BUAH BIDARA (Zizyphus mauritiana Lamk) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga RHAMNACEAE yang boleh ditanam di negara kita sebagai satu jenis pokok buah-buahan yang berpotensi untuk dimajukan. Nama-nama lain bagi buah bidara adalah JUJUBI, EPAL SIAM dan beberapa nama tempatan lain. Buah bidara yang masak boleh dimakan mentah atau diproses untuk dibuat jus minuman, sirap dan juga manisan (halwa). Buah bidara yang belum masak atau buah muda dimakan dengan garam atau dibuat jeruk atau dibuat acar. Daun muda ada yang dimakan sebagai sayuran dan ulam. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman buah bidara di Malaysia tetapi penulis mengganggarkan sekitar 150-160 hektar pada tahun 2011. Negeri Perak merupakan kawasan utama penanaman buah bidara di Malaysia. Artikel ini saya berkongsi maklumat mengenai teknologi tumbuhan buah bidara dan khasiat tanaman ini berdasarkan pembacaan , pemerhatian dan pengalaman penulis.
Pokok Bidara merupakan jenis tumbuhan kecil atau pokok sederhana besar yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 15 meter. Pemerhatian saya mendapati pokoknya tumbuh menegak, agak rendang dan mempunyai dahan yang berjuntai. Terdapat ranting yang berduri dan agak berbulu pada spesis tertentu. Bahagian akar pula mempunyai akar tunjang dan akar serabut. Bunganya keluar dari ketiak daun dalam jambak yang berwarna kekuningan dan berbau wangi. Lazimnya saiz bunga sekitar 2-3 mm lebar dengan antara 8-20 kuntum bung satu jambak. Daun bidara berwarna hijau berkilat dengan ukuran 3-10 cm panjang dan 2-5 cm lebar serta panjang tangkai dalam 9-15 cm. Bahagian atas daun didapati licin tetapi dibahagian bawah agak berbulu dan kasar.
Penanaman pokok bidara mudah dilakukan menggunakan bijibenih tetapi ramai juga petani yang saya temui menggunakan bahan tanaman dari keratan batang, tut atau cantuman. Lazimnya biji yang matang yang diambil dari buah masak. Biji buah bidara bercambah selapas 4 minggu disemai. Pokok yang ditanam daripada biji benih akan berbuah selepas 3 tahun ditanam sedangkan pokok yang ditanam dari tut atau keratan berbuah selepas 1-2 tahun. Jenis tanah subur dengan mempunyai saliran baik diperlukan untuk tanaman bidara. Pemerhatian mendapati pokok bidara tahan pada cuaca kemarau dan suhu agak tinggi yang mana keadaan ini mampu merangsang pokok mengeluarkan bunga dan buah. Jarak penanaman disyorkan 3m x 4m atau lebih rapat bergantung kepada sistem penanaman. Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan baja tumbesaran NPK 15:15:15 dari umur 1-3 tahun. Baja NPK 12:12:17:2 diberikan apabila pokok bersedia untuk berbunga pada tahun ke 3 dan seterusnya. Sebaiknya sediakan sistem pengairan titis untuk mendapatkan buah yang berkualiti.
Cantasan pembentukan dan cantasan dahan yang berjuntai perlu dijalankan untuk mempastikan yang pertumbuhan pokok yang seimbang. Kawalan rumpai dilakukan dengan cara menual iaitu ditajak keliling pokok atau dengan menggunakan racun rumpai yang sesuai. Antara masaalah serangan penyakit adalah Bintik Daun (Cercospora spp) dimana jika tidak dikawal daun akan kering dan akhirnya gugur. Serangan kulat terhadap putik buah muda juga akan akibatkan buah gugur. Serangga perosak terdiri dari Lalat Buah , Ulat Makan Daun dan juga Ulat yang makan isi buah. Kawalan dengan racun serangga yang disyorkan dijalankan mengikut arahan pada label.
Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram buah mengandungi 80 gram air, 18 gram karbohiderat, 0.5 gram lemak, 30 mg Fosforus dan 60-70 IU Vitamin A serta 60-150 Vitamin C. Rujukan saya pada buku tulisan En Ong dalam bukunya “Buah dan Khasiatnya” ada menyatakan bahawa buah bidara yang direbus dan airnya diminum dapat merawat penyakit paru-paru dan juga mencuci darah serta membaiki sistem penghadaman dalam perut. Daunnya yang di rebus dapat digunakan sebagao losen serta air mandian bagi merawat mereka yang kena demam panas. Ada juga dakwaan yang air rebusan kulit dan daun bidara sesuai untuk merawat masaalah perut dan juga usus.
Kulit pokok bidara yang direbus dengan lain-lain tumbuhan dipercayai menyembuhkan sakit kerongkong dengan cara berkumur-kumur dan hilangkan bau mulut. Ada yang menggunakan air rebusan tersebut bagi mengawal cirit birit dan juga sakit gusi dan masaalah sesak nafas. Mana tahu satu hari nanti ada usahawan produk berasaskan bidara yang dijual dalam bentuk ‘ready to use’ seperti pil, kapsul, kordial, jus dan serbuk atau lain-lain bentuk produk. Tanamlah buah bidara dikeliling rumah anda untuk dapatkan buah bidara yang segar dan sedap!
BERWARNA HIJAU…BUAH BIDARA…
BUAH MUDA…MASAM TAK TERKATA….
MUDAH DITANAM…TAK SUSAH DIJAGA…
ADA HASIL DITUAI…SIAPA SANGKA?...
Related articles :
1. DELIMA (Klik disini)
2. SENTUL (Klik disini)
3. Klon Buah Popular di Malaysua (Klik disini)
4. Petani di Malaysia (Klik disini)
5. Sayuran popular di Malaysia (Klik disini)
By,
M Anem
Room 256, Thistle Port Dickson Resort,
Port Disckson,, N Sembilan
Malaysia
(6 Zulkaedah 1432H)
Pokok bidara dewasa |
Dahan dan buah melempai |
Buah bidara hampir masak. |

No comments:
Post a Comment