Ayam Penelur merupakan satu industri yang penting di Malaysia dimana kira-kira 28.6% daripada sebanyak 60.1 juta ekor ayam diternak pada tahun 2010 adalah ayam penelur. Malaysia mengeluarkan telur ayam untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Telur ayam merupakan satu komoditi sangat penting untuk digunakan oleh semua isi rumah, kilang industri makanan dan juga pelbagai industri lain seperti pembuatan kosmetik, perubatan dan industri kimia. Saya membeli satu papan telur mengandungi 30 biji telur untuk kegunaan seminggu maknanya satu bulan perlukan sebanyak 90 – 120 biji telur. Telur digunakan untuk sarapan pagi, masakan mee, telur goreng dadar, telur mata kerbau, telur separuh masak dan bermacam jenis masakan lagi. Semua telur di hasilkan dari ladang ternakan ayam penelur yang terdapat di negara kita. Artikel petang ini saya tergerak menulis mengenai teknologi penternakan ayam penelur untuk bacaan anda semua.
Baka Ayam Penelur memeinkan peranan penting dalam industri ini dimana antara jenis baka yang ada dipelihara di Malaysia adalah seperti Baka Lohman, Isa Brown, Golden Comet, Hisex, Hyline, Goldline, Sitaver ,H&N dan Bab Cock. Telur dikenal sebagai sumber penting protein yang relatif murah dan harganya cukup mampu dibeli. Bahagian kuning telur ternyata padat akan kandungan kolin iaitu suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat. Telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Telur merupakan sumber protein yang paling murah dan memang kalau hendak di bandingkan dengan ikan dan daging saya rasa hampir 93 peratus protein murah rakyat Malaysia atau pun penduduk dunia diambil daripada telur.
Apabila kita membeli telur sering ditulis harga mengikut Gred Telur. Kajian saya di Pasar Borong Selangor mendapati harga telur ayam di Malaysia dipasarkan berdasarkan ‘Sen sebiji’ mengikut gred. Telur telah dikelaskan kepada beberapa gred berasaskan berat bukan saiz atau warna. Saya dapati gred-gred tersebut adalah gred AA , A , B , C , D , E dan F. Harga telur ayam juga turun-naik bergantung kepada permintaan dan bekalan serta pada musim-musim perayaan di Malaysia. Didapati gred telur ayam adalah Gred A= Lebih 64 gram, Gred B= 57- 63 gram, Gred C= 50-56 gram, Gred D= 42-49 gram dan Gred E= Bawah 42 gram. Dipasaran antarabangsa pula agak berbeza sedikit piawaiannya iaitu Gred AA = 70 gram, Gred A = 64 gram, Gred B = 59 gram, Gred C = 54 gram, Gred D = 49 gram dan Gred E = 48 gram. Nampaknya gred telur di Malaysia lebih kecil dari piawaian antarabangsa.
Telur ayam kini bukan hanya menjadi sumber protein mudah dan murah kepada pengguna sebaliknya kini memiliki ciri-ciri dan fungsi tertentu seperti kaya dengan vitamin, mineral dan rendah kolesterol. Ayam betina yang diternak untuk tujuan penghasilan telur tidak pernah mengawan atau dikelaminkan dengan ayam jantan seperti proses penghasilan telur bagi tujuan penetasan anak ayam. Seekor ayam menghabiskan kira-kira 110 gram makanan sehari iaitu rumusan khusus untuk ayam penelur. Beberapa syarikat seperti Cargill, Seng Hin Chan dan CP ada menghasilkan makanan ayam penelur. Telur pertama yang dihasilkan setiap ayam ketika berusia 17 minggu tidak mempunyai nilai pasaran kerana beratnya tidak mencapai 40 gram dan hanya mempunyai tempoh hayat 21 hari jika disimpan pada suhu bilik sebelum telur merahnya pecah dan membusuk pada hari ke 28. Tahukah anda yang hayat telur meningkat tiga kali ganda jika disimpan dalam peti sejuk?.
Bagi telur yang tersimpan lama dan tidak diketahui tarikh pengeluarannya maka pengguna dinasihat memecahkan terlebih dulu telur itu dalam piring. Jika telur merahnya masih belum pecah maka ia masih boleh dimakan. Telur juga boleh dikenal pasti sama ada masih baik atau sudah rosak secara dimasukkan ke dalam bekas berisi air. Telur yang rosak akan terapung kerana poket udara yang terbentuk dan membesar di dalamnya. Lazimnya seekor ayan penelur mampu menghasilkan sehingga 280 telur sepanjang tempoh dua tahun hidupnya dalam reban. Selepas itu ayam tersebut sudah kurang produktif dan ia akan dijual sebagai ayam tua atau AYAM PENCEN . Ayam pencen disembelih dan dijual dengan harga RM 8.00 - RM 9.00 seekor secara pukal. Ayam pencen sedap di masak ayam ungkep dan di buat rendang ayam. Ini kerana pada umur itu biasanya ayam sudah melepasi tahap penghasilan telur yang baik apabila gagal menepati prinsip empat hari tiga telur walaupun kuat makan tetapi kurang bertelur.
Setiap ayam selalunya mengambil masa 21 hingga 22 jam untuk menghasilkan sebiji telur dalam badannya sebelum dikeluarkan. Selepas berehat sekejap maka proses untuk penghasilan telur dalam badan itu berulang semula.
BERSAMBUNG . . .
TELUR AYAM...SELALU PERGI BELI....
AYAM TELUR...BERTELUR HARI-HARI....
PENGELUARAN BERJUTA...TIDAK TERPERI...
INDUSTRI AYAM TELUR...KRITIKAL DIBANCI...
Related articles :
1. Industri Kelapa Sawir di Malaysia (Klik disini)
2. Industri Ternakan Ayam di Malaysia (Klik disini)
3. Petani di Malaysia (Klik disini)
4. Industri Perikanan di Malaysia (Klik disini)
5. Industri Ikan AKUARIUM di Malaysia (Klik disini)
By,
M Anem
UM Kuala Lumpur
Malaysia
(10 Zulkaedah 1423H)http://petaksemai.blogspot.com/search/label/Industri%20Kelapa%20Sawit

No comments:
Post a Comment