IKAN KELI (Clarias spp.) merupakan sejenis ikan dari keluarga CLARIDAE yang terdapat di Malaysia secara semulajadi dan kini menjadi satu industri yang agak menguntungkan jika di jalankan secara komersil dan bersistem. Saya mengenali ikan keli semenjak saya kanak-kanak lagi di kampong di Muar dulu dengan memancing ikan tersebut di sebelah rumah yang ada parit dan anak sungai. Lazimnya saya menggunakan mata kail dan benang nylon dengan umpan cacing yang di pasang pada petang dan esok paginya pasti mengena. Jenis ikan keli yang ada di keliling rumah saya merupakan Keli Bunga, Keli Limbat dan juga Keli Kayu. Ikan tersebut juga sering mengena jika saya pasang jaring ikan dalam anak sungai tersebut. Kaedah menuba juga pernah saya lakukan pada tahun 1960'an untuk memabukkan ikan keli dan amat mudah di tangkap dalam parit tepi rumah. Entri kali ini saya akan berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai industri ternakan ikan keli berdasarkan pengalaman, pembacaan dan juga sedikit kajian semasa terlibat dengan projek ikan keli.
Di Malaysia terdapat banyak jenis ikan keli yang ujud dimana saya dapati sebahagianya telah pun kini telah pun di komersilkan dan mendapat pasaran dan pendapatan memberangsangkan. Boleh di katakan produk ikan keli ini merupakan salah satu pilihan terbaik sebagai sumber protin rakyat Malaysia dan mudah di dapati dijual secara segai di Pasar Besar, Pasar Malam malahan dalam Hypermarket seperti GIANT, JUSCO, TESCO, MYDIN, ECONSAVE dan banyak putlet lagi. Kalau kita makan di R&R PLUS Highway, hidangan ikan keli goreng bersambal merupakan satu kegemaran ramai pelanggan yang makan tengahari dengan harga berpatutan. Antara resepi yang paling popular mengenai ikan keli adalah Ikan Keli Goreng Bersambal, Ikan Keli Goreng Berempah dan dalam Masyarakat Jawa Muar tentulah 'Ikan Keli Masak Pecel'. Ikan keli pecel yang disediakan secara tradisional ini sesuai dihidangkan untuk keluarga atau majlis kenduri kendarat.
Kajian saya menunjukkan terdapat 9 jenis ikan keli yang ujud di Malaysia iaitu Ikan Keli Kayu (Clarias batrachus), Ikan Keli Bunga (Clarias macrosephalus), Ikan Keli Eksotika (Clarias gariepinus), Ikan Keli Limbat (Clarias neuhorfii), Ikan Keli Mata Kati (Clarias spp.), Ikan Keli Rusia (Clarias spp.), Ikan Keli Afrika (Clarias spp.) dan Ikan Keli Jeram (Clarias foratum) dan Ikan Keli Hutan (Clarius spp.). Daripada spesis-spesis tersebut yang banyak di ternak untuk tujuan komersil adalah jenis Keli Eksotika dan Keli Afrika. Walau pun jenis-jenis lain ada diternak tetapi penternak inginkan ikan keli yang cepat membesar dan memberikan keuntungan yang optima. Pengalaman saya ketika bertugas di Melaka melibatkan pembangunan projek ternakan ikan keli dalam projek MIADP pada tahun 1980'an dan 1990'an terutama di Kawasan Sg Buloh, Melaka Pindah di Kawasan Jasin dan banyak lagi lokasi menunjukkan projek ini amat berjaya.
Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia dan Indonesia serta Thailand. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut juga sebagai "ikan sembilang". Bagi orang Johor pula faham bahawa ikan sembilang hanya hidup di laut dan ianya juga digelar Ikan Mayong. Ikan keli liar memang boleh didapati di kebanyakan sawah padi seperti di Sawah Ring Muar dan kawasan Sawah Sg Balang tetapi lebih mudah juga didapati dalam parit air kawasan tanah gambut atau di beberapa lokasi. Pernah satu ketika dulu Jabatan Pertanian menjalankan kempen menggunakan ikan keli sebagai salah satu cara dalam kawalan serangga perosak padi dalam konsep Kawalan Perosak Bersepadu (IPM). Saya terlibat dengan kempen tersebut dengan melepaskan 5,000 ekor anak keli dalam Sawah Endau dan Sawah Air Papan Mersing, Johor dan telah pun menjadi sejarah tersendiri. Semasa sawah hendak dituai saya dapati kelihatan beribu-ribu ekor keli dalam sawah tersebut. Maka saudara Hj Zahit pun keringkan sawah petang hari untuk dituai esoknya. Malang sungguh!.....esok pagi apabila sawah sudah hampir kering cuma dapat 5 ekor sahaja..mana perginya ikan keli tersebut?.....Saya dah ada jawapan tetapi mantan TPP Johor En Yacob Ahmad agaknya masih fobia dengan isu tersebut yang berlaku di Sawah Ring, Muar Johor pada tahun 2000. Ada jin makan ikan keli ke di Sawah Ring En Yaacob?.
Pada masa ini ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah simen atau kolah Kanvas. Struktur Kolam dibina sedalam tidak melebihi 3-4 kaki kerana ikan keli mengambil oksijen dari permukaan air dan kita akan nampak ia berenang turun naik di permukaan air. Semasa pembinaan kolam ternakan tanah pastikan ada sumber air bersih dan tentukan ada air masuk dan keluar. Bagi kolam yang masuk pusingan berikut setelah menuai, keringkan dulu kolam dan tabur dengan kapor serta buat penyelenggaraan tebing kolam dan sistel saliran. Masukkan anak benih keli yang mudah didapati daripada pembekal tempatan. Benih berukuran 1 inci sangat sesuai di masukkan kedalam kolam. Harga benih bergantung kepada saiz anak benih keli dan jarak perjalanan. Ada yang jual RM 0.05 - RM 0.40 ikut keadaan. Anak benih yang besar menjamin peratus hidup yang lebih baik. Punca utama kematian anak benih keli adalah di makan musuh (Haruan, Burung, Biawak dll) selain dari faktur kualiti air dan makanan tidak sesuai.
Ikan keli yang saya perhatikan mudah dibiakkan dengan teknologi terkini terutama Keli Eksotika dan Keli Afrika. Banyak pengusaha tempatan yang telah berkursus dengan Jabatan Perikanan mampu menghasilkan anak benih keli. Sperma dari keli jantan yang dikeluarkan dengan membelah perut di gaul dengan sperma dari keli betina yang dikeluarkan dengan mengurut bahagian telur. Gaul menggunakan bulu ayam dalam mangkuk sebelum di masukkan kedalam tangki penetasan. Selepas beberapa hari telur akan menetas dan berikan makananplankton semulajadi sebelum membesar dan masukkan kedalam kolam atau kolah pembesaran dengan memberi makan khas untuk anak benih. Apabila sesuai benih tersebut sedia untuk dijual atu dimasukkan kedalam kolam penternakan.
Makanan ikan keli kini telah moden dengan menggunakan pellet makanan ikan yang dihasilkan oleh syarikat seperti CARGILL, GOLD COIN dan sebagainya dengan harga yang agak tinggi pada masa kini (Foto kiri). Ada penternak yang menggunakan makanan lain seperti reja daging ayam, lemak ayam, bangkai ayam dan sebagainya. Pernah saya melawat kolam ternakan ikan keli di Sungai Buloh Selangor pada tahun 1997 dengan Pengarah MIADP sangat terkejut apabila melihat bangkai ayam yang busuk di campakkan kedalam kolam...lebih dahsyat lagi bila melihat bangkai ayam tersebut di masukkan dalam tong drum sehingga menghasilkan banyak ulat-ulaat dengan bau yang sangat busuk. Pekerja ladang pun tutup hidung sambil mencedok cecair ulat bangkai ayam dam tuang dalam kolam ikan keli...maka ikan keli pun berlumba-lumba makan. Wow....hingga kini saya tidak boleh lupa insiden tersebut.
Ikan keli boleh di tuai beberapa minggu atau bulan selepas dimasukkan dalam kolam tanah, kolah simen atau Kolah Kanvas bergantung kepada pengurusan. Kawalan dan pengurusan air sangat penting untuk mempastikan ikan tidak diserang penyakit seperti penyakit kudis atau pecah perut (dalam kolam simen sering berlaku). Apabila mencapai saiz sesuai pilih ikan yang hendak dijual dan buat penggredan. Kajian saya mendapati satu kilo ikan keli boleh dijual dengan harga RM 2.50 - RM 3.50 sekilogram atau pada harga purata RM 3.00 sekilogram. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar Borong Selangor. Ikan ini dibiarkan hidup dalam bekas sehingga ianya di siang untuk dijual di pasar. Bahagian perut akan disiang dan kepala dibuang untuk memudahkan kerja memasak ikan tersebut. Ikan Keli atau Catfish merupakan sejenis ikan yang mempunyai nyawa yang panjang dimana ia mampu berjalan diatas tanah menggunakan siripnya untuk bergerak dari satu lubuk ke lubuk yang lain. Ikan keli juga akan menyusup atau masuk kedalam lumpur untuk beberapa lama apabila datang musim kemarau atau musim kering. Oleh itu ada kepercayaan sesiapa yang makan ikan keli akan panjang nyawa!
Wallahualam...
MENTERNAK IKAN .....IKAN KELI....
MUDAH DIJAGA....HASIL DAH PASTI....
PASARAN DICARI...TIDAH SUSAH HATI...
BANYAK KHASIAT....ENAK TAK TERPERI...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Jalan Kamariah,
Muar, Johor,
Malaysia
(Kemaskini pada 26 Dec 2013)

No comments:
Post a Comment