tahun mendapati cendawan tersebut diantara spesis cendawan yang paling banyak dimajukan oleh usahawan di kawasan tersebut. Artikel pagi ini saya 'posting' khasiat beberapa jenis cendawan untuk perkongsian maklumat dengan pembaca.
a) Cendawan Tiram Kelabu
Cendawan Tiram kelabu (Pleorotus sajor-caju) merupakan jenis cendawan paling mudah ditanam dan dibeli dipasar. Cendawan ini berwarna putih dan kelabu dimana dijual pada harga RM 5.00 - RM 6.00 sekilogram diperingkat ladang. Beberapa jenis kumpulan cendawan tiram adalah seperti Cendawan Tiram Kuning (Pleorotus citrinopileatus), Cendawan Tiram Merah jambu (Plerotus flabellatus) dan Cendawan Tiram Putih (Pleorotus florida) . Cendawan tiram kelabu kaya dengan Protin (15-22% berat kering =bk), Lemak (1.1-2.6% bk.), Serat (14.2-18.2% bk), Vtamin E ( 3ppm), Salenium (<0.05 ppm), Zat Besi (34.7-60.7 ppm), Kalsium (0.39-0.69 ppm), Magnesium (590 -790 ppm) dan Kalium (2.5-2.5% bk). Cendawan Tiram mampu mengawal pengaliran darah, menurunakan tekanan darah serta megawal kandungan gula dan lipid dalam darah. Cendawan ini juga dapat meningkatkan sistem ' immune' untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Cendawan ini juga merencatkan pertumbuhan sel tumor dan agen anti-oksidan yang sangat berkesan.
2) Cendawan Ling Zhi
Cendawan Ling Zhi (Ganoderma spp) merupakan sejenis cendawan yang telah dikomersilkan semanjak sekian lama oleh beberapa syarikat antarabangsa dan syarikat tempatan. Malaysia adalah diantara negara yang menghasilkan cendawan ini secara komersial khusus untuk makannan produk kesihatan yang popular. Penanaman cendawan Ling Zhi adalah agak mudah dan jika mendapat jaminan pasaran dengan harga munasabah memang sesuai diperbesarkan lagi. Cendawan Ling Zhi telah pun diuji secara klinikal dan tradisional sebagai cendawan yang mampu menghalang dan merawat kanser. Cendawn ini juga dapat meningkatkan sistem imunne badan; anti allergik; anti radang; antiviral dan juga antibakteria. Terdapat dakwaan yang khasiat cendawan ini dapat melegakan dan merawat paru-paru yang rosak akibat serangan asma dan masaalah pernafasan yang lain. Khasiat lain adalah seperti mampu melindungi hati dengan meningkatkan proses ditoksifikasi. Kelebihan lain seperti ianya mampu menyembuhkan luka, sebagai antioksidan dan juga menurunkan tekanan darah.
3) Cendawan Telinga Kera
Cendawan Telinga Kera atau Cendawan jeli Hitam (Auricularia spp.) merupakan sejenis cendawan yang berwarna hitam dengan bentuk seperti telinga kera. Cendawan ini hanya ditanam oleh mereka yang pakar dan berminat sahaja di kawasan khusus. Cendawan ini dipercayai dapat merawat gangguan kardiovaskular iaitu memecahkan darah beku didalam jantung manusia. Khasiat lain cendawan ini seperti menurunkan tekanan darah, merendahkan paras kolesterol dan juga lipid. Kajian menunjukkan cendawan jenis ini mampu melindungi kerosakan DNA dan juga antioksidan yang baik. Ada yang mendakwa cendawan ini membantu mengurangkan berat badan.
4) Cendawan Bunga kobis
Cendawan Bunga Kobis (Hericeum erinaceum) jarang-jarang didapati dipasar basah. Hanya mereka yang menanam dan kawasan sekitarnya mampu mendapatkan spesis cendawan ini. Terdapat produk cendawan ini yang telah dikeringkan dan dijual dipasaraya. Cendawan ini mampu merangsang faktor pertumbuhan sistem saraf dan ini berkaitan dengan potensinya untuk mengurangkan risiko serangan saraf seperti Alzeimer, Dimentia dan Strok. Khasiat lain seperti mampu memperbaiki otot dan gerakbalas motor dan juga fungsi kognitif dalam badan. Cendawan ini mengandungi bahan Lektin yang merencatkan pengumpulan sel darah merah. Ia mampu merawat ulser perut, anti kanser, antiradangan dan juga merendahkan paras lipid. Cendawan ini juga meningkatkan sistem imun badan.
KHASIAT CENDAWAN....TELAH TERBUKTI.....
HARGA MAHAL...TIDAK MAMPU NAK BELI....
MENYIHATKAN BADAN...MELAMBATKAN MATI...
KITA GUNAKAN....MASAK IKUT RESEPI....
Related articles:
1. Cashflow Cendawan (Klik disini)
2. Inovasi Tanaman Cendawan (Klik disini)
3. Vacuum Fry Technology (Klik disini)
4. MALAYSIA: Food Export (Click here)
5. Intergrated Farming (Click here)
By,
M Anem
Pct 11, Pytrajaya,
Malaysia
(16 Zuklaedah 1432H)

No comments:
Post a Comment